Friday, February 1, 2013

kEperLuan vs. keMahuan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

entry saya kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. saya yakin dan percaya sahabat-sahabat  mungkin ada pengalaman yang tersendiri. apa-apapun, perkongsian saya untuk entry kali ini jangan disalah ertikan malahan jika ada kekasaran dan mengguris hati pembaca, saya memohon maaf. kelemahan itu terdasar kepada saya sendiri. saya hanya mampu meluahkan segala yang dirasai melalui coretan bisu ini.

saya pernah rasa putus asa dalam bersahabat. persahabatan yang saya jalinkan teruji dengan ujian yang berat. bermula dengan salah faham, ketidak fahaman cara hidup diri ini, tersalah pengertian tentang tindakan, pertikaian peribadi dikaitkan dengan pakaian serta laman sosial dan ...(saya sudah tidak ingat)

siapa saya untuk mempertikaikan layanan yang saya terima ini. walaupun sejujurnya hati ini sebenarnya telah robek dan tercalar serta terguris, namun, saya perlu kuat. saya akui, tipu jika mata ini tidak menangisi setiap apa yang terjadi. sepanjang pengajian saya di sini, pipi ini tidak pernah kering dengan air mata. layanan sahabat mendukakan, tapi baru kini saya mengerti. segalanya telah saya fahami dalam USRAH yang saya ikuti. tahun ini barulah ianya meruap masuk ke dalam hati dan sedikit-sedikit memahamkan saya erti semuanya.



saya tidak sedar selama ini, ALLAH datangkan saya dengan ujian cintaNYA agar saya bergantung kepadaNYA memohon kekuatan. ALLAH datangkan ujian terhadap saya dalam cinta manusia yang bergelar sahabat, kawan, teman dan rakan. alhamdulillah saya tidak teruji dengan ujian cinta bukan ajnabi yang kadangkala ceritanya sampai di mata dan terdengar di telinga ini. ALLAH datangkan ujian cinta yang murni. sebab kenapa? ALLAH nak saya kuat untuk berhadapan dengan manusia sekeliling. saya sedar sewaktu dahulu saya dibesarkan dalam suasana yang dilindungi oleh abah dan mama. segala perkara yang saya inginkan, abah dan mama akan cuba penuhi walaupun sejauh mana susah pun untuk mendapatkannya. ini menyedarkan saya bahawa saya tidak boleh hidup dalam keadaan yang selesa dan terus mengharapkan cinta manusia. ini kerana inidividu yang tidak terikat dengan talian darah susah disatukan andai tiada talian kerana ALLAH. barulah saya sedar, saya tidak mampu mengikat hati mereka dengan saya melainkan ALLAH mengizinkannya. 
  

lalu, mengapa saya harus menangisi layanan dan gurisan yang dicakar dan ditoreh mereka.??

 
saya memilih untuk terus melangkah walaupun hati ini telah merekah dan pecah. kerana, saya tahu ALLAH ada untuk pujuk hati saya. walau sebanyak mana yang membenci dan tidak suka dengan diri saya atau tidak senang dengan peribadi saya, hanya pada ALLAH saya mampu mohon petunjuk agar ALLAh memberi kesedaran kepada saya dan menjadikan saya terus redha dan sabar dalam ujian ini. jika semua kemahuan saya dipenuhi agar saya memiliki cinta mereka ini, maka sudah pasti saya tidak akan teruji dan tiada tanda cinta ALLAH kepada saya. lalu, saya kena kuat dan tabah dalam semua dugaan ini.

kemahuan saya untuk memiliki kenderaan sendiri atas kemaslahatan yang timbul kerana saya perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk menjalani praktikum membuatkan abah berusaha untuk mencari kenderaan second hand untuk saya. malahan, telah saya niatkan kenderaan itu untuk dibawa ke jalan yang ALLAH redha. [kononnya saya bermimpi dan berangan menghadiri majlis ilmu di masjid luar dengan kenderaan, malahan teringin membawa mereka yang saya kenali yang keadaannya sama dengan saya masalahnya] tetapi ALLAH tidak menyahut kemahuan saya kerana sebenarnya saya masih bermimpi di siang hari. saya berangan untuk menghadirkan diri di masjid luar, tapi lupa masjid/ surau IPG KSAH. jika surau dalam kolej yang tersedia tidak mampu saya latih kaki untuk menghadirkan diri, layakkah untuk kemahuan saya dipenuhi..? [astaghfirullahalazim.. sama sekali TIDAK!!!] lantaran itu, ALLAH telah membuatkan saya memutuskan tidak membenarkan abah membeli kereta second hand untuk saya atas sebab rasa bersalah kerana abah terpaksa menjual motorsikal dan terbeban dengan kewangan. abah sudah bersara dan masih ada adik-adik di bangku sekolah yang memerlukan perbelanjaan. malahan, abah terpaksa menyediakan perbelanjaan rumah dan mebayar bulanan duit kereta. alhamdulillah ALLAH gerakkan hati ini untuk melepaskan kemahuan diri walaupun terasa berat dan terbeban.



saya telah melepaskan segala keputusan kepada ALLAH soal pengangkutan ke praktikum. moga ALLAH datangkan pelangiNYA untuk saya dan rakan praktikum. agar hari mendatang saya dipermudahkan ALLAH agar saya mampu menjadi pendidik rohaniah dan bukan hanya semata-mata akliah. [saya belajar mengharap padaNYA kerana DIA tahu apa yang akan mendatang dan terbaik untuk saya...insyaALLAH.. :) ]



kali ini saya hanya mampu mengharapkan rasa cinta ALLAH agar saya dikuatkan untuk berhadapan dengan setiap apa reaksi manusia di sekeliling saya. saya ingin bawa hati untuk bersabar dan tenang. kerana tempat dunia ini bukanlah tempat kekal untuk saya. saya pasti akan pergi dan meninggalkan semua yang di sisi. malahan, ujian ini adalah penghapusan dosa saya atas kesalahan yang telah saya lakukan. moga ALLAH masih mampu menerima permohonan kemaafan dari hambaNYA yang lemah dan penuh dengan dosa...


saya akhiri coretan bisu saya dengan doa untuk diamalkan bersama. insyaALLAH. moga ALLAH sentiasa ada untuk kita dan yang paling penting, kita harus dan wajib ada untukNYA. walaupun sebenarnya DIA tidak pernah memerlukan kita dan sebenarnya kita yang bergantungan denganNYA. >_< [allahuakbar]

 
 
p/s: moga coretan bisu ini tidak disalah ertikan dan yang diizinkan ALLAH membacanya berlapang dada dan memperoleh manfaatnya. amin.

 
    

No comments:

Post a Comment