Wednesday, February 20, 2013

AMANAH, apa itu?





assalamualaikum dan salam sejahtera.



 TRUST ..?

adakah hanya sekadar tulisan pada anak batu yang dipegang oleh tangan manusia? apa sebenarnya yang ingin diketengahkan..?

 **tulisan ini tidak mengaibkan sesiapa, tetapi untuk diri saya sendiri yang melakukannya. T_T

KEPERCAYAAN (boleh dikaitkan) :

  • rukun iman bagi yang muslim
  • amanah/tanggungjawab - individu, keluarga, masyarkat dan negara
  • sahabat/rakan/kawan/teman
RUKUN IMAN - sinonim dan sudah diperkenalkan dalam ikrar terutamanya di sekolah rendah dalam perhimpunan. tertumpu kepada sekolah kebangsaan. namun, sama sekali sayang kerana lafaz yang diucap tidak berjaya diterapkan sebenar-benarnya dalam individu sehingga ada mudarat pada agama sekaligus membaca kepada ancaman terhadap negara. seharusnya, produk yang terhasil adalah bermutu, tetapi ianya bercampur baur seumpama rojak buah (sedapnya.. yummy.. :) )



AMANAH -  sinonim dikaitkan dengan tanggungjawab. tanggungjawab nie macam-macam ada pada setiap individu. setiap individu yang lahir itu telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah ALLAh di muka bumi. kemudiannya, menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dalam sesuatu keluarga. diperluaskan lagi skop tugas menjadi pemegang amanah kepada masyarakat melibatkan pekerjaan terutama pemimpin. berkaitan amanah bukan suatu benda mudah, tapi dipermudahkan dan diremehkan seolah-olah bagi yang beragama islam terutamanya seumpama ianya tidak akan dsioal di hari perhitungan amal. (jadi wakil pelajar bukan mudah, tapi pengalaman memang menyedarkan diri berkaitan isu-isu yang HOTs. sememangnya BERAT.. T_T )

 



SAHABAT - ada yang boleh percaya ada yang tidak? betulkah? adakah semua rahsia kita sememangnya akan jadi rahsia kita dan dia sahaja? sepanjang pengalaman saya, saya tidak menemukan orang yang benar-benar saya percaya, sebab saya tidak kenal hati budinya dengan mendalam.kadangkala, kita berkongsi mengharapkannya adalah rahsia, tapi sebaliknya. akhirnya ianya sampai ke telinga yang lain dan kembali semula kepada kita. saat itu, hati mula membina benteng agar tidak mudah mempercayai. manusia yang amanah? siapa? sebenar-benarnyna yanga amanah adalah contoh ikutan NABI MUHAMMAD saw. itu sebenar-benarnya. maka, setakat ini masih belum saya temui dan diketemukan dengan individu sedemikian rupa. pengalaman sudah mengajar saya untuk tidak berkongsi dengan mereka yang sudah membuatkan saya hialng kepercayaan. malahan, jujur ianya menjadi benteng dalam diri saya. bukan sengaja membina, tetapi agar TIDAK BERBUAH 2 KALI.

apa pun pengalaman mengajar saya untuk hidup ke hadapan. mustahil saya akan lupakan sejarah dan apa yang berlaku. memaafkan semudah dituturkan tetapi memori masih diingati dan menjadi ingatan kekal melainkan ALLAh menarik ingatan tersebut. sebab itu memaafkan mudah, tapi melupakan belum tentu. 

p/s: ngantuk nak lena... sleep.. :) 

No comments:

Post a Comment