Thursday, August 29, 2013

kisah NABI NUH A.S.

al-quran itu panduan bagi seorang yang bergelar muslim dan islam itu sendiri. maka, sememangnya rugi bagi orang yang rasa pandai dan berat sangat mulut dan telinga nak dengar bacaan ayat suci ini. jangan sampai kita mati barulah kita nak dengar. waktu tu hanya bacaan talqin dan surah yassin.. sayang seribu kali sayang taw.. jadi, sekarang tarik nafas dan cepat2 install ke dalam cd dan pendrive bacaan 30 juzu' al-quran dan manfaatkan pelbagai kemudahan dalam kereta, komputer riba, telefon bimbit moden dan macam2 la kan untuk kita sentiasa dengar bacaan ayat suci. insyaAllah hati kita pun akan bercahaya... amin (nasihat untuk diri sendiri..jom sama-sama kita..)

 



 kalaulah kita mula merasakan beratnya nak berubah. kita pula fikir macam-macam dan rasa diri kita tak layak. kita pun rasa keliru dan rasa macam "aku teruk, bukan macam dia orang..baik-baik.. kalau aku nak berubah mungkin kena dapat hidayah dulu.."

**cuba baca 4 ayat di bawah ini

jadi, lepas korang baca, korang rasa apa...?? sebenarnya, kita nie lahir sememangnya semua sama. sememangnya dah baik kot. cuma kita je yang pergi pilih jalan yang tak elok sedangkan panduan tu dah jelas dah depan mata dan alim ulama', orang-orang sekeliling kita sampai berbuih mulut dan kejang lidah selalu ulang benda sama, tapi kita tahi telinga keras dan kebal. sebab tu, yang tak masuk-masuk dalam telinga, lekat dalam minda dan tertanam dalam hati. fokusku bukan untuk korang je. aku pun sama. selalu sangat lupa diri. tapi, kalau lupa, kita kenalah cepat-cepat kembali balik ke jalan yang sepatutnya. sebab nanti kalau makin jauh, makin susah la kita nak patah dan undur balik. tapi, kita boleh cuba cari jalan lain juga... cuma kena usaha!!!!

ada yang kata, "aku tahu..bukan jahil...cuma hidayah aku tak sampai lagi". ayat tu aku ada juga dengar. sebenarnya kita semua nie layak je nak berubah. antara kita hendak atau kita tak nak je. korang cuba fikir la kan. tiap2 kali sebelum korang nak tidur tu, korang letak tangan atas dahi (macam mama aku selalu pesan waktu aku kecik2), cuba fikir berapa lama lagi korang dapat hidup? (agak2 la kan). kalau korang yakin korang memang akan hidup lama dan korang yakin korang mati masa bila, di mana, bagaimana dan seumpamanya, ahakz..korang tak perlu risau la.. korang memang boleh tangguh masa tuk korang berubah. sebab korang tahu semua benda tu nak jadi bila.. sempat le lagi kalau nak buat perancangan tempoh mana kita nak berubah dan beramal semuakan... 

TAPI 

kalau korang tak rasa korang tahu, korang kena la mula fikir balik dan menangis serta risau taw. sebab korang tak tahu apa2 pun dan korang pun tak pasti. korang pun dah tak boleh nak merancang rapi. jadi tunggu apa lagi, nak tunggu esok kita sedar, dah berada dalam kubur ke..?? (nie aku ingatkan diri aku sama, yang selalu gelap mata dengan dunia nie.. maaf la kalau kata-kata nie agak kasar dan seumpamanya...)


KISAH NABI NUH A.S.

 
** ini pula video yang aku jumpa.. (aku tak sempat la tengok lagi..aku share lu..kalau ada salah cerita, korang boleh komen ye...)


** aku share nga korang satu doa yang aku jumpa dalam surah ini... dan aku rasa emang menarik..sebab doa ini untuk kita selalu ingat kita selalu buat salah dan kita saling mendoakan antara satu sama lain.. mungkin kalau kita tak sempat berdoa, kita dah meninggal, kita masih hidup - kita berdoa kepada mereka yang meninggal, sama-sama kita mohon ampun untuk diri kita, ibu bapa dan orang seagama. sama-sama kita doakan kebinasaan terhadap orang yang zalim (biar Allah YANG MAHA MENGETAHUI dan MAHA MEMBALAS...)