assalamualaikum dan salam sejahtera.
pada yang membaca jangan terluka dan mohon berlapang dada [warning awal-awal ye.. sebab nanti risau ada yang bengang/ tak boleh terima/ marah/ dll...]. ini jawapan hati saya sebagai manusia yang sememangnya takkan pernah sempurna.
kalau tengok pada 1st picture p0wn, my reader boleh guess perkara yang saya nak coret dalam blog kali ni. ye la.. kalau tak pasai KAHWIN, apa lagi kan? hahaha... kahwin..kahwin..kahwin.. :)
apa itu kahwin...??
-----> Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan
perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka
hak-hak dan tanggungjawab.
nak kahwin pun kena la tahu keperluan yang perlu dipenuhi untuk jadikan perkahwinan itu sah dan membawa sakinah mawaddah warrahmah.. dah tahu ke..? [kalau nak tahu nanti google search dan baca input yang bermanfaat di link nie: http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php]
sengaja letak gambar macam nie.. :) gambar bersanding. saya yakin setiap fitrah manusia tidak lari/ bercanggah untuk hidup bersama orang yang disayangi dan menyayangi. [wah...so sweet~~~ blink.. *_+]. lepas tu dapat anak-anak yang comel... [my roomate dream la nie.. dah ter'absorb' sikit dalam diri.tambah2 tengok anak saudara. hahaha... roomate, jangan marah.. senyum.. :D ].
TAPI!!!
sedar tak sedar bukan mudah sebuah perkahwinan. bukan hanya terikat pada lafaz mahupun sepasang cincin pernikahan TAPI terikat pada sebuah tanggungjawab ke hadapan yang lebih besar. kalau ditanya pada saya, apa yang saya fikir soal perkahwinan, jujurnya saya rasa takut. benar-benar takut dan nightmare..!!! orang selalu kata perkahwinan itukan indah.. sunnah RASULULLAH saw.. tak baik menolak.. :)
sememangnya saya tidak menolak, tapi atas pemikiran saya yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'FOBIA' atau 'scare', so, saya lebih suka berdoa kepada ALLAH:
" ya ALLAH, engkau datangkan jodoh kepadaku dari kalangan hambaMu yang bergelar adam andai tiba masa yang aku benar-benar bersedia untuk menerimanya bukan sekadar untuk menikmati nikmat dunia yang sementara, kerana tanggungjawab yang tergalas sememangnya besar ya ALLAH. aku bakal menjadi pembimbing umat Muhammad dan hambaMu yang jahil yang lahir dari rahimku, jika itu rezeki dariMu. malahan, tanggungjawab menjaga syurga baru buat ku setelah ibuku sendiri. hingga aku perlu bijak mengawal peribadi dan sahsiah serta emosi diri. hanya Engkau mengetahui masa kebersediaanku. maka, jodohku kuserah kepadaMu. kerana Engkau lebih berhak menentukannya bukan aku. kerana Engkau Penciptaku..dan Engkau lebih mengetahui keupayaanku.. amin ya RABB... "
kalau baca doa nie kan, jangan pula dalam hati timbul rasa 'bagusnya penulis blog nie'. bukannya bagusnya penulis blog nie, sebab sebenarnya penulis blog nie tak kuat pun. so, sebab itula dye ada pendirian macam nie. nak tahu kenapa..??
selalu penulis blog nie ingat amalan diri sendiri. soal jawab dengan diri + hati:
- nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. sembahyang pun boleh bilang berapa kali khusyuk sepanjang hidup atas muka bumi... ada hati nak didik umat Muhammad yang baru.. T_T
- nak kahwin? ada hati ye.. hahaha.. konon nak cari imam la... tapi, solat berjemaah pown boleh bilang dengan jari je.. T_T [y not, tarbiyah dulu diri. yang ada abah/abi/papa/daddy/ so on le kan...jadikan mereka imam kamu dulu.. yang laki, konpem2 la berlatih la jadi imam.. :) ]
- nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. nak basuh dan cuci baju sendiri pun penat. kadangkala duk merungut..[ dah kahwin kalau merungut, tak pasai-pasai sia-sia pahala..sebab tak ikhlas..silap2 buat dosa lagi..]
- nak kahwin? ada hati ye.. hahaha.. kalau setakat selalu mudah penat dan terbeban dengan tugas dan hilang sabar, mana boleh!! silap-silap lepas tanggungjawab..
- nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. kalau nak 'spread love' kat sesama isi keluarga dan saudara seagama pun susah dan belum capai lagi..ada hati lak nak bina keluarga.. [jadi belajar dulu taw..]
- nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. kalau diri sendiri tak capai cita-cita dan tarbiyah diri, macam mana boleh fikir nak tarbiyah keluarga nanti..
- nak kahwin? ada hati ye.. ikut sunnah Rasulullah saw. :) ada berapa banyak sunnah Rasulullah saw? ada lagikan.. banyak lagikan.. amik sunnah tu dulu, sebab sunnah ni, nampak best tapi besar tanggungjawabnya...
- nak kahwin? ada hati ye.. sebab nanti mudah dapat pahala..buat kerja rumah, bantu suami, senangkan hati dia.. ahakz.. tak mudah, tapi tak susah.. cuma manala kter tahukan, silap-silap haribulan husband tu terasa ke apa ke kan.. so, that's y for those yang dah kahwin, selalu la minta maaf dengan suami ye.. [not for coupling taw..nie tak, waktu coupling tu la duk pujuk sakan.. maaf..maaf..maaf...sampai merayu sakan segala.. hurm..pelikz tol..kalau nangis minta taubat kat ALLAH, insyaALLAH, ALLAH dah ampunkan.. nanti kurang la dosa nanti bertemuNya.. ]
**edisi alasan berakhir...banyak lagi.. [my accuse]
ahakz...yang suka sangat keluar statement 'TAK NAK LANGKAH BENDUL' sila-sila la jangan keluarkan lagi ye. sebab jodoh awak semua tak ada kaitan dengan bendul tu. kalau dah sampai, kahwin je la.. dah ALLAH 'set'kan masa tu untuk awak. Dia tahu apa yang terbaik tuk hambaNya... :)
jadi tak ada istilah bendul-bendul nie taw..
dah sampai masa, sila la.. selamat menjalankan sunnah RASULULLAH saw.. :D. moga perkahwinan antunna semua membawa sakinah, mawaddah, warrahmah...
No comments:
Post a Comment