assalamualaikum dan salam sejahtera.
entry kali ini menarik minat saya untuk berkongsi suatu video klip yang saya perolehi daripada laman sosial FACEBOOK. jadi, kalau ada kesempatan, cubalah tekan button play dan tonton. ambil manfaat dan tatatertib di masjid. insyaALLAH. [apabila tonton video ini, saya harap anda dapat ambil iktibar dan berlapang dada. ini cara mereka menyampaikan ilmu agar mampu menarik minat. insyaALLAH yang baik kita ambil untuk jadikan peringatan]
untuk itu saya senaraikan isi yang ingin disampaikan dalam video ini. apa pun, anda tontonlah dan fahami intipati yang ingin disampaikan.
- parking blocker - waktu kita nak parking kita punya kenderaan, beringatlah dan memerhati keadaan sekeliling agar individu lain tidak disusahkan kerana tindakan kita. jadikanlah kemudahan kepada individu yang hadir ke rumah ALLAH agar mereka rasa gembira dan tidak mengeluarkan perkataan cacian dan makian tast tindakan kita.
- shoe slacker - apabila naik ke masjid/surau cuba-cubalah susun selipar dan kasut dengan kemas. kalau susun cantik-cantik nampaklah peribadi muslim/muslimah itu terjaga. teratur dan tersusun serta berdisiplin.
- talking during khutbah - benda nie tak sepatutnya berlaku, sebab muslim pergi solat jumaat sekali seminggu sahaja. so, why not cuba bagi masa yang singkat ini untuk dengar betul-betul apa yang ingin disampaikan. biar apa yang disampaikan samapi di hati kita, bukan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. kan jadi sia-sia itu. malahan, keadaannya sama juga dalam apa jua majlis ilmu. dengar apa yang disampaikan seumpama memberikan hormat kepada yang berada di hadapan yang sedang menyampaikan sesuatu perkara. [simpan suara kita, cakaplah lain masa]
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.” -Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.
Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.
Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
from: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2012/12/larangan-bercakap-ketika-khutbah-jumaat.html - inappropriate outfit - untuk menunaikan ibadat, carilah pakaian yang sesuai dan bukannya pakaian yang mempunyai lambang-lambang yang tidak sesuai. anggaplah kita sedang berjumpa buah hati kita. ALLAH swt kan kekasih kita, so, pakai la pakaian yang elok dan sesuai mengikut tuntutanNYA.
- sitting inappropriately - duduklah dalam keadaan yang sopan dan terjaga.
- don't disturb others when they are praying - perkara sering je berlaku. saya sendiri pun selalu berhadapan. apabila ingin solat, sahabat seagama seolah tidak mengerti untuk menghormati orang yang ingin solat. jika berbual, mereka masih meneruskan perbualan. jika bergurau senda, mereka masih meneruskannya. kadangkala ada yang memasang muzik dan sebagainya. tak salahkan kita hentikan semua itu untuk bantu sahabat bertemu dengan kekasih kita semua dalam keadaan khsuyuk.
"sedangkan orang yang berzikir/ mengaji al-quran, RASULULLAH saw pesan untuk perlahankan suara dan berhenti kerana dibimbangi menganggu khusyuk solat individu inikan pula perbualan dan muzik serta seumpamanya. tak salah untuk berhentikan. jadi cubalah hormat orang solat, kalau benda ni kita tak mampu, nauzubillah..."
- distracter - benda nie mungkin kita tak sedar, biasanya kan kita akan kuarkan benda dalam poekt kita contohnya dompet, phone untuk keselesaan dalam beribadat. kita akan letak di bahagian hadapan sujud. namun begitu, jaga-jagalah agar individu lain tidak terganggu dengan tindakan kita.
- flexing - waktu solat inikan kita kena rapat-rapatkan saf, cubalah jaga keluasan angkat takbir kita. ada tu yang angkat takbir sampai tertolak individu di sebelah. risau kalau teralih badannya daripada arah kiblat, kan dah batal jadinya. [pengalaman saya sendiri :) ].
- smelly - jagalah kebersihan diri dan tampil dalam keadaan yang selesa dan menyelesakan orang lain. ALLAH suka kepada kebersihan. islam kan suruh kita menjaga kebersihan. inikan pula waktu kita ingn berjumpa kekasih hati kita yang abadi. wangi-wangikanlah diri. :)
- spot owner - kadangkala ada je yang bersikap seolah-olah tempat yang dia duduk dalam masjid/surau adalah tempatnya sampai dia selesai. tak boleh la macam tu, inikan rumah ALLAH. ALLAH terima semua individu dan kita tak boleh la buat kawasan tertentu dalam masjid/surau adalah kawasan kita secara kekal.
- latecomer - adajuga yang datang dan still lagi nak berada di hadapan. bagus sebanarnya berada di barisan hadapan, namun sekiranya sudah penuh, janganlah meredah saf yang lainnya semata-mata untuk berada di hadapan. ini akan menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak enak kepada individu lainnya.
- shoe lifter - yang jenis datang dengan kasut lain balik dengan kasut lain. janganlah macam tu, tak baik taw. pakailah kasut kita sendiri, even kasut kita tu rosak atau sebagainya. perbuatan ini kalau kita buat inikan dikira mencuri. ahakz..yang jenis mencuri kasut/ selipar kat masjid dan surau ni, janganlah buat kerja hina macam nie. carilah rezeki yang halal. rezeki ALLAH kan luas.. :)
- judgy people - kita tak ada hak dan hukum dan nilai orang, tapi andai kita nilai dan ambil iktibar agar kita tidak melakukannya atau melakukannya itu dibolehkan. jangan kita terlalu menghukum, sebab ALLAH sahaja yang ebrhak menghukum dan melabel hambaNYA. sebab kita bukan siapa-siapa. sentiasalah berpandangan positif dan terbuka. malahan, jika perlu kitakan disarankan menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, maka perangilah dengan 3 cara - kuasa, lidah dan hati. [pilihan ada di tangan anda]
- halal detective - [saya sarankan anda tonton :)]
- gossip girls - surau/ masjid bukan tempat bergosip even di mana-mana sahaja. mengumpat kan?
- match maker -
- tight outfit - muslimah jagalah aurat, kalau kita yakin kita sempat dan ada masa ke hadapan untuk berubah, tunggulah waktu kita betul-betul bersedia. kalau kita sendiri tak tahu bila tarikh kita tinggalkan dunia, jadi jangan tunggu waktu kita betul-betul bersedia sebab nanti waktu tu kita sememangnya dah disediakan dengan azab api neraka ALLAH. sebab perkara ini, ALLAH dah pesan, kita tahu tapi kita buat COOL. nanti kita yang HOT kat akhirat. [peringatan buat diri sendiri]
- makeup addict - bnerhiaslah hanya kepada yang hak iaitu suami. namun, wanita dibolehkan berhias tetapi jangan terlampau/ tabarruj. bimbang mendatangkan fitnah diri sendiri.
walwahua'alam. moga perkongsian ini bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment