Thursday, January 31, 2013

dRama astRo PRIMA - SAHARA


 assalamualaikum dan salam sejahtera.

apabila dilihat pada tajuk blog saya kali ini, yang sudah biasa dengan FACEBOOK atau laman sosial yang lainnya mungkin sudah biasa melihatnya. apa yang saya cuba bawa bukanlah untuk mengehadkan pembukaan penerimaan penonton dan sekaligus menjelaskan kebenaran yang sebenar setelah rakan FACEBOOK saya berkongsi pengetahuan yang ada padanya.


 triller drama - cuba tonton dan renungkan sejenak. 



pada mulanya tayangan triller drama ini saya tonton, saya akui saya juga melihat nilai negatif dalam drama ini yang dilihatnya seolah-olah menggambarkan imej peribadi muslimah berniqab dalam keperibadian yang rendah. namun, ianya telah diperjelaskan kepada saya oleh rakan FACEBOOK.



apabila saya dijelaskan dengan keadaan sebenar jalan ceritanya, barulah saya fahami intipati yang ingin disampaikan dalam konteks cerita ini. intipati cerita yang ingin disampaikan ada nilai positif di mana keadaan wanita itu yang dalam keadaan bahaya sekiranya dia mengalami kecederaan. namun, skop jalan cerita yang jelas, saya masih kabur. mungkin, lelaki yang membantunya mengetahui penyakit Sahara lalu membantunya dan kebetulan mahram bagi gadis tersebut tidak ada serta keadaan ini akan mendatangkan darurat kepada Sahara (maka dibolehkan).

 perumpamaannya jika seorang yang bukan mahram dengan kita berada dalam keadaan bahaya dan hanya kita yang mahir atau pakar umpama doktor, maka dibolehkan (sekiranya sudah tiada lagi pakar yang mahram baginya). 

walaubagaimanapun, saya masih terkilan dengan skop drama mahupun cerita-cerita yang disiarkan dan dilayarkan di tayangan televisyen yang menjadikan muslimah berjilbab/ berniqab dengan imej yang negatif. (saya akui, setiap individu ada kepincangan dirinya sendiri dan yang pasti kita ada dosa yang tersendiri dan yang berjilbab/ berniqab tidak semestinya sempurna). tetapi, harus diingatkan imej yang ingin kita sampaikan agar mampu mentarbiyahkan anak muda, belia, dewasa dan lain-lain terutamanya kanak-kanak adalah menjadi kewajipan yang besar pertanggungjawabannya. kita sedar dan akui, kelahiran dalam negara yang moden dan persis seperti metropolitan adalah suatu perkara yang janggal jika masyarakat tidak mengenali televisyen (namun, saya juga masih kabur dengan keadaan di pendalaman setiap negeri samada masih ada yang tidak mengenali alat elektronik ini). justeru itu, alat yang ada seharusnya menjadi medium yang positif dan bermanfaat agar tontonan menjadi tarbiyah dalam diri individu sekaligus mengelakkan 'galakan dosa'. apa yang dimaksudkan oleh saya adalah, perbatasan dalam cerita yang ingin disampaikan biarlah terbatas dan dijaga selari dengan hukum agama, agar ianya tidak menjadi fitnah kepada agama terutama yang tidak uruf dalam soalnya seperti saya sendiri. (saya tidak mahu individu diasak dengan tarbiyah negatif sekaligus melahirkan syabab dan individu yang jauh dari jalan dan landasan yang benar).





jika anda membaca petikan di atas, sudah cukup menjelaskan perbatasan dalam agama islam bagi yang uruf dan arif serta menjaga diri mereka. namun, pada masa zaman kini, ianya kelihatan menjadi kebiasaan kerana terbiasa dengan tayangan di dada televisyen. walaubagaimanapun, saya bangga dan gembira dengan usaha negara jiran indonesia dalam usahanya menyampaikan tarbiyah yang jelas melalui filem yang terbatas dan terjaga. saya yakin jika saya nyatakan filem tersebut, rata-ratanya sudah terbiasa dengan cerita ini. antaranya ialah:

1. ketika cinta bertasbih
 


 2. dari sujud ke sujud
 


saya  akui dan yakin, kini sudah ramai yang menghampirkan diri kepada ulama' seperti yang berlaku kepada para artis. maka saya tertarik dengan surah an- nashr.




 ** jadi mengapa kita masih memilih untuk berada di takat yang lama dan bawah. ALLAH itu Maha Penerima Taubat. tapi jangan terlambat, nanti waktu itu sudah tidak bermanfaat kepada kita.. walwahua'alam... (sekiranya ada yang lebih uruf, boleh dikongsi bersama)

p/s: catatan hamba ALLAH yang masih mencari bekalan ilmu..


No comments:

Post a Comment