Saturday, January 5, 2013

UZTAZ AZHAR IDRUS

assalamualaikum dan salam sejahtera... sepagi nie saya ngah syok layan talk show ke..?? boleh la dikatakan... sebab dalam ceramah kali nie ustaz azhar idrus tampil dengan moderator iaitu MAN RAJA LAWAK, FAIZAL TAHIR dan ABBY ABADI.. so, ada la input2 yang nak dikongsi.. walau vdeo nie dah lama p0wn ada...bulan puasa tahun lepas.. tapi, saje la..once dah suka, nak juga la kongsi dengan semua.. 


 

soalan: kenapa ada orang kata nak buka puasa dan tengah buka puasa p0wn, pahala puasa boleh terhapus?

jawab: masa nak berbuka tu, kemungkinan kita pergi tonton cter2 yang kat tv tu yang menyebabkan pahala terhapus.. (ahakz..tiba2 terpk, emang p0wn nak buka puasa la rancangan tv duk best2.. drama TV3.. urm.. kan dah kena batang hidung.. *_+ bleeding)

tengah berbuka pula mungkin sumber makanan kita adalah haram. (opsss... emang kena hati-hati taw!!!). cthnya kalau ada yang makan duit anak yatim dll.. 


 SEBAB ITU, jaga taw.. (peringatan buat diri sendiri yang selalu lupa diri %_*)


 soalan: macam mana wanita yang haid nak dapat pahala puasa?

jawab: perempuan haid yang tidak berpuasa dan meninggalkan solat dah dikira dapat pahala sebab patuh pada ajaran dan perintah ALLAH (ok.. tiba2 je jadi suka dan ceria, sebab dapat pahala.. mudahnya..)


soalan: ziarah kubur pada hari raya sahaja?

jawapan: ziarah kubur tu boleh pada hari lain, pada waktu senang (digalakkan). bukan perlu tunggu hari raya sahaja. kerana dengan menziarahi kubur, akan membawa peringatan kepada kita soal mati.. ziarah kubur lebih baik daripada sekadar mendoakan arwah dari jauh sahaja. seumpama kita suka melihat dan bertemu anak-anak apabila hari raya menjelma. begitu juga si arwah..


soalan:  adakah meminta maaf pada pagi hari raya sunat atau hanya adat Melayu?

jawpan: hanya adat orang Melayu.. sebab meminta maaf tidak perlu tunggu masa tertentu, perlu dilakukan dengan segera andai kita sedar salah kita. sebab, masa kita hidup belum lagi pasti akan hidup untuk tiba pada hari raya bagi meminta maaf. jadi kalau salah, minta maaf cepat2.. (hwuaw3... saya minta maaf dengan semua.. T_T)



soalan: komen ustaz dengan penghijrahan artis-artis sekarang? wajarkah mereka hadir untuk 'talkshow'?

jawapan: syukur la sebab mereka kembali ke fitrah asal. so, orang lain xleh la pertikaikan mereka dalam talkshow dan sebagainya sebab mereka hanya berkongsi pengalaman mereka menjadi artis. ini kerana mereka lebih uruf dalam dunia tersebut. ini akan membuka ruang kesedaran kepada yang berada dalam dunia sama dengan mereka juga. menurut ulama', HABIB : kita perlu bersyukur dengan perubahan mereka  dan manusia seharusnya suka dengan perubahan yang berlaku kecualilah mereka berbicara soal hukum. ini tidak dibolehkan kerana ianya hanya boleh dilakukan oleh ulama' sahaja. untuk artis2 mahupun individu yang lain, tegurlah secara berhikmah :D





soalan: hukum main mercun dan bunga api?

jawapan: boleh je asalkan tidak memudarat. dan makruh kalau membazir. tapi haram pula sekiranya mendatangkan mudarat serta membazir sehingga mencecah angka yang besar sedangkan wang itu mampu digunakan lagi dalam membaiki masjid dan surau misalnya.





soalan: macam mana dengan orang yang terlupa membayar zakat fitrah? adakah perlu menunggu hari raya seterusnya?

jawapan: sekiranya terlepas wajib dibayar dengan segera. tanpa bertangguh masa lagi. kalau lupa nak bersalam pown xpe, jangan la pula kalau lupa nak berjabat tangan pergi balik dan salam balik. 



soalan: aurat?

jawapan; aurat tiada antara suami dan isteri sahaja. antara anak dan ibu bapa juga terdapat aurat yang sama seperti biasa. melihat sesuatu aurat dan sebagainya pada kali pertama dengan tidak sengaja sahaja dibolehkan. bukan kali pertama itu adalah sesuatu hadiah dan kali kedua baru tidak boleh.



p/s: aura USTAZ AZHAR IDRUS... gelombang u-tube

No comments:

Post a Comment