tarikh tu merupakan tarikh bagi hari ke-5 aku masuk semester 6 di IPG.
tarikh ini juga la, akak usrah aku buat usrah. lokasinya jelas korang nampak aku tulis - BILIK TV PEREMPUAN.
paling aku ingat benda nie, sebab nie la kali pertama aku menjejakkan kaki ke bilik tv nie sepanjang dah 4 thn stgh aku duk belajar di IPG.
bukanlah aku nak kata aku nie SUCI sampai x layan TV nie.
ALASANnya yang jelas, lokasi asrama aku yang jauh nun dari bilik tv.
so, aku yang malas dan rasa macam, PERLUKAH...??
jadi, aku memilih tak pergi la..
pernah je aku lalu, TAPI tak la plak masuk duduk semua..
tahulah ada sofa kat bilik tu. itu la pertama kali aku berada di atas sofa di bilik TV.. hahahahaha....
yang paling mahal, bilik tv tu siap ada kelas lagi dalam tu...
sebab kekangan tempat utk kuliah...
boleh bayang betapa syoknya..kelas yang kena di bilik tv.. boleh tonton tv sementara lecturer nak mai..waktu rehat.. bosan2 ke.. alahai.. bestnya~~~ lalalala...
USRAH ku bermula.....
yang ku tak terduga tu kan, aku nga kawan baru terlepas cakap pasal ROJAK MAK BEE, nak makan nanti pergi BIG perlis kat area umah kawan aku. aku siap request dye siapkan kami juadah nie lagi. tup2, tanpa aku sangkakan...akak usrah aku datang membawa ROJAK MAK BEE, dan akhirnya mengawalkan diri aku untuk merasa kenikmatan juadah nie.. ouch3... subhanaALLAH.. alhamdulillah... Allah hadirkan akak usrah aku nie dengan apa yang aku nak rasa.. i feel blessed by Him.. :D
aku juga siap dapat hadiah lagi daripada akak usrah, buku biru tu nga penyepit teddy bear... alahai, aku rasa jiwa aku dah macam budak2.. teruja habis.. seronoknya!!!!! tasbih tu plak, aku dapat dari kawan IPG yang pergi mekah. best aku tengok depa yang dapat peluang pergi sana. tapi, pe2 pun itu rzki dia orang. dan aku juga perlu usaha ke arah tu. biar pown dosa aku menggunung tinggi, biarlah aku bercita2 tuk ke sana tercapai... pe2 p0wn, parents perlu didahulukan..
untuk kesekian kalinya, kami buat aktiviti TARIKH LAHIR dalam al-quran. just, surah tu jadi tarikh lahir kiter, dan bulan tu kter tengok ayat. so, ayat tuk tarikh lahir aku adalah surah hud ayat 7.
Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711], dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini[712] tidak lain hanyalah sihir yang nyata." (ayat 7 surah 11-hud) | ||||||
[711]. Maksudnya: Allah menjadikan langit
dan bumi untuk tempat berdiam makhluk-Nya serta tempat berusaha dan beramal,
agar nyata di antara mereka siapa yang taat dan patuh kepada Allah.
[712]. Maksud mereka mengatakan bahwa kebangkitan nanti sama dengan sihir ialah kebangkitan itu tidak ada sebagaimana sihir itu adalah khayalan belaka. Menurut sebagian ahli Tafsir yang dimaksud dengan kata Ini ialah Al Quran ada pula yang menafsirkan dengan hari berbangkit. |
bila aku baca terjemahan ayat nie, emang kena la nga diri aku yang iman asyik turun naik cam tanah tak rata je.. hasil selalu je x memuaskan. perangai yang susah nak ubah. cepat sangat penat dengan ujian, sebab bler orang buat aku terasa je, aku rasa geram je. mananya tak kejam nye aku. tahap kesabaran aku rendah. lepas akak usrah aku kata, ujian tu takkan habis sebab kembar kita adalah ujian. ujian tu takkan berakhir, sebab Allah tahu kita masih lagi lemah. jadi dye bgi lagi ujian yang sama untuk melatih kita. macam cikgu la, kalu murid tak mahir dalam sesuatu topik, macam2 latihan ckgu bagi, untuk murid tu faham. dalam diam, aku sedar betapa aku nie anak murid yang lemah walaupun classmate aku selalu usik aku katanya pointer aku tinggi. (tapi, aku rasa pointer aku dengan depa, sama je. xdak lebih, xde kurang...)
yang paling aku kena ingat, jiwa yang aku miliki, pasti akan berhenti. aku belum pasti bila masanya, tempat di mana, dengan siapa, bagaimana, mengapa, dan macam2 lagi.. so, aku kena la sedar diri, kan nanti duduk saje2 ttbe ajal aku mai, takkan aku nak kata STOP kan.. nothing can stop it. kadang2 aku rasa bertuah jgak kalau mati awal, tak banyak dosa, tapi bler aku pk balik, kalau aku mati, betul ke aku dah sedia. banyak ke amal aku untuk aku siapkan jumpa dengan Allah. silap2 aku malu dan neraka plak yang aku huni. sebab kadang2 dah rasa baik tapi manalah tahu benda yang buruk sikit2 kita buat, pahala tu dah kena potong...
[jadi, aku kenalah ingat, bahawasanya AJAL itu akan tiba,
masanya bukan aku yang tahu dan tentu,
aku bukanlah sempurna mcam mereka yang mulia,
tapi aku mengharapkan matiku dengan mulia bukan terhina...
gunung dosa vs. gunung pahala
mana satu yang tinggi pada masa di sana..?
aku belum tahu..
tapi masih mengharap bauan syurga dan taman seisinya...
moga ada rzki ya Allah..
amin.. ]
No comments:
Post a Comment