Friday, June 28, 2013

MY WEEKENDS...




here come the story for my weekend... yeah, my weekend starts on friday and ends on saturday.. (KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU & PAHANG..) then, here i am at KEDAH. no more foreigner language.. so, may i use my mother tongue language.. :D

yeah, sape sangka cuti nie aku begitu bersemangat telah menyepahkan bilik aku di asrama (mentang2 la roomate aku tiap2 minggu balik..dan aku sorang2, so nie la kalau dah xdak keja sangatkan.. lalalalala~~~) korang nak tengok betapa DISASTERnya aku buat bilik aku...?? nasib baik roomate aku tak dak. so,sepahkan je la dengan aman dan tanpa nak ganggu dia..


kekecohan dalam bilik macam ribut taufan melanda nie, adalah semata-mata sebab aku kan dah semester 6. jadi, aku just get ready konon2nya la nak bawak balik barang2 sikit2. 4 tahun kat IPG nie, sampai la skang baru aku rasa nak kemas bawa balik barang2... yang paling ketara dan wujud yang menjadi harta aku kat sini, mesti budak IPG tahu apa bendakan..?? kami nie bukan bertimbun dengan buku, TAPI bertimbun dengan PORTFOLIO-PORTFOLIO.. emang dah macam latihan untuk menjadi cikgukan. tambah2 lak skang nie lak, KSSR yang konsepnya sepenuhnya guna sistem pemfailan.. ahakz..emang kena la nga kami bakal2 guru.. yeah3!!!! pengorbanan ruang dan kertas serta ink printer yang dah bpe botol dah habis.. dah ntah bape kali kena perbaik sdah.. huhu... yeah..tiba fasa PRAKTIKUM lagi la.. hidup di IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN takkan lari dari PORTFOLIO... awesome kan..?? aku yakin pelajar universiti lak ada kisah mereka sendiri. dah nie blog aku, so aku cter kisah IPG je la... kisah2 lain xdak la. sebab aku nie tak pernah jejak kaki ke universiti pun lagi.. lalu tu pernah la.. hahahahaha....



dalam aku ngemas tu, aku teringat kat COOLER PAD yang macam hebat la kononya, tapi xdak la sangat.. besa2 je.. tapi waktu aku beli emang mahal la.. aduyai..pastu aku gna tak bpe lama tu, kipas dah tak gerak.. lepas tu, aku simpan je dalam kotak atas loker asrama sejak tahun 2010. (aku nie hatta benda rosak- sayang nak buang. tu yang barang aku tak pernah berkurang.. huhu..). alang2 aku dah kemas dan buat kuar benda nie, aku test la, lampu dye nyala TAPI kipas tak gerak. aku try la jolok2 sikit kat lubang2 kipas tu bg tenaga la konon.. xmaw jgak.. last2, aku pown bkak skru dan bermulalah sesi aku membaiki... (alhamdulillah sangat2 sebab aku tak dak la macam pepatah melayu 'BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU' , sebab cooler pad nie jadi balik... ----> kena tkar course technician ke..?? hahaha... no wonders la, CIKGU pown dilabel engineer... awesome...!!!! ) sebenarnya leh aku try nak bkak balik cooler pad nie, sebab adik aku ada jgak yang sama, baru beli.. TAPI rosak lak wayar dyer.. sorry la yer my little sis, ur SIS dah dapat perbaiki la plak.. (nasib baik la aku suka simpan barang, kalau tak membazir dah kan..?? ada hikmah gak aku tak beli cooler pad sampai 2 waktu promosi ritu.. hik3... kerja menghabis duit waktu cuti je aku.. dah bka kuliah mula la merana.. hik3...)


al-kisah lak, nie lak gambo jam tangan yang dihadiahkan oleh mak saudara aku waktu aku dapat 8A dalam PMR. jam nie dah rosak bler aku dalam asasi kat IPG. tapi, sampai skang aku still lagi simpan. dan last2 sekali aku tengok muka jam tu pun dah macam calar dan dah teruk, so, aku p0wn buang la.. (maafla mak cik, sebab dah rosak. TAPI terima kasih atas hadiah yang bermakna nie..) jam nie dah berkhidmat dengan asku selama 4 tahun la jgak.. sebab 2 tahun aku kat MRSM KUALA TERENGGANU.. SETAHUN kat KMPK..dan setahun setengah untuk asasi IPG... emang bermakna la katakan...


korang jangan tak percaya lak, apa yang korang nampak. ahakz..nie la gambo raket tenis aku... raket je la.. nak kata aku pandai main gler hebat macam atlet tu, xdak la maknanya.. nie sebenarnya gara2 sebab GERKO semester 2 ijazah (kalau aku tak silap), kami satu kelas kena tenis. so, tak pasai2 encik pensyarah yang bersemangat waja tu telah meminta semua budak kelas aku untuk beli raket nie dan setiap orang dapat 2 biji bola... (tapi bola tu aku tak tahu pi mana dah, seingat aku budak kelas aku simpan..xpe la..abaikan je la..) serius, aku sayang raket nie, tapi kalau x guna rosak gak. rasa cam nak jual je, TAPI tak tahu la sape yang nak beli.. aduhai.. tu tak termasuk lagis et baju pbsm aku yang memncecah harga rm200 solid.. fuh lamak, jangan main2, nak jadi cikgu emang nampak syok je dapat elaun TAPi duit tu emang kami duk kena pakai je.. mengalir cam air sungai jer.. asal masuk je, kena keluar...


semester nie lak, aku kena kelab rekreasi..duit lagi kena pakai..tak tahu la jadi ke tak untuk pergi berkayak ke tanjung dawai minggu nie... 2/7/2013... dengar2, sewa kayak rm50 satu kepala.. mahu nak terputus urat2 aku yang selama nie bertahan makan untuk berjimat, tapi sekelip mata jer nak kena spend duit untuk benda nie.. (elaun x masyuk lagi..kalau amsyuk, ok la jgak sikit...) 3/7/2013 lak, aku kena pergi BIG nga bdak kelas, menuju ke PERLIS... tang mana tu..??? hahahaha.... nanti la aku bkak cter tu, bler aku dah lalui pengalaman kat sana, ok..?  

semalam lak, sebelum aku terlena bagai, ttbe jer otak aku nga tangan nie gatai nak try fesyen bertudung.. hahaha... aku try la tengok kat u-tube kan, sebab ttbe je MY BROADBAND cecah sampai Mbps.. hahaha... (semuanya ttbe je kan... kih3...) last2, hasil aku yang tak seberapa, hasil aku tiru lam u-tube adalah... taraa------->>>>>





Monday, June 24, 2013

H.O.P.E.



H.O.P.E. what's mean? korang tahu kan perkataan nie merujuk kepada harapan, kalau diterjemah dalam bahasa melayu (bahasa ibunda negara ku, Malaysia...). korang pernah berharap..?? aku cukup la cakap muka aku nie, penuh dengan pengharapan. samada aku yang berharap, dan orang yang mengharapkan aku.. (ada ke orang yang mengharapkan aku...?? family aku la kot - abah dan mama yang sentiasa berharap anak2 mereka berjaya dunia nga akhiratkan... korang pown kan...?? don't forget them..). kalau korang biasa tulis PENGHARGAAN dalam awal2 page penulisan korang, korang mesti akan guna perkataan, BERHARAP.. hahaha.. so, sebenarnya secara tak langsung korang pown sedang H.O.P.E. jgak...

celoteh aku yang merapu bagai nie, cuma aku nak sampaikan satu benda. kehidupan aku dengan family biasanya aku bergantung kepada dia orang kan nak buat pe2. once aku dah berdikari la kononnya kat negara orang, aku kena la cari cara sendiri. kadangkala cara aku salah tanpa aku sendiri sedar (kalau waktu tu korang rasa, aiseh...aku salah..just tegur je la..). aku nie emang la susah sikit dari segi transport, dan aku ada satu masalah sikit pasai pengurusan tiket. aku kena pergi balik bus stop dan tukar tiket. alhamdulillah sangat2 sebab aku dapat tukar. besanya tak dapat. tapi sebelum aku call kaunter tu, aku BERHARAP Allah permudahkan jalan aku. aku just call dan tawakal kepada Dia. lastly, akak tu kata OK. padahal pada mulanya aku rasa risau gak, sebab akak tu jawab panggilan ala2 aku rasa kasar la sikit. TAPI sebenarnya dia OK. itulah, kalau kita kali pertama kita tak tahu orang tu macam mana, seterus2nya insyaAllah kita lebih faham... lepas tu, aku pun minta tolong la sape2 ada transport, dan alhamdulillah Allah hadirkan seorang hamba Allah tuk tolong aku. aku ucap terima kasih la sebab sudi tolong aku dan terima kasih Allah kerana permudahkan jalan aku.. satu perkara aku belajar "SENTIASA BERHARAP KEPADA ALLAH..." sebab Dia yang penentu jalan kemudahan sesuatu perkara yang korang hadapi... never stop hoping to HIM.. 


ya..aku masih mengharap... dan aku sentiasa akan berharap, agar Allah permudahkan aku dalam segala hal urusan yang Dia berikan kepada aku. walaupun aku antara hamba Dia yang selalu je alpa dan leka.. moga Allah bawa aku ke arah jalan kesedaran...

**bercinta dengan Dia, tenang jiwaku. gembira hati dan bahagia hidup ku. moga Allah memberkati jalan kehidupan aku dan keluargaku. amin.. I Love Allah.. :)

Saturday, June 22, 2013

20/6/2013 - BILIK TV PEREMPUAN

tarikh tu merupakan tarikh bagi hari ke-5 aku masuk semester 6 di IPG. 
tarikh ini juga la, akak usrah aku buat usrah. lokasinya jelas korang nampak aku tulis - BILIK TV PEREMPUAN.
paling aku ingat benda nie, sebab nie la kali pertama aku menjejakkan kaki ke bilik tv nie sepanjang dah 4 thn stgh aku duk belajar di IPG.
bukanlah aku nak kata aku nie SUCI sampai x layan TV nie.
ALASANnya yang jelas, lokasi asrama aku yang jauh nun dari bilik tv. 
so, aku yang malas dan rasa macam, PERLUKAH...??
jadi, aku memilih tak pergi la..
pernah je aku lalu, TAPI tak la plak masuk duduk semua.. 
tahulah ada sofa kat bilik tu. itu la pertama kali aku berada di atas sofa di bilik TV.. hahahahaha....
 yang paling mahal, bilik tv tu siap ada kelas lagi dalam tu...
sebab kekangan tempat utk kuliah...
boleh bayang betapa syoknya..kelas yang kena di bilik tv.. boleh tonton tv sementara lecturer nak mai..waktu rehat.. bosan2 ke.. alahai.. bestnya~~~ lalalala...


 USRAH ku bermula.....


yang ku tak terduga tu kan, aku nga kawan baru terlepas cakap pasal ROJAK MAK BEE, nak makan nanti pergi BIG perlis kat area umah kawan aku. aku siap request dye siapkan kami juadah nie lagi. tup2, tanpa aku sangkakan...akak usrah aku datang membawa ROJAK MAK BEE, dan akhirnya mengawalkan diri aku untuk merasa kenikmatan juadah nie.. ouch3... subhanaALLAH.. alhamdulillah... Allah hadirkan akak usrah aku nie dengan apa yang aku nak rasa.. i feel blessed by Him.. :D


aku juga siap dapat hadiah lagi daripada akak usrah, buku biru tu nga penyepit teddy bear... alahai, aku rasa jiwa aku dah macam budak2.. teruja habis.. seronoknya!!!!! tasbih tu plak, aku dapat dari kawan IPG yang pergi mekah. best aku tengok depa yang dapat peluang pergi sana. tapi, pe2 pun itu rzki dia orang. dan aku juga perlu usaha ke arah tu. biar pown dosa aku menggunung tinggi, biarlah aku bercita2 tuk ke sana tercapai... pe2 p0wn, parents perlu didahulukan..


untuk kesekian kalinya, kami buat aktiviti TARIKH LAHIR dalam al-quran. just, surah tu jadi tarikh lahir kiter, dan bulan tu kter tengok ayat. so, ayat tuk tarikh lahir aku adalah surah hud ayat 7.


Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711], dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini[712] tidak lain hanyalah sihir yang nyata." (ayat 7 surah 11-hud)
[711]. Maksudnya: Allah menjadikan langit dan bumi untuk tempat berdiam makhluk-Nya serta tempat berusaha dan beramal, agar nyata di antara mereka siapa yang taat dan patuh kepada Allah.

[712]. Maksud mereka mengatakan bahwa kebangkitan nanti sama dengan sihir ialah kebangkitan itu tidak ada sebagaimana sihir itu adalah khayalan belaka. Menurut sebagian ahli Tafsir yang dimaksud dengan kata Ini ialah Al Quran ada pula yang menafsirkan dengan hari berbangkit. 







bila aku baca terjemahan ayat nie, emang kena la nga diri aku yang iman asyik turun naik cam tanah tak rata je.. hasil selalu je x memuaskan. perangai yang susah nak ubah. cepat sangat penat dengan ujian, sebab bler orang buat aku terasa je, aku rasa geram je. mananya tak kejam nye aku. tahap kesabaran aku rendah. lepas akak usrah aku kata, ujian tu takkan habis sebab kembar kita adalah ujian. ujian tu takkan berakhir, sebab Allah tahu kita masih lagi lemah. jadi dye bgi lagi ujian yang sama untuk melatih kita. macam cikgu la, kalu murid tak mahir dalam sesuatu topik, macam2 latihan ckgu bagi, untuk murid tu faham. dalam diam, aku sedar betapa aku nie anak murid yang lemah walaupun classmate aku selalu usik aku katanya pointer aku tinggi. (tapi, aku rasa pointer aku dengan depa, sama je. xdak lebih, xde kurang...)

yang paling aku kena ingat, jiwa yang aku miliki, pasti akan berhenti. aku belum pasti bila masanya, tempat di mana, dengan siapa, bagaimana, mengapa, dan macam2 lagi.. so, aku kena la sedar diri, kan nanti duduk saje2 ttbe ajal aku mai, takkan aku nak kata STOP kan.. nothing can stop it. kadang2 aku rasa bertuah jgak kalau mati awal, tak banyak dosa, tapi bler aku pk balik, kalau aku mati, betul ke aku dah sedia. banyak ke amal aku untuk aku siapkan jumpa dengan Allah. silap2 aku malu dan neraka plak yang aku huni. sebab kadang2 dah rasa baik tapi manalah tahu benda yang buruk sikit2 kita buat, pahala tu dah kena potong...

[jadi, aku kenalah ingat, bahawasanya AJAL itu akan tiba, 
masanya bukan aku yang tahu dan tentu,
aku bukanlah sempurna mcam mereka yang mulia,
tapi aku mengharapkan matiku dengan mulia bukan terhina...
gunung dosa vs. gunung pahala
mana satu yang tinggi pada masa di sana..?
aku belum tahu..
tapi masih mengharap bauan syurga dan taman seisinya...
moga ada  rzki ya Allah..
amin.. ]  



Wednesday, June 5, 2013

BENDA YANG MENARIK BAGI AKU LA..

aku yakin, korang p0wn pasti ada benda yang menarik minat korang, dan minat aku emang xleh dipisahkan la kan dengan tata hias dalaman nie (interior design). menarik kot..even web fb nie adalah golongan kafir, x salah tuk aku sukakan kreativiti dyer orang dan pemikiran dye orang...(selagi x salah dengan agama aku la kan..)


aku x kisah ler...TAPI nie minat aku.. even aku xdak la loaded tuk memiliki semua benda yang aku minat.. just tengok2 p0wn ok la.. sebab xdak la niat di hati untuk memiliki.. sebab aku tahu nie bukan keperluan aku.. TAPI cuma kehendak aku.. kalau aku ikutkan alamaknya, senteng la duit aku kan..

so, untuk itu, aku just VIEW je la photo decoration nie... cam awesome jer.. aku suka.. :) antara yang menarik bagi aku la.. gambar kat bawah nie..

 
nie bilik tidur... tata hias dalaman dyer menenangkan.. aku cukup ska the stars kat atas tu.. impiannya aku nak ada umah cam tu.. dapat view pemandangan malam.. tapi angan2 aku je la kan.. x salah berangan2... (so, let's dream on...)


yang nie pon kreatif.. aku suka la.. cma may be akan makan ruang dan nampak semak lak kan.. tapi awesome la.. bleh pakai benda terpakai nie.. nie bleh gna kereta yang dah rosak... chantek la..

 yang nie lak aku x taw pe fungsi dye..cam tengok suhu dan kadar masak ke..?? fuyooo...x yah penat2 nak tilik dah masak ke belum kan... dan aku knfrm BBQ nya event bleh berjalan lancar... hahahaha.. (insyaALLAH)

aku dah rasa cam fungsi termometer lak dah... bleh multi-function kot.. kih3...

 imej nie ak bagi besar pnyer... hahaha.. menarik tol.. aku ingat dalam filem jer wujud.. aku xtaw la kalau dalam real life nie ada... mahu tergadai semua harta yang aku ada.. gara2 nak memiliki benda nie.. hahahaha...


 kalau dah jadi cikgu tu tak kemananya..asyik fikir stdents jer.. ak tengok gamba nie..terfikir nak buat aktvti dengan dyer orang.. saje nak syok2 kan.. TAPI mostly benda nie bdak sains la bleh aplikasi.. nak mengajar tajuk CAHAYA.. cam aku nie MATEMATIK, x taw la nak aplikasi cam mana... hahahaha.. (bleh difikirkan... urm... thinking!!!!! )

 nie palk rumah yang ada akuarium.. aku suka tengok ikan.. aku ingat lagi waktu umur 5/6 tahun camtu..aku p nga famly kat langkawi... no wonders la ak snap photo pown masih tengok ikan lam akuarium.. (sebenarnya..aku takut.. hahaha.. mahu taknnya..aku risau kena ngap dengan ikan besor2 tu.. hihihi...) so, kroang bleh agakla kan..photo aku macam mana... hahahahaha... tak nampak mka l0rh...

 yang nie plak, aku yakin la korang leh faham.. cam mana nak ikat neck tie.. aku p0wn  x faham dan x pandai... jujur la aku kata.. aku tabik spring la kan kat orang laki sbb pandai pakai.. aku surrender la siap2.. sebab aku x reti.. hahahaha....

 yang nie macam dalam cter THE SMURF la plak... hahahahaha....

ada satu nie pasai game yang aku main... dye soh melukis kot.. TAPI just klik2 jer ikut arahan.. tapikan, dyernya step emang acurate kot.. mahu taknya, kalau salah aku kena start draw dari awal.. macam mengajar melukis betul2 tu.. nie la.. dua painting yang aku perlu siapkan dalam game nie.. gambar kat bawah... (main game p0wn x dak la membazir, kalau korang pandai manfaatkan... hahaha.. )
 





**snap sikit jer la.. dah la..x larat nak berceloteh.. tata titu teto.. zzzz...

Tuesday, June 4, 2013

BENDA YANG MENARIK BAGI AKU...

dalam aku duk cuti 3 minggu nie mengalahkan BUDAK SEKOLAH al-maklum la aku bakal guru nie kan... emng x lari la kalau musim cuti sekolah dengan wedding kan... KENDURI kahwin kot.. yang menarik kat aku bukan la apa2 pun TAPI aku tertarik dengan box kat dalam gambar bawah nie.. dah macam gaya packaging kedai MC Donald, KFC bagai dah nie.. menarik la bagi aku. teruja pown ada. idea baru ke..? bagi aku ye la.. hahahaha.. (xtaw la kalau benda nie dah lama berlaku, cuma aku yang macam KATAK BAWAH TEMPURUNG kot yang xtaw...) aku rasa lepas nie mesti kuar banyak lagi idea2 baru kan.. NICE taw..smua cam package kan.. kad kahwin depa p0wn seragam dengan design packaging nie.. pe2 p0wn aku doakan pasangan nie bahagia dan perkahwinan korang membawa sakinah mawaddah warrahmah yer.. :) amin..
 



ahakz..aku tak lupa pada yang bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga atau telah atau sedang merancang, aku doakan korang bahagia dan dipermudahkan jalan oleh ALLAH. aku yakin korang dah daebak and awesome sebab korang dah dekat kepada jalan menghalalkan yang haram. so, aku doakan ALLAH permudahkan jalan korang semua. aku doakan korang p0wn ceria dan sentiasa diberkati.. :)


AKU DAH AGAK DAH...


**korang bukak link nie..


benda yang lama dan kira aku agak dah masuk keluar dah corong telinga aku nie. mana taknya, asyik berita tu jer keluar papers pastu jadi benda HOTS yang diperkatakan oleh kami especially BUDAK IPG nie.. bayangkanlah aku nga geng2 lain yang dah nak habis nie macam2 jadi komplikasi dan perubahan yang dibawa oleh orang ATASAN la kan.. so yang BAWAHAN nie kena je macam cucuk hidung ikut.. aku tak rasa macam ada rundingan dan luahan dari kami guru pelatih nie. kadang2 aku tak faham keputusan orang ATASAN nie. nak aku ikutkan, nampak sangat cam lurus bendul.. nak aku bangkang, nampak lak cam x redha dan menerima takdir.. 


ok la.. aku emang x berapa nak stju. kalau betul nak buat perubahan fikir la dalam2 dulu. waktu aku masuk IPG siap bagai tanda surat perjanjian lagi. TAPI tak heran la, sebab dia orang dah state sebarang perubahan boleh berlaku. FINE, aku boleh terima. tapi yang ATASAN kena tengok yang BAWAHAN sama. tindakan macam nie dalam korang tak sedar sebenarnya membebankan mahasiswa dan mahasisiwi dan kena la sedar yang golongan nie adalah muda belia. korang tak nampak IMPAK dye. bayangkanlah yang kuar tu dijamin kerja dan dia orang dah berhempas pulas waktu blaja tu struggle everything la kan. so, aku tak rasa depa perlu diketepikan dan tak dijaminkan kerja. ada masalah dengan penempatan ke.? bdak IPG nie just dye nye medan tu SEKOLAH RENDAH je. aku tak nampak fight dengan stdent universities. sebab student universities tu setahu aku bidang depa adalah SEKOLAH MENENGAH. (ke aku silap dan cetek pengetahuan?). 



aku tengah wonder nie, kenapa perlu korang ATASAN rombak jaminan penempatan sedangkan dalam aku punya otak dan pengetahuan sepanjang pengalaman praktikum yang x banyak nie, cikgu2 sekolah selalu kata "GURU TAK CUKUP, BANYAK KERJA KENA BUAT". ahakz..so macam mana boleh x ckup penempatan. aku yang pergi praktikum kat sekolah terkejut kot... hampar 30+++ jam tuk mengajar dalam 1 minggu.. wuwuwwuwuwu... berat jgak.. TAPI aku tak kisah. aku tahu yang ATASAN dah buat yang THE BEST la kan. dan aku rasa BEST lagi kalau korang turun dan explain kepada kami WHY THIS HAPPEN..?? (waktu tu aku boleh la cuba faham dua2 pihak..dan boleh la buka sesi joal jawab taw..!!! ) korang ATASAN kena kesian kami BELIA nie, bayangkanlah korang buat macam nie, ada potensi kadar orang tanam buah anggur bertambah kot. korang nak kurangkan masalah sosial, TAPI macam mana kalau rentetan nie boleh bawa kesan negatif.. TAPI xdak lak orang nak buat negatif, dia orang akan cuba cari kerja lain jgak kan...


aku cukup heran dan bertambah heran. kesan ada positif ada negatif gak. orang boleh moral down kot. sebab korang dah janji sebelum tu.. TUP2 korang tkar 360 darjah smua benda. mahunya kami tak terkejut dan terkilan. aku p0wn antara orang yang sedih dengan perubahan nie... T_T. dengar kisah senior yang tak dapat jamin lagi, sedih jgak la. TAPI aku doakan korang dapat rezekinya nanti. 

**last2 sekali nie je yang aku mampu..TAPI orang ATASAN sila la amik kami yang BAWAHAN nie tuk dititikbertakan dan dijaga jgak hati kami.. rasa cam remuk dan berkecai je..


Monday, June 3, 2013

SURAT 1 MALAYSIA

ahakz..aku ada story plak..baru la sangatkan..hari nie aku dengan semangat wajanya mengarang surat tidak rasmi. korang tahu tak, dah lama aku tak mengarang bagai2 nie semua, terutama karangan berformat. mau tak senteng idea aku, sebab otak aku nie dah berkarat sudah nak bina rangka karangan dan garap idea bagai. tambah2 plak aku nak kena karang surat kat PERDANA MENTERI MALAYSIA..(konon2 la kan..padahal aku just gatai nak masuk pertandingan..nie sebab my aloya frenz la..ajak aku sowh amsuk contest.. sebab katanya ada kepentingan tuk isi borang posting nanti)
then, aku decide TAK SALAH la aku nak masukkan. aku cukup timer kaseh nga cik zu aku nie..(oppsss..mengaku yang aku punya plakkan..nanti marah lak cik abang dyer... ngeh3...) sebab bagtahu aku bnda2 yg up-to-date.. so aku tak ada la macam KATAK BAWAH TEMPURUNG dengan tahap kemalasan aku yang gaban nie kan... hahahaha....


reaksi aku macam kat atas la waktu mula2 nak mengarang..surat tak rasmi kot..sampai aku kena rujuk balik format.. hahaha... (lamanya otak aku tak mengarang..al-maklum la, aku kan bakal ckgu matematik..Tapi aku tak lupa la, minor course aku PJ dan BM..korang jangan tak tahu, dah lama aku tak diajar format karangan kot.. blaja minor BM lebih kepada pedagogi kot..) so, no wonder la aku terpaksa revise balik kat MR GOOGLE kan... hahaha.. (berguna gak... dihujung jari...). sebab kemodenan tu jgak la aku mengarang dalam MICROSOFT WORD sebelum aku terjemah dalam penulisan aku.. kalau tak teruk nanti..konfirm2 berapa helai aku mengarang aku buang jer cam tu.. mana taknya, asyik salah.. tulis lam lappy mudah, xyah susah aku nak kira WORDS bpe, just highlight je.. mudah nya kerja aku...!!!!!!! yeeepiiiii.. (jangan tiru gaya orang malas yer.. BUT aku rasa cara nie kira efisyen la kan..?? sapa sokong aku..?? hihihi.. apa2 pun, it's up to u la.. :) )


VS.

**korang boleh bayang tak, kalau aku tulis pakai tangan, konfirm jadi cam gambar kat bawah.. hahahahaha...


kononnya lepas aku dapat idea, aku karang dan korang tahulah, aku terus lupa diri dan terbabas lebih patah perkataan..orang nak just 500-750 je kot... tapi aku dah 800 lebih.. ok fine...sesia aku mencatas balik karangan aku tuk aku sentengkan sikit labuhan2 tu semua.. ahaha... mahu SEXY karangan aku, sebab aku dah cantas dye.. tapi SEXY karangan aku bersebab, sebab ada had dye tetapkan.. dalam diam2 nie, aku nak gak la sampaikan pesanan RINGKAS aku yang tak dak le ringkas sangatkan...
"yang tertutup itu lebih indah, sebab tu ALLAh dah aturkan banyak peraturan dan had untuk Dia bagi kita rasa selamat dan bahagia. yang pelik dan anehnya, kita je yang butakan mata dan buat tak endah had peraturan yang Dia dah tetapkan. sayangkan... sebab kita sendiri yang tak sayangkan diri... so, jangan pelik la kalau orang tak sayang diri kita...!!!!!!!!!!! (aku pown amik note gak, sebab aku p0wn suka sangat lupa diri aku yang asal tanah nie..last2 aku kena gak kembali kat sana...)
so, pembaca aku (kalau ada la), aku sayang korang, dan aku doakan sapa2 yang nak berubah dan ada keinginan, moga korang ada kesempatan masa sebelum ajal menjemput. dan yang pasti yang dah berubah, aku doakan korang istiqamah tau..kuat!!! fighting!!!!!!! 
buat yang belum sedar, aku p0n kisah jugak dengan korang, aku doakan korang akan dapat hidayah dan nur tu nanti selagi masa masih ada...
aku doakan kita semua mati dalam Islam dan iman.. amin.. "
 
**akhir kalam, cam tu la tulisan aku untuk 748 patah perkataan... hahaha.. cam cakar kucing jer tgok... hurm.. what so ever la.. akhirnya selesai jgak.. tunggu masa nak poskan jer... alhamdulillah...





camPuran

sudah lama rasanya tak upload blog. buat benda baru sebab dah bosan dengan layout sebelum nie, so aku buat keputusan tu change everything TAPI satu je yg tetap maintain iaitu post2 lama la kan.. KONFIRM!!! plus dengan gambar my blog header... :)

aku dah lama x kisah dengan blog, sbb al-maklum la sibuk dengan praktikum..(kononnya la..padahal aku xdak la pulun p0n dengan praktikum).. kesudahan praktikum aku, secara keseluruhannya aku rasa cam mencabar glerz.. tu baru sebulan aku kena mengajar..tak masuk lagi berbulan-bulan..atau bertahun-tahun once aku dah betul2 bergelar sebagai seorang GURU... (ok..fine..belum tbe masanya.. tapi x salah aku pasang angan2 ke depan kan...?)

 yang nie aku nga kelas tahun 5 Amal (nakal2 dia orang p0wn, besa la.. TEACHER GARANG kot ku dapat... hahaha.. that's me..)

yang nie aku nga kelas tahun 4 Adab 

dah selesai sebulan tu rasa gler lega...TAPI cabarannya cam aku dah mengajaq lama kot... (perasan glerz kan.. whatz so ever la...) my life lepas sebulan praktikum rasa lega la sangatkan..semuanya angan2 aku la.. budget aku comelz sangat cam budak lam photo nie... konon nak merasa bahagia dan enjoy lepas habis praktikum.. hahahaha... rileks sambil hirup air kotak dan menjamu mata melihat pemandangan yang harmonis di IPG... kih3...


tapi semua tu tak bertahan lama pon... sebab segala2nya nak kena rushing dan terkejar2 plakz dengan unit GERKO bagai...sebab ada test AMALI... 3 ujian kot kena lalui...(lari pecut 100 m, lompat jauh dan lontar peluru). aku akui la kan, aku emang x bpe nak suka sukan2 nie.. huhu..tragis tol jiwa aku bila kena buat semua benda tu... yang aku x tahan dan aku emang geram tu, gaya kat trek lari pecut.. (nak tahu gaya apa..??GIYOMI ke..?? meh sini aku tunjuk... huhuhu...)



korang dah tahu dah gaya pe yang aku maksudkan..?? nie la..gaya trek permulaan.. hurm.. what suppose to say la kan.. "I DON'T LIKE...cuma aku TERPAKSA ikut... kalau ikut hatikan, nanti aku x buat je.. mana taknya, kena buat gaya nie bagai, tapi orang duk tunggu kat belakang kter.. x salahkan semua yang berkait menunggu kat luar dari kawasan..xdak ler nampak cam duk buat tayangan movie bagai.. hurm... i don;t care la kalau x bercampor laki pompuan, tapi emang kauorang tahu la, gaya pembelajaran kan, bercampur.. aku tak salahkan sistem,  cuma yang berada dalam sistem tu kalau boleh ubah dan kawal, cuba la kawal. cam aku nie emang xdak kuasa la kan.. just ngomel2 kat blog aku je la.. (dalam hati emang kena la...aku ngoel tak habis2..) ape2 p0n, semua dah selesai.. ALHAMDULILLAH...

dalam aku tak suka p0wn, tup2 kan aku p0wn x sangka aku lulus test ujian kepegawaian... hahaha...glerz rasa cam ntah pe2.. ak emang x minat p0wn, dan aku tak ada la baca pulun bagai cuma aku just baca2 cam tu je.. lepas tu instinct aku la konon kan.. hahaha..perasan meh.. xdak la.. semua tu ALLAH dah atur kat aku..aku pun tak tahu sebab apa... maybe ada la nanti masa akan datang.. sebab tu ALLAH bagi aku lulus... huhu.. ALHAMDULILLAH...(aku just usaha je..xtaw lak nak luluskan.. sebab korang tahu, nak amik test nie aku spent rm20 or rm25..lpa dah.. hurm..rugikan..) TAPI ramai tau yang x lulus..dah la kami pnya bacth 200 lebih...aku tak leh bayang betapa beruntungnya orang yang buat perniagaan nie.. (xtaw la nak kata..sebab sebelum nie senior tak diwajibkan..mai turn batch aku, WAJIB!!! --------> no konpromi!!! )


memandangkan dah habis praktikum tu, aku just ada baki 2 minggu or 3 minggu cam tu nak menghdapi exam.. fuh lamak aiii.. emang la kan, sahih la kuliah p0n tak habis lagi, so no wonder la kena start balik kuliah yang tertangguh dan yang paling terkesan tu, macam baru mula sem baru.. (urm... dah blaja pe yer sebelum nie..?? smua dah lpa... hahaha... ----------------> ooooooiiiiii exam nak dekat...!!!!) TAPI, ak still la lagi dalam alam angau aku kan.. sebab aku xdak perasaan nak exam.. huhuhu....




ok, then konfirm la kan..korang mesti dapat teka la apa yang aku nak cakap lepas nie.. hahaha... ikut susun galur aku sebelum nie, takkan tak dapat teka lagi... YESZ... pasai EXAM la.. apa lagi...!!!! it's coming now... cam besa la..tiap kali exam, cam nie la aku.. macam gambar kat bawah... (sape sowh tak stdy awal kan..TAPI korang jangan x taw, tiap kalihabis exam je, aku azam stdy awal..TAPi akhirnya kesudahan cternya tetap sama... HANGAT2 TAHI AYAM katakan ____ sem depan 3 ppers.. sem nie korang tahu bpe...?? 5 kot.. urgh...). 1st day aku exam, seyes aku blur... gler otak tak jalan terus.. jammed!! subjek pe..??? budaya dan pembelajaran..!!!! hurm.... dengan pasrah aku tunggu je apa yang result bakal kuar...!!!! (dalam hati.... ketaq x menentu kot... risau...) al maklum la plak kan, ada ura2 mengatakan kami ni di IPG x dijamin kerja.. aku xtaw nak kata apa, cma aku terkilan dengan surat perjanjian bagai..siap kena letak setem hasil kot TAPI still lagi ada hati dan perasaan nak ubah2 dan buat saya rasa cam..urgh!!!!!!! banyak hal betui!!!!!! (pe2 p0n, kena jgak terima walau dalam terpaksa..so pray for ALLAh a lots... T_T )


 dalam minggu exam tu jgak la kan, kawan aku diuji dengan pemergian ayah dia. so, aku pun xtaw nak cakap macam mana...aku pergi ziarah dan lihat wajah sekujur tubuh tu dan aku sentiasa bayangkan aku suatu masa nanti..tanpa aku mmpu bergerak lagi...dan tdo aku plak dah ebralaskan tanah je... kawan aku tu kuat orangnya..dan aku lihat adik beradik dye baik je.. insyaALLAH itu harta yang berharga yang ALLAH bagi untuk arwah ayah kawan aku miliki... aku dapat lihat, mayat ayah dia diimamkan sendiri oleh adik kawan aku... ALLAHUAKBAR.. didikan yang bagu... (sama2 kita amik pengajaran taw...) dan aku doakan kawan aku akan lebih kuat untuk masa akan datang!!! fighting....