Wednesday, February 27, 2013

LONGGOKAN CERITA - kisah aku :)

 assalamualaikum dan salam sejahtera.

post kali nie, cerita terkumpul la. nak longgokkan semua sekali dalam satu cerita. hi2.. :) 1st cternya, ttbe semester 2012/2013 semester 3 dan 4 la kiranya, saje menggatai menceburi bidang kepimpinan la.. kononnya la kan.. padahal, bakat langsung '0'.. haha.. undefined k0t..


*nie le kononnya logo kepimpinan yang aku ceburi. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR..aku exco sosial & kebajikan.. :P






 yang nie stok bku aku yang kononnya dah jadi perpustakaan mini lak dalam bilik. even aku tak ada la baca full on time, tapi kalau rasa nak baca aku ambil dan baca. TAPI ada je buku aku dah habiskan, tula..best sangat. ada yang dah dibaca tapi dah lupa. kena la baca balik. nie stok masa tak ada assignment or masa 'BED TIME STORY'.. cam tu la.. lepas tu, buku ulit aku dalam lena..dodoikan... :D
 

 

'highlight' nie aku nak cter er...ttbe je 1st tyme aku beli barang kat KOOP, KOOP jual murah daripada kedai luar. yang warna pink tu aku beli kat KOOP dengan harga rm3.20 tapi di PSI Kelantan rm3.40. beza 20 sen.. tapi ada la juga bezanya.. hahaha.. (al-maklum la.. budak math.. emang dye kira setiap sen pun.. ngeh3..)



asalnya baju nie ada tompok2, maybe terkena clorox la kot. pastu, aku p0wn dah tak tahu nak buat apa, so aku conteng le baju.. tak pernah2 suka conteng baju, kali nie aku conteng kaw2 la, kasi nak tutup kawasan yang terdedah tu.. hahaha.. 
 

lastly, jadi la cam kat atas..cantek je.. tak nampak kesan. TAPI, ble dah cuci, balik asal..kesimpulannya, aku kena beli pewarna baju terus, baru kekal meh.. :)
 
**suasana kawasan parking/dataran perhimpunan. saja nak snap.. :)


 
** menu nie plak, dibungkus waktu balik trip MELAKA utk BIG..


**RM55 - saja menggatai sebab tengok budak kelas beli, aku pun beli..
 
** FELINA - RM65 vs HALIA BARA - RM20 : orang beli, aku pun nak beli.. tak ada kerja.. makan macam ntah pe2.. tak kawal.. bak kata roomate aku, perut stokin.. hahaha.. tapi tu dye je la kot... kah3.. [roomate sila jangan marah..]




** kasut AXEL RM60, aiyaa...kasut sukan sudah rosak. terpaksa la aku membelinya. tq roomate sebab bawa aku pergi kat kedai dan beli kasut dan bantu aku decide kasut mana yang patut aku beli.. hehehe... even pink hitam lagi menarik, TAPI saiz dah tak ada.. roomate aku pilihkan kot yang tu.. hu3.. sedih sangatz.. tapi nak wat cam mana.. wowowowowo..

pastu, jalan-jalan dalam hypermarket di CS, aku tertarik dengan patung arnab comel sangat. TAPI kotor sikit bulunya..RM15..murah la jgak.. TAPI roomate aku kata tak perlu sebab kotor.. walau dengan hati yang berat, aku p0wn bawalah diri menuju kedai makan.. sampai patung tu p0wn muncul dan bermain2 dalam minda aku.. hahahaha[1st tyme aku jatuh cinta dengan anak patung...ngeh3..]

p/s: kisah aku..


Wednesday, February 20, 2013

AMANAH, apa itu?





assalamualaikum dan salam sejahtera.



 TRUST ..?

adakah hanya sekadar tulisan pada anak batu yang dipegang oleh tangan manusia? apa sebenarnya yang ingin diketengahkan..?

 **tulisan ini tidak mengaibkan sesiapa, tetapi untuk diri saya sendiri yang melakukannya. T_T

KEPERCAYAAN (boleh dikaitkan) :

  • rukun iman bagi yang muslim
  • amanah/tanggungjawab - individu, keluarga, masyarkat dan negara
  • sahabat/rakan/kawan/teman
RUKUN IMAN - sinonim dan sudah diperkenalkan dalam ikrar terutamanya di sekolah rendah dalam perhimpunan. tertumpu kepada sekolah kebangsaan. namun, sama sekali sayang kerana lafaz yang diucap tidak berjaya diterapkan sebenar-benarnya dalam individu sehingga ada mudarat pada agama sekaligus membaca kepada ancaman terhadap negara. seharusnya, produk yang terhasil adalah bermutu, tetapi ianya bercampur baur seumpama rojak buah (sedapnya.. yummy.. :) )



AMANAH -  sinonim dikaitkan dengan tanggungjawab. tanggungjawab nie macam-macam ada pada setiap individu. setiap individu yang lahir itu telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah ALLAh di muka bumi. kemudiannya, menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dalam sesuatu keluarga. diperluaskan lagi skop tugas menjadi pemegang amanah kepada masyarakat melibatkan pekerjaan terutama pemimpin. berkaitan amanah bukan suatu benda mudah, tapi dipermudahkan dan diremehkan seolah-olah bagi yang beragama islam terutamanya seumpama ianya tidak akan dsioal di hari perhitungan amal. (jadi wakil pelajar bukan mudah, tapi pengalaman memang menyedarkan diri berkaitan isu-isu yang HOTs. sememangnya BERAT.. T_T )

 



SAHABAT - ada yang boleh percaya ada yang tidak? betulkah? adakah semua rahsia kita sememangnya akan jadi rahsia kita dan dia sahaja? sepanjang pengalaman saya, saya tidak menemukan orang yang benar-benar saya percaya, sebab saya tidak kenal hati budinya dengan mendalam.kadangkala, kita berkongsi mengharapkannya adalah rahsia, tapi sebaliknya. akhirnya ianya sampai ke telinga yang lain dan kembali semula kepada kita. saat itu, hati mula membina benteng agar tidak mudah mempercayai. manusia yang amanah? siapa? sebenar-benarnyna yanga amanah adalah contoh ikutan NABI MUHAMMAD saw. itu sebenar-benarnya. maka, setakat ini masih belum saya temui dan diketemukan dengan individu sedemikian rupa. pengalaman sudah mengajar saya untuk tidak berkongsi dengan mereka yang sudah membuatkan saya hialng kepercayaan. malahan, jujur ianya menjadi benteng dalam diri saya. bukan sengaja membina, tetapi agar TIDAK BERBUAH 2 KALI.

apa pun pengalaman mengajar saya untuk hidup ke hadapan. mustahil saya akan lupakan sejarah dan apa yang berlaku. memaafkan semudah dituturkan tetapi memori masih diingati dan menjadi ingatan kekal melainkan ALLAh menarik ingatan tersebut. sebab itu memaafkan mudah, tapi melupakan belum tentu. 

p/s: ngantuk nak lena... sleep.. :) 

Friday, February 15, 2013

EBB BSN

assalamualaikum dan salam sejahtera...



disebabkan tahap keterujaan melihat kedai mak saudara yang memiliki sistem EBB BSN, konfirm la terus terbayang kemudahan di IPG. think!!! lampu p0wn menyala-nyala dalam kepala, mata pula 'blink' rasa cam benda nie boleh direalisasikan... hehehe...

so, i guess why not sistem ni diwujudkan di IPG. menarik la. sebab ini kemudahan menggantikan mesin ATM yang diminta oleh guru pelatih. ini sudah pasti memudahkan urusan guru pelatih terutama yang tiada pengangkutan untuk keluar bagi mengeluarkan sejumlah wang (al-maklum la..tuan punya badan p0wn situasi macam nie jgak.. :P ). ye la..kalau nak keluar semata-mata keluarkan wang dah habiskan duit untuk pengangkutan teksi pergi balik rm 20, kalau dengan bas murah le.. dalam bawah rm5. tapi, macam tak berbaloi la kalau just keluar untuk keluarkan duit.. fuh...tak berbaloi2... T_T

alang-alang susah nak wujudkan khidmat mesin ATM, apa kata beralih kepada sistem EBB.. senangkan.. hehehehe... samada terealisasi atau tak, tengoklah.. neeed to wait n see... 


 p/s: hopefully it will....

Thursday, February 14, 2013

ORANG BARU :)


assalamualaikum dan salam sejahtera.

sesuai dengan tajuk nie, konfirm la saya nak cter orang baru yang saya jumpa, even jumpa dekat dalam tv9 p0wn rasa cam best. takpe tak jumpa 'face-to-face' pown TAPI wuhuuuu.....rasa cam syok je...


apa yang tertariknya, minggu cuti nie tengok tv9 kenal ustaz nie.. ustaz nie ada input dan cara nak bagi orang tak ngantuk, tackle perhatian balik...{ala-ala macam gaya nak ngajar, dapat la jgak cara tuk bersedia jadi guru}

p/s: kenal ramai-ramai...

Wednesday, February 13, 2013

RABUN MATA


assalamualaikum w.b.t.

dugaan ALLAh datang lagi..ujian mata baru je dijalani hari ini. ye, setiap yang berkaca mata agak mustahil untuk mengimpikan agar 'power' cermin mata turun.. benda nie p0wn jadi ke atas saya.. sedih..sedih..sedih.. yang pastinya risau ++++...

'power' cermin mata saya kini dah mencecah 375 untuk sebelah kanan [dulu 275] dan kiri 300 [dulu 250]..silau lagi.. alamak tukar kaca mata la kali ini... 


pastu dalam hati ada taman la nak tukar cermin mata yang style tengah kena terik mentari, tup2.. bertukar... style... macam power rangers... tapi ongkos tak cukup... mencecah 1/6 daripada elaun.. itu harga cermin sahaja... hu3... (angan-angan mat jenin tol...hahaha...)

walaupun tidak kesampaian untuk memiliki cermin mata yang ala-ala power rangers/ superman/ batman/ so on je la kan... tak pe..tak pe.. tup2..teringat kat USTAZ SHARHAN SHAFIE...tanyalah ustaz tv9... terima kasih ustaz sebab bagi saya jatuh cinta...opppsss.... JATUH CINTA DENGAN AL-QURAN dan ALLAH swt... :). ALLAH swt so sweet....sebab DIA bagi banyak benda pada kita.. even saya tak dapat jadi doktor, sebenarnya saya boleh jadi doktor untuk diri sendiri... hehehe... (bukan doktor yang inject diri sendiri taw...harap maklumz...)


sebabkan saya kenal ustaz nie melalui FB, you-tube, tv9 dan blog...saya suka la kan... hehehe... suka sebab ustaz sharhan nie suka share ayat-ayat al-quran untuk penawar bagi manusia..hamba ALLAH.. macam saya... tak ada dalam dunia ini ALLAH tak uji, cuma ujian kita masing-masing berbeza. tapi, yang pasti penawar tu dah ada pada DIA.. so, kena minta dengan DIA la kan... >_<

kadangkala kter tak sedar bahawa semua dah ada...sebab kita sentiasa pandang sebelah mata dan ambil remeh semua perkara, sampai benda berharga p0wn kter lupa... AL-QURAN..sumber penawar... (blushing and crying coz of HIS love.. so sweet... :( )



saya p0wn google la.. maklumat dah boleh cari...taip dan klik.. yeepiii... alhamdulillah..jumpa juga.. tunggu nak diamalkan je... :) yeah.... nak usaha la... better late than never... T_T


JOM RAWAT RABUN
 


caranya:
1.baca pada carrrot 14kali ayat 22 surah qaf, tanpa potong (mentah-mentah makan carrot tu ye)
2.baca selawat syifa pastu sapu pada mata.
3.waktu dengar azan (assyhaduanna muhammadarasulullah..) sapu pada mata


p/s: post kali ini moga bermanfaat.. penulisan yang tidak menyenangkan mohon dimaafkan.. ambil yang bermanfaat dan sama-sama sebarkan.. :)

Monday, February 11, 2013

ADA HATI....??


assalamualaikum dan salam sejahtera.
pada yang membaca jangan terluka dan mohon berlapang dada [warning awal-awal ye.. sebab nanti risau ada yang bengang/ tak boleh terima/ marah/ dll...]. ini jawapan hati saya sebagai manusia yang sememangnya takkan pernah sempurna.

kalau tengok pada 1st picture p0wn, my reader boleh guess perkara yang saya nak coret dalam blog kali ni. ye la.. kalau tak pasai KAHWIN, apa lagi kan? hahaha... kahwin..kahwin..kahwin.. :)

apa itu kahwin...??
-----> Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
 
 

nak kahwin pun kena la tahu keperluan yang perlu dipenuhi untuk jadikan perkahwinan itu sah dan membawa sakinah mawaddah warrahmah.. dah tahu ke..? [kalau nak tahu nanti google search dan baca input yang bermanfaat di link nie: http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php]
 



sengaja letak gambar macam nie.. :) gambar bersanding. saya yakin setiap fitrah manusia tidak lari/ bercanggah untuk hidup bersama orang yang disayangi dan menyayangi. [wah...so sweet~~~ blink.. *_+]. lepas tu dapat anak-anak yang comel... [my roomate dream la nie.. dah ter'absorb' sikit dalam diri.tambah2 tengok anak saudara. hahaha... roomate, jangan marah.. senyum.. :D ].

TAPI!!!



sedar tak sedar bukan mudah sebuah perkahwinan. bukan hanya terikat pada lafaz mahupun sepasang cincin pernikahan TAPI terikat pada sebuah tanggungjawab ke hadapan yang lebih besar. kalau ditanya pada saya, apa yang saya fikir soal perkahwinan, jujurnya saya rasa takut. benar-benar takut dan nightmare..!!! orang selalu kata perkahwinan itukan indah.. sunnah RASULULLAH saw.. tak baik menolak.. :)

sememangnya saya tidak menolak, tapi atas pemikiran saya yang mungkin boleh dikategorikan sebagai 'FOBIA' atau 'scare', so, saya lebih suka berdoa kepada ALLAH:

" ya ALLAH, engkau datangkan jodoh kepadaku dari kalangan hambaMu yang bergelar adam andai tiba masa yang aku benar-benar bersedia untuk menerimanya bukan sekadar untuk menikmati nikmat dunia yang sementara, kerana tanggungjawab yang tergalas sememangnya besar ya ALLAH. aku bakal menjadi pembimbing umat Muhammad dan hambaMu yang jahil yang lahir dari rahimku, jika itu rezeki dariMu. malahan, tanggungjawab menjaga syurga baru buat ku setelah ibuku sendiri. hingga aku perlu bijak mengawal peribadi dan sahsiah serta emosi diri. hanya Engkau mengetahui masa kebersediaanku. maka, jodohku kuserah kepadaMu. kerana Engkau lebih berhak menentukannya bukan aku. kerana Engkau Penciptaku..dan Engkau lebih mengetahui keupayaanku.. amin ya RABB... "

kalau baca doa nie kan, jangan pula dalam hati timbul rasa 'bagusnya penulis blog nie'. bukannya bagusnya penulis blog nie, sebab sebenarnya penulis blog nie tak kuat pun. so, sebab itula dye ada pendirian macam nie. nak tahu kenapa..??

selalu penulis blog nie ingat amalan diri sendiri. soal jawab dengan diri + hati:

  1. nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. sembahyang pun boleh bilang berapa kali khusyuk sepanjang hidup atas muka bumi... ada hati nak didik umat Muhammad yang baru.. T_T
  2. nak kahwin? ada hati ye.. hahaha.. konon nak cari imam la... tapi, solat berjemaah pown boleh bilang dengan jari je.. T_T [y not, tarbiyah dulu diri. yang ada abah/abi/papa/daddy/ so on le kan...jadikan mereka imam kamu dulu.. yang laki, konpem2 la berlatih la jadi imam.. :) ]
  3. nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. nak basuh dan cuci baju sendiri pun penat. kadangkala duk merungut..[ dah kahwin kalau merungut, tak pasai-pasai sia-sia pahala..sebab tak ikhlas..silap2 buat dosa lagi..]
  4. nak kahwin? ada hati ye.. hahaha.. kalau setakat selalu mudah penat dan terbeban dengan tugas dan hilang sabar, mana boleh!! silap-silap lepas tanggungjawab.. 
  5. nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. kalau nak 'spread love' kat sesama isi keluarga dan saudara seagama pun susah dan belum capai lagi..ada hati lak nak bina keluarga.. [jadi belajar dulu taw..]
  6. nak kahwin? ada hati ye... hahaha.. kalau diri sendiri tak capai cita-cita dan tarbiyah diri, macam mana boleh fikir nak tarbiyah keluarga nanti..
  7. nak kahwin? ada hati ye.. ikut sunnah Rasulullah saw. :) ada berapa banyak sunnah Rasulullah saw? ada lagikan.. banyak lagikan.. amik sunnah tu dulu, sebab sunnah ni, nampak best tapi besar tanggungjawabnya...  
  8. nak kahwin? ada hati ye.. sebab nanti mudah dapat pahala..buat kerja rumah, bantu suami, senangkan hati dia.. ahakz.. tak mudah, tapi tak susah.. cuma manala kter tahukan, silap-silap haribulan husband tu terasa ke apa ke kan.. so, that's y for those yang dah kahwin, selalu la minta maaf dengan suami ye.. [not for coupling taw..nie tak, waktu coupling tu la duk pujuk sakan.. maaf..maaf..maaf...sampai merayu sakan segala.. hurm..pelikz tol..kalau nangis minta taubat kat ALLAH, insyaALLAH, ALLAH dah ampunkan.. nanti kurang la dosa nanti bertemuNya.. ]   
**edisi alasan berakhir...banyak lagi..  [my accuse]

ahakz...yang suka sangat keluar statement 'TAK NAK LANGKAH BENDUL' sila-sila la jangan keluarkan lagi ye. sebab jodoh awak semua tak ada kaitan dengan bendul tu. kalau dah sampai, kahwin je la.. dah ALLAH 'set'kan masa tu untuk awak. Dia tahu apa yang terbaik tuk hambaNya... :) 

jadi tak ada istilah bendul-bendul nie taw..   


dah sampai masa, sila la.. selamat menjalankan sunnah RASULULLAH saw.. :D. moga perkahwinan antunna semua membawa sakinah, mawaddah, warrahmah...

Sunday, February 10, 2013

SOLAT

Pesanan Ustaz Azhar Idrus :
=> I ( Isyak )
=> S ( Subuh )
=> L ( Luhur @ Zuhur )
=> A ( Asar )
=> M ( Maghrib )

Kalau kita tinggalkan satu drpdnya..hilanglah apa
yang dimaksudkan ISLAM...Sebab itu solat adalah
tiang agama..

Solat itu kene full time..
Bukan part time..
Bukan Sometime..
Bukan No time..
Kalau boleh buat la OVER TIME..
 
dari sahabat: https://www.facebook.com/neszhnortz
Apabila PERNAFASAN berhenti...
JANTUNG mula tidak berfungsi...
lalu BADAN pasti mati...
begitu jugalah dengan SOLAT...

Apabila SOLAT berhenti ditunaikan...
HATI mula mengeras...
lalu JIWA pasti mati...
Jadi janganlah abaikan SOLAT 5 waktu...
 

Saturday, February 2, 2013

mimpi vs realiti

assalamualaikum dan salam sejahtera.

ya ALLAH, terima kasih kerana kejutkan diri ini bangkit dari tidur yang lena. malahan, mengizinkan daku bangkit dalam kematian yang sementara. moga bangkit untuk hari ini adalah membawa kebahagian kepada seisi alam. ALLAHUAKBAR.

subhanaALLAH, malam semalam saya lupa nak set 'alarm', tapi ALLAH kejutkan saya dengan menghadirkan sahabat dalam mimpi saya mengetuk pintu bilik (https://www.facebook.com/cikzu?ref=ts&fref=ts) . mimpi ini buatkan saya terjaga dalam pukul 5.12 pagi (2/2/2013). ya ALLAH terima kasih sangat-sangat. (saya pun tak tahu mimpi pe nie, tapi mimpi ini mengejutkan saya untuk bangun dan bersiap-siap untuk sambut azan SUBUH). 



yang muncul dalam mimpi saya adalah sahabat satu aras dengan saya. peliknya dalam mimpi saya, saya cuma ingat dia datang tanyakan mp3.. saya pun tak pasti. apa-apa pun alhamdulillah ya ALLAH, sebab dengan mimpi itu saya terjaga..

moga hari esok saya dikejutkan lagi. discover your love... :) ALLAH s.w.t.


teBarkan cinTa ALLAH :)

profile pcture sahabat: Syahiirah Hasan mencuit hati.. :)

ku gambarkan dalam bait bisu... :)

39. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya. surah as-saba'

umpama:

hidup ini terlalu indah,
dibajai dengan kasih ALLAH,
warna pelangi nikmat menghiasi,
menceriakan diri dan hari,
memberi lebih indah dari memiliki,
kerana ALLAH pasti mengembalikan,
yang lebih baik buat diri,
moga hati memahmudahkan peribadi,
tebaran rahmat kepada setiap isi bumi,
moga membawa sujud syukur kepada ALLAHURABBI..


** tebarkan kasih ALLAH kepada seisi alam **


Friday, February 1, 2013

things NOT to DO in Masjid


assalamualaikum dan salam sejahtera.


entry kali ini menarik minat saya untuk berkongsi suatu video klip yang saya perolehi daripada laman sosial FACEBOOK. jadi, kalau ada kesempatan, cubalah tekan button play dan tonton. ambil manfaat dan tatatertib di masjid. insyaALLAH. [apabila tonton video ini, saya harap anda dapat ambil iktibar dan berlapang dada. ini cara mereka menyampaikan ilmu agar mampu menarik minat. insyaALLAH yang baik kita ambil untuk jadikan peringatan]





untuk itu saya senaraikan isi yang ingin disampaikan dalam video ini. apa pun, anda tontonlah dan fahami intipati yang ingin disampaikan.


  1. parking blocker - waktu kita nak parking kita punya kenderaan, beringatlah dan memerhati keadaan sekeliling agar individu lain tidak disusahkan kerana tindakan kita. jadikanlah kemudahan kepada individu yang hadir ke rumah ALLAH agar mereka rasa gembira dan tidak mengeluarkan perkataan cacian dan makian tast tindakan kita.
  2. shoe slacker - apabila naik ke masjid/surau cuba-cubalah susun selipar dan kasut dengan kemas. kalau susun cantik-cantik nampaklah peribadi muslim/muslimah itu terjaga. teratur dan tersusun serta berdisiplin.
  3. talking during khutbah - benda nie tak sepatutnya berlaku, sebab muslim pergi solat jumaat sekali seminggu sahaja. so, why not cuba bagi masa yang singkat ini untuk dengar betul-betul apa yang ingin disampaikan. biar apa yang disampaikan samapi di hati kita, bukan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. kan jadi sia-sia itu. malahan, keadaannya sama juga dalam apa jua majlis ilmu. dengar apa yang disampaikan seumpama memberikan hormat kepada yang berada di hadapan yang sedang menyampaikan sesuatu perkara. [simpan suara kita, cakaplah lain masa]
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.” -Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.

    Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.

    Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

    Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
    Dipetik dari Majalah Solusi


    from: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2012/12/larangan-bercakap-ketika-khutbah-jumaat.html
  4. inappropriate outfit - untuk menunaikan ibadat, carilah pakaian yang sesuai dan bukannya pakaian yang mempunyai lambang-lambang yang tidak sesuai. anggaplah kita sedang berjumpa buah hati kita. ALLAH swt kan kekasih kita, so, pakai la pakaian yang elok dan sesuai mengikut tuntutanNYA.
  5.  sitting inappropriately - duduklah dalam keadaan yang sopan dan terjaga.
  6. don't disturb others when they are praying - perkara sering je berlaku. saya sendiri pun selalu berhadapan. apabila ingin solat, sahabat seagama seolah tidak mengerti untuk menghormati orang yang ingin solat. jika berbual, mereka masih meneruskan perbualan. jika bergurau senda, mereka masih meneruskannya. kadangkala ada yang memasang muzik dan sebagainya. tak salahkan kita hentikan semua itu untuk bantu sahabat bertemu dengan kekasih kita semua dalam keadaan khsuyuk.
    "sedangkan orang yang berzikir/ mengaji al-quran, RASULULLAH saw pesan untuk perlahankan suara dan berhenti kerana dibimbangi menganggu khusyuk solat individu inikan pula perbualan dan muzik serta seumpamanya. tak salah untuk berhentikan. jadi cubalah hormat orang solat, kalau benda ni kita tak mampu, nauzubillah..."

  7. distracter - benda nie mungkin kita tak sedar, biasanya kan kita akan kuarkan benda dalam poekt kita contohnya dompet, phone untuk keselesaan dalam beribadat. kita akan letak di bahagian hadapan sujud. namun begitu, jaga-jagalah agar individu lain tidak terganggu dengan tindakan kita.
  8. flexing - waktu solat inikan kita kena rapat-rapatkan saf, cubalah jaga keluasan angkat takbir kita. ada tu yang angkat takbir sampai tertolak individu di sebelah. risau kalau teralih badannya daripada arah kiblat, kan dah batal jadinya. [pengalaman saya sendiri :) ].
  9. smelly - jagalah kebersihan diri dan tampil dalam keadaan yang selesa dan menyelesakan orang lain. ALLAH suka kepada kebersihan. islam kan suruh kita menjaga kebersihan. inikan pula waktu kita ingn berjumpa kekasih hati kita yang abadi. wangi-wangikanlah diri. :)
  10. spot owner - kadangkala ada je yang bersikap seolah-olah tempat yang dia duduk dalam masjid/surau adalah tempatnya sampai dia selesai. tak boleh la macam tu, inikan rumah ALLAH. ALLAH terima semua individu dan kita tak boleh la buat kawasan tertentu dalam masjid/surau adalah kawasan kita secara kekal.
  11. latecomer - adajuga yang datang dan still lagi nak berada di hadapan. bagus sebanarnya berada di barisan hadapan, namun sekiranya sudah penuh, janganlah meredah saf yang lainnya semata-mata untuk berada di hadapan. ini akan menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak enak kepada individu lainnya.
  12. shoe lifter - yang jenis datang dengan kasut lain balik dengan kasut lain. janganlah macam tu, tak baik taw. pakailah kasut kita sendiri, even kasut kita tu rosak atau sebagainya. perbuatan ini kalau kita buat inikan dikira mencuri. ahakz..yang jenis mencuri kasut/ selipar kat masjid dan surau ni, janganlah buat kerja hina macam nie. carilah rezeki yang halal. rezeki ALLAH kan luas.. :)
  13. judgy people -  kita tak ada hak dan hukum dan nilai orang, tapi andai kita nilai dan ambil iktibar agar kita tidak melakukannya atau melakukannya itu dibolehkan. jangan kita terlalu menghukum, sebab ALLAH sahaja yang ebrhak menghukum dan melabel hambaNYA. sebab kita bukan siapa-siapa. sentiasalah berpandangan positif dan terbuka. malahan, jika perlu kitakan disarankan menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, maka perangilah dengan 3 cara - kuasa, lidah dan hati. [pilihan ada di tangan anda]
  14. halal detective - [saya sarankan anda tonton :)]
  15. gossip girls - surau/ masjid bukan tempat bergosip even di mana-mana sahaja. mengumpat kan?
  16. match maker -
  17. tight outfit - muslimah jagalah aurat, kalau kita yakin kita sempat dan ada masa ke hadapan untuk berubah, tunggulah waktu kita betul-betul bersedia. kalau kita sendiri tak tahu bila tarikh kita tinggalkan dunia, jadi jangan tunggu waktu kita betul-betul bersedia sebab nanti waktu tu kita sememangnya dah disediakan dengan azab api neraka ALLAH. sebab perkara ini, ALLAH dah pesan, kita tahu tapi kita buat COOL. nanti kita yang HOT kat akhirat. [peringatan buat diri sendiri]
  18. makeup addict  - bnerhiaslah hanya kepada yang hak iaitu suami. namun, wanita dibolehkan berhias tetapi jangan terlampau/ tabarruj. bimbang mendatangkan fitnah diri sendiri.
    walwahua'alam. moga perkongsian ini bermanfaat. :)