Saturday, July 6, 2013

USRAH ke-2: 2/7/2013 DEWAN MAKAN KAMPUS


usrah kali ke-2 untuk semester kali ini, berlangsung dengan jayanya di dewan makan kampus. akak usrah aku siap bawa bebola ikan ke ayam, aku pun tak pasti. tiap kali usrah, tiap kali tu la makan-makan. santai2 je gayanya. x terlalu tertumpu dan berfokus kepada sesuatu semata-mata. so, yang nie aku suka la.. sebab aku bukan STYLE fokus ok... hahaha... (tapi masa mengajar kena la fokus.. murid2 semua kena bagi tumpuan yer.. hihihi)

akak usrah kali nie, minta kami nyatakan apa yang kami nak usrah nie. macam mana usrah tu nak dijalankan. kiranya cam mana perjalanan usrah tu.. so, kami keluarkan la senarai keinginan usrah tu. taraaaa------>
  1. rileks...santai...
  2. bawa al-quran, buku, pakaian kemas (segak2 la sikit... hu3..x kira tempat mana usrah tu dijalankan...)
  3. bawa juadah makanan
  4. menepati waktu

 3 perkara utama dalam usrah plak adalah:
  1. ukhuwah
  2. iman
  3. material

untuk kesekian kalinya, aku diperkenalkan dengan mutabah amal (pengawasan amal). ia adalah satu bentuk amalan yang kita akan lakukan dalam tempoh sebagai satu latihan pemeringkatan amal. akhirnya inilah senarai yang diberikan dan disarankan untuk dilakukan setiap minggu. amalan minimum yang ingin dicapai...
  1. solat jemaah (1x sehari)
  2. solat sunat rawatib (2x sehari)
  3. tilawah + terjemahan (2 muka surat)
  4. solat sunat dhuha (2x seminggu)
  5. riadah (30 minit seminggu)


    seterusnya usrah bermula dengan menghayati surah al-Qadr..

hasil dari pembacaan majalah SOLUSI 23 ada banyak lagi informasi yang diperloleh daripada penulisan ustaz hj. zahazan mohamed...

latar belakang surah
  •  ada berpendapat surah makkiyyah (surah ke-24/ ke 25 selepas surah Abasa dan sebelum surah al-Syams) dan ada juga berpendapat surah madaniyaah (sebelum surah al-Baqarah dan selepas surah al-Mutaffifin.
  • TEMA : kehebatan al-Quran dan kemuliaan malam yang disebut lailatul qadar yang merupakan waktu diturunkan al-Quran. waktu yang sangat mulia dan penuh keberkatan.
ayat pertama: turun al-Quran
  • malam yang dimaksudkan adalah satu malam yang berada dalam bulan Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam ayat 185 surah al-Baqarah

    " bulan Ramadan yang padanya diturnkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
  • menurut al-Baghawi dalam tafsirnya, ganti nama dalam kata kerja "seungguhnya kami telah turunkannya" adalah untuk menunjukkan kehebatan al-Quran yang diturnkan sekaligus pada malam al-Qadr dar Luh Mahfuz ke langit dunia (al-Sama' al-Dunya), kemudian diletakkan di Bait al-Izzah untuk disampaikan oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. secara beransur-ansur sesuai dengan perkembangan masa dan cara berfikir masyarakat pada waktu itu. ayat tersebut diturnkan dalam tempoh melebihi 20 tahun.
 ayat kedua dan ketiga: apakah al-Qadr?
  •  menurut al-Asfahani dalam al-Mufradat: ketetapan segala perkara merujuk kepada perincian yang Allah tetapkan berkaitan dengan urusan para hamba-Nya dengan sifat kesempurnaan.
  • Abu Bakar al-Warraq seperti dinukilkan oleh Ibn al-Jawzi: ganjaran bagi sesiapa yang mampu menghidupkan malam tersebut dengan ibadah, maka layaklah baginya dianugerahkan sebagai yang memiliki kemampuan atau kelayakan yang tinggi kerana al-qadr merujuk kepada kudrat.
  • apabila Ramadan tiba, Raslullah saw berpesan:

    "telah tiba kepada kalian bulan Ramadan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka akan ditutup sementara semua syaitan dibelenggu. dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu, maka sungguh dia tidak akan mendapatkannya."
     
    (riwyat Ahmad dan al-Nasa'i)
     
  • hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
    "sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu."
  • menurut pengarang tafsir Zad al-Masir, Sufyan al-Thawri berkata:

    "telah disampaikan kepadaku daripada Mujahid bahawa malam al-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan. kelebihan ini melibatkan amalan, puasa dan mendirikan malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. ini juga merupakan pandangan Qatadah, al-Farra' dan al-Zajjaj."
 ayat keempat: Malaikat turun
  •  malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu kepada orang yang sedang membaca al-Quran/ orang yang duduk dalam majlis ilmu, orang yang melingkungi orang yang berzikir, serta orang yang menuntut ilmu.
  • dalam tafsir al-Dur al-Manthur: para malaikat yang turun berbondong-bondong akan mengucap salam kepada setiap Mukmin yang sedang solat, berzikir dan yang melakukan ketaatan-ketaatan yang lain.
  • al-Ruh merujuk kepada:
    1. pandangan paling mahsyur - hadis dari Anas bahawa Nabi menyifatkan para malaikat datang beramai-ramai dengan diketuai oleh Jibril.
    2. pandangan oleh al-Qurtubi: sejenis malaikat yang ditugaskan khas sepanjang malam al-Qadr itu. pandangan ini diambil daripada Ka'ab dan Muqatil bin Hayyan.
    3. pandangan al-Waqidiy: sejenis malaikat yang cukup agung menyamai bilangan ramainya malaikat yang datang pada malam tersebut.
  • "membawa segala urusan" : segala takdir berkaitan ajal, rezeki dan ketentuan segala perkara sebagaimana yang disebut oleh Qatadah.
 ayat kelima: Sejahtera
  • Sa'id bin mansur berkata Husyaim menyampaikan kepada kami daripada Abu Ishaq daripada al-Sya'bi:

    "doa keselamatan yang dipanjatkan oleh para malaikat kepada Allah swt buat sesiapa yang bangun bertahajud, qiamullail dan sebagainya di masjid hingga terbit fajar"
  •  sejahtera - syaitan tidak berupaya melakukan perkara jahat pada malam itu. Qatadah dan Ibn Zaid, Rasulullah saw bersabda:

    " salamun hiya" - kebaikan yang menyeluruh berserta keberkatan, serta ketiadaan kejahatan hinggalah terbitnya fajar (subuh).

****PETANDA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR****

  •  'ubay r.a., ia berkata: "Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "pagi hari malam lailatul qadr, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (riwayat muslim no. 762)
  • Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Malam lailatul qadr ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan." (al-Tayalisi, hlm.349, Ibn Khuzaimah, jil.3, hlm. 231, al-Bazzar jil. 1, hlm. 486. sanadnya hasan)


 



Tuesday, July 2, 2013

1/7/2013 - APA PERASAAN?

cukuplah sekadar aku sudah memetik ayat ini, yer...jelaslah sekarang bahawa aku berbelah bahagi perasaan. kadangkala aku ingin memilih untuk bahagia, TAPI kadangkala ujian tu datang dekat telinga dan masuk dalam minda terus ke hati. yer...aku akui aku sememangnya lemah dan selalu terlalu berfikir ke dalam. kalau ada korang silap cakap dengan niat nak bergurau atau sebaliknya, kadangkala aku OK tapi kadangkala aku KO. no wonders la aku pown xtahu diri aku sendiri... (so, aku tak salahkan orang la, kalau korang nak 'alienated' kan aku sekali pun... nie la aku.. aku tak nak paksa orang terima aku.. kalau korang nak buang p0wn xpe... aku cari life aku sndri..)

tarikh nie aku emang rasa nak menangis dan terkilan..semua bercampur baur. perkara yang aku tak suka adalah pergi aktiviti apa2 pun dengan kenderaan selain kenderaan maktab. entah la. aku tak tahu nak kata apa. sebab rasional aktiviti maktab dan pergi dengan kenderaan maktab, insyaAllah la dapat jaminan insurans kalau jadi apa2 ke. yer, kita tak pernah nak minta benda tu berlaku, tapi kalau berlaku macam mana? kan tak pasai nasi dah jadi bubur. 

**best la plak dah**
tapi tak tahu la plak, kalau emang kter akan dilindungi insurans macam mana sekalipun kalau kuar beraktiviti atau apa2 je la... yang terbaik tu aku kena naik kereta dengan budak laki kelas.. dua lelaki dua perempuan dalam satu kereta. aku rasa x best. aku tak kisah, kalau bilangan perempuan lagi ramai dari laki2. sebab tak obvious la nampak macam pelikz.. kalau 3 pompuan, 1 lelaki. aku emang xdak la baik sangat, cuma x selesa.. nie pown aku tak call gtaw abah.. huhuhu.. pagi nanti baru nak call gtaw.. (aku cuma harap, kalau perjalanan nie baik untuk aku, izinkan..kalau tak, halanglah ya Allah...)



yer..sem nie aku pilih kelab reakreasi..aku pilih sebab dah macam xdak idea dah nak pilih kelab apa. yerz...aktiviti semua benda2 yang aku kurang minat. sebab aku dah biasa, lahir2 dah tinggal kuarters. duduk kuarters plak jiran just 2 keluarga je.. sebab rumah teres 3 buah. lepas tu, jiran aku lak lelaki..kecik2 dulu aku main la.. bila dah besar, tak la.. sebab ada benda berlaku. aku tak faham kenapa dia boleh hina abah dengan mama aku. aiseh la.. panas la hati aku macam air mendidih.. kan tak pasai aku kata, "jangan sebab mulut, badan binasa..." [aku nie nampak je cam baik, TAPI emang kalau bengang habes laa...] maybe sebab tu jgak aku tak suka budak laki. lagipun, aku mana pernah kawan nga budak laki. masuk ipg tu p0wn aku kawan sebab aku terpaksa taw. sebab alasan jadi cikgu dan perlu bersosial. TAPI biarlah ada bataskan.. 


sebut pasai batas nie... korang rasa batas tu apa..?? batas yang buat tuk tanam sayur2 ke atau apa..??

BATASAN

aku tak tahu la macam mana batasan nie pown umat islam macam aku dan korang2 semua boleh pi langgar jer suka hati. aku tak tahu apa alasan orang berCOUPLE.. (aku  cuma dengar2 orang la cter2 kan...)

COUPLE niat untuk bina rumah tangga.. BAGUS tu..!!!  aku memang puji... boleh la waktu tu korang bertunang sat dan korang pown kahwin la kan... kan simple.. korang jangan salah faham COUPLE tu plak.. aku bukan suruh galakkan korang berkasih sayang dan bercinta.. COUPLE tu aku rujuk kepada istilah PASANGAN.

COUPLE = PASANGAN

yang silap anak remaja duk buat la nie, duk pi bercinta bagai.. angkut ke hulu ke hilir.. berjumpa berdua.. semua bagai dengan bukan mahram bersama. aku yakin korang dah cukup dewasa dan jelas hukum hakam agama. aku tak tahu la, kalau perkahwinan korang dah bertunaskan benda yang salah dan Allah tak berkati, macam mana korang nak impikan rumah tangga yang bahagia..??? korang nak bahagia tu, TAPI korang tak nak lalui jalan yang dah emang menuju bahagia.. korang pi juga terjah jalan bukit bukau dengan penuh jurang2 bahaya.. kan korang sendiri yang tempah bahaya.. agak2 kalau jalan cam tu punya la jelas bahaya..ada tak korang pi jgak terjah..??



umpama macam korang silap amik ubat la... ada effect dye..TAPI kalau korang dapat kesan awal,korang tangani la.. amik vaksin ke.. apa ke.. (aku bukan bidang kedoktoran, so tak berapa jelas la dengan term doktor nie..) kalau korang duk lalui jugak jalan tu, kan tak pasai timbul fitnah. korang kena ingat, dalam dunia nie, manusia tu Allah bagi mata dengan mulut. mata dengan mulut nie, kalau dye nampak je, siap la.. emang tersebar la.. sebab manusia nie, ada sifat ingin kepastian dan nak tahu.. kan tak pasai2 korang dah jana timbul fitnah untuk diri korang sendiri...tak pasai2 yang mengumpat dapat dosa lak.. kesiannya p0wn...


kalau korang betul2 nak umah tangga korang bahagia.. aku tak pandai la nak bagi apa2 petua, sebab aku emang xdak pengalaman.. tapi korang tahu je satu hal.. kalau korang yakin ALLAH redha, korang buatla.. tapi ingat, nak yakin pun, korang kena la tanya orang yang lebih mahir dan berpengetahuan dalam hal perkara tersebut..(uruf gitu)  jangan plak, korang ikut suka hati jer... emang semua la korang kata ALLAH redha.. ingat yer.. korang cari la redha ALLAH.. aku pown cari2 jgak lagi... masih lagi cari2..xdak lagi sempurna diri nie.. tapi meh la kita usaha sama2.. insyaALLAH syurga ada nanti untuk kita.. kita dah ada tiket dah..cuma tunggu kita jer.. nak pilih amik tiket syurga ke or tiket neraka.. pilih la sendiri.. orang kata "sendiri buat, sendiri maw tanggung ah..." pk la sendiri... :D

**maaf la.. bahasa penulisan aku agak kasar... (xdak penapis dah..)

Friday, June 28, 2013

MY WEEKENDS...




here come the story for my weekend... yeah, my weekend starts on friday and ends on saturday.. (KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU & PAHANG..) then, here i am at KEDAH. no more foreigner language.. so, may i use my mother tongue language.. :D

yeah, sape sangka cuti nie aku begitu bersemangat telah menyepahkan bilik aku di asrama (mentang2 la roomate aku tiap2 minggu balik..dan aku sorang2, so nie la kalau dah xdak keja sangatkan.. lalalalala~~~) korang nak tengok betapa DISASTERnya aku buat bilik aku...?? nasib baik roomate aku tak dak. so,sepahkan je la dengan aman dan tanpa nak ganggu dia..


kekecohan dalam bilik macam ribut taufan melanda nie, adalah semata-mata sebab aku kan dah semester 6. jadi, aku just get ready konon2nya la nak bawak balik barang2 sikit2. 4 tahun kat IPG nie, sampai la skang baru aku rasa nak kemas bawa balik barang2... yang paling ketara dan wujud yang menjadi harta aku kat sini, mesti budak IPG tahu apa bendakan..?? kami nie bukan bertimbun dengan buku, TAPI bertimbun dengan PORTFOLIO-PORTFOLIO.. emang dah macam latihan untuk menjadi cikgukan. tambah2 lak skang nie lak, KSSR yang konsepnya sepenuhnya guna sistem pemfailan.. ahakz..emang kena la nga kami bakal2 guru.. yeah3!!!! pengorbanan ruang dan kertas serta ink printer yang dah bpe botol dah habis.. dah ntah bape kali kena perbaik sdah.. huhu... yeah..tiba fasa PRAKTIKUM lagi la.. hidup di IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN takkan lari dari PORTFOLIO... awesome kan..?? aku yakin pelajar universiti lak ada kisah mereka sendiri. dah nie blog aku, so aku cter kisah IPG je la... kisah2 lain xdak la. sebab aku nie tak pernah jejak kaki ke universiti pun lagi.. lalu tu pernah la.. hahahahaha....



dalam aku ngemas tu, aku teringat kat COOLER PAD yang macam hebat la kononya, tapi xdak la sangat.. besa2 je.. tapi waktu aku beli emang mahal la.. aduyai..pastu aku gna tak bpe lama tu, kipas dah tak gerak.. lepas tu, aku simpan je dalam kotak atas loker asrama sejak tahun 2010. (aku nie hatta benda rosak- sayang nak buang. tu yang barang aku tak pernah berkurang.. huhu..). alang2 aku dah kemas dan buat kuar benda nie, aku test la, lampu dye nyala TAPI kipas tak gerak. aku try la jolok2 sikit kat lubang2 kipas tu bg tenaga la konon.. xmaw jgak.. last2, aku pown bkak skru dan bermulalah sesi aku membaiki... (alhamdulillah sangat2 sebab aku tak dak la macam pepatah melayu 'BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU' , sebab cooler pad nie jadi balik... ----> kena tkar course technician ke..?? hahaha... no wonders la, CIKGU pown dilabel engineer... awesome...!!!! ) sebenarnya leh aku try nak bkak balik cooler pad nie, sebab adik aku ada jgak yang sama, baru beli.. TAPI rosak lak wayar dyer.. sorry la yer my little sis, ur SIS dah dapat perbaiki la plak.. (nasib baik la aku suka simpan barang, kalau tak membazir dah kan..?? ada hikmah gak aku tak beli cooler pad sampai 2 waktu promosi ritu.. hik3... kerja menghabis duit waktu cuti je aku.. dah bka kuliah mula la merana.. hik3...)


al-kisah lak, nie lak gambo jam tangan yang dihadiahkan oleh mak saudara aku waktu aku dapat 8A dalam PMR. jam nie dah rosak bler aku dalam asasi kat IPG. tapi, sampai skang aku still lagi simpan. dan last2 sekali aku tengok muka jam tu pun dah macam calar dan dah teruk, so, aku p0wn buang la.. (maafla mak cik, sebab dah rosak. TAPI terima kasih atas hadiah yang bermakna nie..) jam nie dah berkhidmat dengan asku selama 4 tahun la jgak.. sebab 2 tahun aku kat MRSM KUALA TERENGGANU.. SETAHUN kat KMPK..dan setahun setengah untuk asasi IPG... emang bermakna la katakan...


korang jangan tak percaya lak, apa yang korang nampak. ahakz..nie la gambo raket tenis aku... raket je la.. nak kata aku pandai main gler hebat macam atlet tu, xdak la maknanya.. nie sebenarnya gara2 sebab GERKO semester 2 ijazah (kalau aku tak silap), kami satu kelas kena tenis. so, tak pasai2 encik pensyarah yang bersemangat waja tu telah meminta semua budak kelas aku untuk beli raket nie dan setiap orang dapat 2 biji bola... (tapi bola tu aku tak tahu pi mana dah, seingat aku budak kelas aku simpan..xpe la..abaikan je la..) serius, aku sayang raket nie, tapi kalau x guna rosak gak. rasa cam nak jual je, TAPI tak tahu la sape yang nak beli.. aduhai.. tu tak termasuk lagis et baju pbsm aku yang memncecah harga rm200 solid.. fuh lamak, jangan main2, nak jadi cikgu emang nampak syok je dapat elaun TAPi duit tu emang kami duk kena pakai je.. mengalir cam air sungai jer.. asal masuk je, kena keluar...


semester nie lak, aku kena kelab rekreasi..duit lagi kena pakai..tak tahu la jadi ke tak untuk pergi berkayak ke tanjung dawai minggu nie... 2/7/2013... dengar2, sewa kayak rm50 satu kepala.. mahu nak terputus urat2 aku yang selama nie bertahan makan untuk berjimat, tapi sekelip mata jer nak kena spend duit untuk benda nie.. (elaun x masyuk lagi..kalau amsyuk, ok la jgak sikit...) 3/7/2013 lak, aku kena pergi BIG nga bdak kelas, menuju ke PERLIS... tang mana tu..??? hahahaha.... nanti la aku bkak cter tu, bler aku dah lalui pengalaman kat sana, ok..?  

semalam lak, sebelum aku terlena bagai, ttbe jer otak aku nga tangan nie gatai nak try fesyen bertudung.. hahaha... aku try la tengok kat u-tube kan, sebab ttbe je MY BROADBAND cecah sampai Mbps.. hahaha... (semuanya ttbe je kan... kih3...) last2, hasil aku yang tak seberapa, hasil aku tiru lam u-tube adalah... taraa------->>>>>





Monday, June 24, 2013

H.O.P.E.



H.O.P.E. what's mean? korang tahu kan perkataan nie merujuk kepada harapan, kalau diterjemah dalam bahasa melayu (bahasa ibunda negara ku, Malaysia...). korang pernah berharap..?? aku cukup la cakap muka aku nie, penuh dengan pengharapan. samada aku yang berharap, dan orang yang mengharapkan aku.. (ada ke orang yang mengharapkan aku...?? family aku la kot - abah dan mama yang sentiasa berharap anak2 mereka berjaya dunia nga akhiratkan... korang pown kan...?? don't forget them..). kalau korang biasa tulis PENGHARGAAN dalam awal2 page penulisan korang, korang mesti akan guna perkataan, BERHARAP.. hahaha.. so, sebenarnya secara tak langsung korang pown sedang H.O.P.E. jgak...

celoteh aku yang merapu bagai nie, cuma aku nak sampaikan satu benda. kehidupan aku dengan family biasanya aku bergantung kepada dia orang kan nak buat pe2. once aku dah berdikari la kononnya kat negara orang, aku kena la cari cara sendiri. kadangkala cara aku salah tanpa aku sendiri sedar (kalau waktu tu korang rasa, aiseh...aku salah..just tegur je la..). aku nie emang la susah sikit dari segi transport, dan aku ada satu masalah sikit pasai pengurusan tiket. aku kena pergi balik bus stop dan tukar tiket. alhamdulillah sangat2 sebab aku dapat tukar. besanya tak dapat. tapi sebelum aku call kaunter tu, aku BERHARAP Allah permudahkan jalan aku. aku just call dan tawakal kepada Dia. lastly, akak tu kata OK. padahal pada mulanya aku rasa risau gak, sebab akak tu jawab panggilan ala2 aku rasa kasar la sikit. TAPI sebenarnya dia OK. itulah, kalau kita kali pertama kita tak tahu orang tu macam mana, seterus2nya insyaAllah kita lebih faham... lepas tu, aku pun minta tolong la sape2 ada transport, dan alhamdulillah Allah hadirkan seorang hamba Allah tuk tolong aku. aku ucap terima kasih la sebab sudi tolong aku dan terima kasih Allah kerana permudahkan jalan aku.. satu perkara aku belajar "SENTIASA BERHARAP KEPADA ALLAH..." sebab Dia yang penentu jalan kemudahan sesuatu perkara yang korang hadapi... never stop hoping to HIM.. 


ya..aku masih mengharap... dan aku sentiasa akan berharap, agar Allah permudahkan aku dalam segala hal urusan yang Dia berikan kepada aku. walaupun aku antara hamba Dia yang selalu je alpa dan leka.. moga Allah bawa aku ke arah jalan kesedaran...

**bercinta dengan Dia, tenang jiwaku. gembira hati dan bahagia hidup ku. moga Allah memberkati jalan kehidupan aku dan keluargaku. amin.. I Love Allah.. :)

Saturday, June 22, 2013

20/6/2013 - BILIK TV PEREMPUAN

tarikh tu merupakan tarikh bagi hari ke-5 aku masuk semester 6 di IPG. 
tarikh ini juga la, akak usrah aku buat usrah. lokasinya jelas korang nampak aku tulis - BILIK TV PEREMPUAN.
paling aku ingat benda nie, sebab nie la kali pertama aku menjejakkan kaki ke bilik tv nie sepanjang dah 4 thn stgh aku duk belajar di IPG.
bukanlah aku nak kata aku nie SUCI sampai x layan TV nie.
ALASANnya yang jelas, lokasi asrama aku yang jauh nun dari bilik tv. 
so, aku yang malas dan rasa macam, PERLUKAH...??
jadi, aku memilih tak pergi la..
pernah je aku lalu, TAPI tak la plak masuk duduk semua.. 
tahulah ada sofa kat bilik tu. itu la pertama kali aku berada di atas sofa di bilik TV.. hahahahaha....
 yang paling mahal, bilik tv tu siap ada kelas lagi dalam tu...
sebab kekangan tempat utk kuliah...
boleh bayang betapa syoknya..kelas yang kena di bilik tv.. boleh tonton tv sementara lecturer nak mai..waktu rehat.. bosan2 ke.. alahai.. bestnya~~~ lalalala...


 USRAH ku bermula.....


yang ku tak terduga tu kan, aku nga kawan baru terlepas cakap pasal ROJAK MAK BEE, nak makan nanti pergi BIG perlis kat area umah kawan aku. aku siap request dye siapkan kami juadah nie lagi. tup2, tanpa aku sangkakan...akak usrah aku datang membawa ROJAK MAK BEE, dan akhirnya mengawalkan diri aku untuk merasa kenikmatan juadah nie.. ouch3... subhanaALLAH.. alhamdulillah... Allah hadirkan akak usrah aku nie dengan apa yang aku nak rasa.. i feel blessed by Him.. :D


aku juga siap dapat hadiah lagi daripada akak usrah, buku biru tu nga penyepit teddy bear... alahai, aku rasa jiwa aku dah macam budak2.. teruja habis.. seronoknya!!!!! tasbih tu plak, aku dapat dari kawan IPG yang pergi mekah. best aku tengok depa yang dapat peluang pergi sana. tapi, pe2 pun itu rzki dia orang. dan aku juga perlu usaha ke arah tu. biar pown dosa aku menggunung tinggi, biarlah aku bercita2 tuk ke sana tercapai... pe2 p0wn, parents perlu didahulukan..


untuk kesekian kalinya, kami buat aktiviti TARIKH LAHIR dalam al-quran. just, surah tu jadi tarikh lahir kiter, dan bulan tu kter tengok ayat. so, ayat tuk tarikh lahir aku adalah surah hud ayat 7.


Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711], dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini[712] tidak lain hanyalah sihir yang nyata." (ayat 7 surah 11-hud)
[711]. Maksudnya: Allah menjadikan langit dan bumi untuk tempat berdiam makhluk-Nya serta tempat berusaha dan beramal, agar nyata di antara mereka siapa yang taat dan patuh kepada Allah.

[712]. Maksud mereka mengatakan bahwa kebangkitan nanti sama dengan sihir ialah kebangkitan itu tidak ada sebagaimana sihir itu adalah khayalan belaka. Menurut sebagian ahli Tafsir yang dimaksud dengan kata Ini ialah Al Quran ada pula yang menafsirkan dengan hari berbangkit. 







bila aku baca terjemahan ayat nie, emang kena la nga diri aku yang iman asyik turun naik cam tanah tak rata je.. hasil selalu je x memuaskan. perangai yang susah nak ubah. cepat sangat penat dengan ujian, sebab bler orang buat aku terasa je, aku rasa geram je. mananya tak kejam nye aku. tahap kesabaran aku rendah. lepas akak usrah aku kata, ujian tu takkan habis sebab kembar kita adalah ujian. ujian tu takkan berakhir, sebab Allah tahu kita masih lagi lemah. jadi dye bgi lagi ujian yang sama untuk melatih kita. macam cikgu la, kalu murid tak mahir dalam sesuatu topik, macam2 latihan ckgu bagi, untuk murid tu faham. dalam diam, aku sedar betapa aku nie anak murid yang lemah walaupun classmate aku selalu usik aku katanya pointer aku tinggi. (tapi, aku rasa pointer aku dengan depa, sama je. xdak lebih, xde kurang...)

yang paling aku kena ingat, jiwa yang aku miliki, pasti akan berhenti. aku belum pasti bila masanya, tempat di mana, dengan siapa, bagaimana, mengapa, dan macam2 lagi.. so, aku kena la sedar diri, kan nanti duduk saje2 ttbe ajal aku mai, takkan aku nak kata STOP kan.. nothing can stop it. kadang2 aku rasa bertuah jgak kalau mati awal, tak banyak dosa, tapi bler aku pk balik, kalau aku mati, betul ke aku dah sedia. banyak ke amal aku untuk aku siapkan jumpa dengan Allah. silap2 aku malu dan neraka plak yang aku huni. sebab kadang2 dah rasa baik tapi manalah tahu benda yang buruk sikit2 kita buat, pahala tu dah kena potong...

[jadi, aku kenalah ingat, bahawasanya AJAL itu akan tiba, 
masanya bukan aku yang tahu dan tentu,
aku bukanlah sempurna mcam mereka yang mulia,
tapi aku mengharapkan matiku dengan mulia bukan terhina...
gunung dosa vs. gunung pahala
mana satu yang tinggi pada masa di sana..?
aku belum tahu..
tapi masih mengharap bauan syurga dan taman seisinya...
moga ada  rzki ya Allah..
amin.. ]