usrah kali ke-2 untuk semester kali ini, berlangsung dengan jayanya di dewan makan kampus. akak usrah aku siap bawa bebola ikan ke ayam, aku pun tak pasti. tiap kali usrah, tiap kali tu la makan-makan. santai2 je gayanya. x terlalu tertumpu dan berfokus kepada sesuatu semata-mata. so, yang nie aku suka la.. sebab aku bukan STYLE fokus ok... hahaha... (tapi masa mengajar kena la fokus.. murid2 semua kena bagi tumpuan yer.. hihihi)
akak usrah kali nie, minta kami nyatakan apa yang kami nak usrah nie. macam mana usrah tu nak dijalankan. kiranya cam mana perjalanan usrah tu.. so, kami keluarkan la senarai keinginan usrah tu. taraaaa------>
- rileks...santai...
- bawa al-quran, buku, pakaian kemas (segak2 la sikit... hu3..x kira tempat mana usrah tu dijalankan...)
- bawa juadah makanan
- menepati waktu
- ukhuwah
- iman
- material
untuk kesekian kalinya, aku diperkenalkan dengan mutabah amal (pengawasan amal). ia adalah satu bentuk amalan yang kita akan lakukan dalam tempoh sebagai satu latihan pemeringkatan amal. akhirnya inilah senarai yang diberikan dan disarankan untuk dilakukan setiap minggu. amalan minimum yang ingin dicapai...
- solat jemaah (1x sehari)
- solat sunat rawatib (2x sehari)
- tilawah + terjemahan (2 muka surat)
- solat sunat dhuha (2x seminggu)
- riadah (30 minit seminggu)
seterusnya usrah bermula dengan menghayati surah al-Qadr..
hasil dari pembacaan majalah SOLUSI 23 ada banyak lagi informasi yang diperloleh daripada penulisan ustaz hj. zahazan mohamed...
latar belakang surah
- ada berpendapat surah makkiyyah (surah ke-24/ ke 25 selepas surah Abasa dan sebelum surah al-Syams) dan ada juga berpendapat surah madaniyaah (sebelum surah al-Baqarah dan selepas surah al-Mutaffifin.
- TEMA : kehebatan al-Quran dan kemuliaan malam yang disebut lailatul qadar yang merupakan waktu diturunkan al-Quran. waktu yang sangat mulia dan penuh keberkatan.
- malam yang dimaksudkan adalah satu malam yang berada dalam bulan Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam ayat 185 surah al-Baqarah" bulan Ramadan yang padanya diturnkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
- menurut al-Baghawi dalam tafsirnya, ganti nama dalam kata kerja "seungguhnya kami telah turunkannya" adalah untuk menunjukkan kehebatan al-Quran yang diturnkan sekaligus pada malam al-Qadr dar Luh Mahfuz ke langit dunia (al-Sama' al-Dunya), kemudian diletakkan di Bait al-Izzah untuk disampaikan oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. secara beransur-ansur sesuai dengan perkembangan masa dan cara berfikir masyarakat pada waktu itu. ayat tersebut diturnkan dalam tempoh melebihi 20 tahun.
- menurut al-Asfahani dalam al-Mufradat: ketetapan segala perkara merujuk kepada perincian yang Allah tetapkan berkaitan dengan urusan para hamba-Nya dengan sifat kesempurnaan.
- Abu Bakar al-Warraq seperti dinukilkan oleh Ibn al-Jawzi: ganjaran bagi sesiapa yang mampu menghidupkan malam tersebut dengan ibadah, maka layaklah baginya dianugerahkan sebagai yang memiliki kemampuan atau kelayakan yang tinggi kerana al-qadr merujuk kepada kudrat.
- apabila Ramadan tiba, Raslullah saw berpesan:"telah tiba kepada kalian bulan Ramadan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka akan ditutup sementara semua syaitan dibelenggu. dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu, maka sungguh dia tidak akan mendapatkannya."(riwyat Ahmad dan al-Nasa'i)
- hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:"sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu."
- menurut pengarang tafsir Zad al-Masir, Sufyan al-Thawri berkata:"telah disampaikan kepadaku daripada Mujahid bahawa malam al-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan. kelebihan ini melibatkan amalan, puasa dan mendirikan malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. ini juga merupakan pandangan Qatadah, al-Farra' dan al-Zajjaj."
- malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu kepada orang yang sedang membaca al-Quran/ orang yang duduk dalam majlis ilmu, orang yang melingkungi orang yang berzikir, serta orang yang menuntut ilmu.
- dalam tafsir al-Dur al-Manthur: para malaikat yang turun berbondong-bondong akan mengucap salam kepada setiap Mukmin yang sedang solat, berzikir dan yang melakukan ketaatan-ketaatan yang lain.
- al-Ruh merujuk kepada:
- pandangan paling mahsyur - hadis dari Anas bahawa Nabi menyifatkan para malaikat datang beramai-ramai dengan diketuai oleh Jibril.
- pandangan oleh al-Qurtubi: sejenis malaikat yang ditugaskan khas sepanjang malam al-Qadr itu. pandangan ini diambil daripada Ka'ab dan Muqatil bin Hayyan.
- pandangan al-Waqidiy: sejenis malaikat yang cukup agung menyamai bilangan ramainya malaikat yang datang pada malam tersebut.
- "membawa segala urusan" : segala takdir berkaitan ajal, rezeki dan ketentuan segala perkara sebagaimana yang disebut oleh Qatadah.
- Sa'id bin mansur berkata Husyaim menyampaikan kepada kami daripada Abu Ishaq daripada al-Sya'bi:
"doa keselamatan yang dipanjatkan oleh para malaikat kepada Allah swt buat sesiapa yang bangun bertahajud, qiamullail dan sebagainya di masjid hingga terbit fajar"
- sejahtera - syaitan tidak berupaya melakukan perkara jahat pada malam itu. Qatadah dan Ibn Zaid, Rasulullah saw bersabda:" salamun hiya" - kebaikan yang menyeluruh berserta keberkatan, serta ketiadaan kejahatan hinggalah terbitnya fajar (subuh).
****PETANDA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR****
- 'ubay r.a., ia berkata: "Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "pagi hari malam lailatul qadr, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (riwayat muslim no. 762)
- Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Malam lailatul qadr ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan." (al-Tayalisi, hlm.349, Ibn Khuzaimah, jil.3, hlm. 231, al-Bazzar jil. 1, hlm. 486. sanadnya hasan)
No comments:
Post a Comment