dalam hidup kita, baik atau buruk diri kadangkala kita tak pernah nak nampak. kita selalu nampak baiknya dalam diri kita. apabila terpalit pada orang, mudah kita nampak. orang kata sebesar kuman pun kesalahan orang, kita cukup jelas nampak. tak terang lagi tak bersuluh. hari-hari aku dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia dah usia mencecah 23 tahun ni, aku saban masa sentiasa terbelenggu dengan kesalahan. kesalahan atas dasar sedar atau tidak sedar. atas kurang kawalan diri atau lemahnya daya iman untuk memperteguhkan peribadi. lumrah dalam hidup, aku sentiasa mempunyai fikiran bahawa 'pintu taubat itu besar pada hamba Dia' tapi aku lupa dan buta serta pekak kot, sebab Allah bukan senang nak bagi pintu taubat itu untuk siapa2 je.. orang yang sembarangan. aku nie lagi la. asyik iman naik dan turun jer. bler aku fikir balik, patutlah Allah uji aku dengan macam2 ujian sebab Allah tahu aku banyak dosa. mungkin satu cara untuk aku hapuskan dan kurangkan timbangan dosa aku.
dari aku lahir sampai la kini. aku akui ilmu agama aku cukup la cetek berbanding dengan orang yang jelas dalam bidang pembelajaran hal-hal agama. tapi, even aku sedar semua tu, kaki nie tak payah cakap la jarang je kalau menuju untuk mencari ilmu jiwa. sebab apa ntah. terlalu banyak alasan rasanya.. akhirnya, ilmu aku dalam agama hanyalah sekankang kera. perihal membaca buku adalah kegemaran aku, tapi tidaklah tertumpu kepada buku agama semata tetapi tertumpu juga kepada novel-novel..menonton cerita juga.. aku dengan kehidupan aku sampai aku sendiri merasakan sama dan sekata sahaja cerita hidup ku.
benar kata-kata orang, kita terlalu biasa dan selesa dengan hidup kita sehinggakan kita terlalu menjadikan apa yang berlaku adalah rutin harian. itulah yang aku hadapi. aku akui kelemahan diri aku sendiri. aku tak perlu tunding jari pada orang lain. lemah diri aku, adalah kekurangan aku. tiada salah sahabat atau sesiapa pun. mahupun mama dan abah. sebab mereka sudah cuba bagi didikan yang sempurna kepada aku. sejauhmana aku menjadi anak yang baik juga hanya mereka yang menilai, tiada orang lain. aku sendiri pun rasa aku tak mampu jadi anak yang baik. betul la, rasa lemah untuk membalas jasa mereka seumpama aku tak punya kuasa dan kekuatan untuk berbuat apa.
dalam ramadan tahun ini, aku dah masuk pertengahan ramadan. sesekali melihat dan melaluinya sekata dan sama nada gaya geraknya. mana satu yang naik, mana satu yang turun. terlalu lemah untuk aku sendiri sedar. dalam diam, aku melakukan dosa..dalam sedar aku juga melakukan dosa..dalam sedar aku juga melihat dosa..dalam apa sekalipun dosa tidak pernah tersingkir dari jasad aku sehingga kini. aku hanya mampu menangisi diri sendiri atas lemahnya diri aku. bukan atas lemahnya didikan dan sebagainya...
**mungkin aku tidak berjaya menjadi yang baik, tapi aku mendoakan untuk didampingi orang yang baik agar aku mampu mendapat bias wangian. walaupun kadangkala hati dapat merasa jauh darjat antara mereka. cuma aku hanya mengharapkan dan mengharap.. bahawa mati ku bukan mainan hidup.. izinkan dengan kalimah syahadah...
No comments:
Post a Comment