dari dulu lagi bermula semester 1 dalam ijazah perguruan, fasa BIG (bina insan guru) tak pernah berakhir..dan penutup BIG hanyalah pada fasa 6 bersamaan semester 6 sebelum 2 semester lagi untuk menamatkan pengajian. alhamdulillah..dalam diam tak diam, aku dah sampai ke penghujung pengajian dan usia ku sendiri.. tinggal lagi 2 semester untuk aku perjuangkan. cabaran yang jelas aku rasa adalah dalam waktu praktikum. cabaran praktikum kali nie plak adalah berpraktikum selama 2 bulan dalam keadaan kering kontang saku ( mengharap elaun dapat diuruskan dengan segera... sekarang aku hanya mampu buka 'loan' dengan akak aku... alhamdulillah.. itu hubungan keluarga penting.. )
Bagi sesi lawatan ke sekolah tersebut, kami sangat
bertuah dan beruntung kerana menerima sambutan mesra dari pihak sekolah iaitu
guru besar sekolah tersebut walaupun beliau dikhabarkan baru tiba dari
menyelesaikan beberapa urusan sekolah. Kepimpinan dan kredibiliti yang
dipamerkan menjelaskan bahawa kelayakan beliau sebagai pucuk pimpinan pentadbir
amatlah tidak diragui lagi. Malahan, kami juga dibawa ke tempat yang selesa
bagi menjayakan interaksi bersama antara guru cemerlang sekolah tersebut
sementara pensyarah yang terlibat pula melakukan interaksi bersemuka bersama
guru-guru sekolah di bilik komputer. Kami juga didalu-alukan dengan ucapan guru
besar serta perkongsian beliau dalam pucuk pentadbirannya serta keberhasilan
sekolah yang telah ditadbir. Malahan, beliau juga sempat menyertakan beberapa
pesanan dan peringatan kepada kami agar menyiapkan diri dalam apa jua keadaan
sebagai bakal pendidik generasi masa depan yang secara keseluruhannya berbeza.
Beliau juga menekankan interaksi pergaulan komuniti penempatan bagi setiap
lokasi yang ditempatkan agar hubungan yang baik dalam komuniti masyarakat
tersebut akan memudahkan serta membina kekuatan ukhuwah dan mengelakkan
sebarang kesulitan daripada berlaku.
Kemudiannya, sesi penerangan dan perkongsian antara guru
cemerlang, Encik Nasharuddin kepada kami dimulakan. Dalam penyampaian beliau,
beliau menjelaskan dan menerangkan situasi suasana pembelajaran yang sebenar di
sekolah yang mana kadangkala ada murid yang nakal, pendiam, baik dan
sebagainya. Kata beliau, guru seharusnya mempunyai fleksibiliti dalam diri bagi
menyesuaikan diri dalam setiap keadaan melibatkan layanan guru terhadap murid.
Beliau juga turut menekankan kepentingan 4 langkah dalam penyelesaian masalah
melibatkan Matematik menggunakan kaedah Polya iaitu memahami soalan, merancang
penyelesaian, melakukan penyelesaian dan menyemak semula. Antara nasihat lain
yang saya dan rakan-rakan terima adalah seperti berikut:
- Guru tidak perlu terlalu menekankan kaedah yang statik dan rigid tetapi sebaliknya membenarkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah matematik mengikut cara mereka dan kefahaman mereka.
- Guru perlu mengutamakan penjelasan dan pemantapan konsep matematik untuk membina penguasaan murid terhadap sesuatu topik matematik.
- Penjanaan idea dan kreativiti murid-murid perlu digalakkan.
- Aktiviti secara berkumpulan kebiasaannya berhasil bagi tahap I, manakala tahap II lebih berfokus dan menjurus kepada kesediaan dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah (UPSR).
- Guru digalakkan untuk memperkenalkan kaedah yang mudah bagi murid untuk menyelesaikan masalah setelah pemahaman konsep berhasil.
- Alat bantu mengajar perlu mengikut kesesuaian tahap murid itu sendiri.
- Menjana minda murid-murid bahawa matematik adalah mudah dan tidak sukar kerana ia hanya bermain dengan nombor-nombor sahaja.
- Guru pelatih baru yang berjaya diserap ke sekolah haruslah bersedia menggalas sebarang tugas dan tanggungjawab bagi memperoleh pengalaman yang bermanfaat.
- Guru pelatih perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam kesediaan menerima lokasi penempatan.
Setelah selesai sesi tersebut, kami disajikan dengan jamuan
ringan dari pihak sekolah. Kemudian, disusuli dengan penyerahan cenderahati
dari pihak kampus kepada pihak sekolah dan guru cemerlang serta dari pihak
sekolah kepada wakil pensyarah dan wakil guru pelatih. Rombongan kepulangan
kami diiringi oleh guru besar.
----------*********************************---------------
akhirnya selesai sudah BIG terakhir kelas kami... dan tak sah la kalau sudah sampai ke negeri yang baru bagi kami semua untuk tidak singgah meneroka dan sebagainya... kami menuju ke PADANG BESAR.. tapi, gambar tak dapat la nak snap sangat..sebab kamera tak ada.. nak tangkap dengan phone, image tak cantik.. so, biarkan je la.. selesai di padang besar... opppss...lpa lak!!! sebelum ke padang besar, kami menikmati juadah tengah hari di KEDAI TOK MEK.. katanya nie la famous.. masuk JALAN2 CARI MAKAN TV3... hahahaha...
**nie adalah posisi dalam kedai**
**nie plak motel yang bersebelahan kedai nie..**
(kalau penat2 berjalan jauh boleh la 'book' motel sini.. ada surau jgak kalau nak solat pon.. )
suasana kat PADANG BESAR PERLIS seolah2 macam PASAR SITI KHADIJAH kat negeri aku.. so, bila aku round2 aku sendiri pown xtaw nak beli apa. tak memenuhi citarasa dan minat aku satu pon... cuma adalah aku teringin nak memiliki bantal KITTY but bler aku fikir balik dengan elaun yang sengkek dan aku tak ada duit nie, nak kena spend tuk PRAKTIKUM lagi, so..aku decide tak perlu beli apa2... jadi, aku emang pulang dengan tangan kosong je la.. yang penting KELANTAN ada citarasa aku... so, aku langsung x risau pe... :D
kalau diikutkan kami teringin gak nak menjenguk ISTANA KAYANG tapi, disebabkan hujan yang lebat dan masa pun dah singkat, so kami bergegas ke masjid untuk mendirikan solat jamak takhir... sementara, dalam perjalanan hujan2 tu, kami masih lagi order 'lok cing' yang terpaksa tempahan diambil selepas makan malam... alamaknya, emang tak termakan la 'lok cing' tu... huhu... sebab kekenyang sangat...
selesai solat semua, so masanya untuk makan malam.. juadahnya:
- nasi putih
- tom yam ayam
- kailan ikan masin
- telur dadar
- sotong celup tepung (famous yang kat PERLIS)
- air sirap limau ( yang tak rasa limaunya... hahahaha...)
p/s: selesai pengembaraan kelas untuk semester kali ini.. :D
No comments:
Post a Comment