al- kisah nak jadi guru, nak mengajar anak2 murid. alakian, dapatlah di tempatkan di sebuah sekolah dalam taman perumahan TAMAN RIA, PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN (harap maklum ye..bukan sk taman ria, sungai petani..kalau dapat yang tu lagilah OK, sebab dekat je dengan IPG). maka tersebutlah kisah dua rakan sekelas yang ditempatkan di situ. namun, kisahnya hanya tertumpu banyak pada penulis atau tuan punya blog la ye.. (huhuhu...)
****maka, telah penatlah aku nak berbahasa ala-ala adat kisah cter dulukala.. dah la..nak masuk cter moden dah ni... keh3..
nie link fb sek yang aku jalani praltikum kali nie: https://www.facebook.com/SKTAMANRIA
apa yang aku tak sangka pasai sekolah nie adalah, sek nie tersangatlah luas dan ramai budak-budaknya... sekolah dalam taman biasanya macam ni la. yang paling aku takkan lupa adalah, kemungkinan murid akan berpindah ke sebuah sekolah yang akan dibuka di sekitar taman mahsuri pula. cerita nie macam praktikum fasa 1 aku dulu. dulu pun skspk jgak, murid-muridnya akan bertukar ke sekolah yang baru dibuka di situ...tu berlaku lepas sebaik sahaja kami tamat praktikum... hahaha.. sek kali nie, aku rasa nampak gaya macam tu la.. dan cabaran kawalan kelas kami emang selalu teruji la jawabnya. tak ku sangka la.. hahaha... sekolah nie emang besar la... gambar kat bawah nie aku amik di salah satu penjuru bangunan sekolah ni. ada tiga blok kot.. keluasannya tak payah cakap la.. jenuh aku nak berjalan ke satu2 bangunan.. yang naik tangga sampai tingkat atas, tak perlu cakap la.. hampir semua kelas aku kat tingkat atas sekali. sebab tahun 3 kan.. tapi aku cukup kesian dekat cikgu-cikgu mahupun pekerja yang mengandung taw.. sebab depa terpaksa la jgak mendaki tangga tu.. setakat aku nie yang nak kata muda tak muda nie pown , dah tarik hembus nafas dah.. depa lagi la.. kesian sesangat...!!!
aku tak nak bandingkan la, sekolah praktikum fasa 1 sebelum nie lebih baik atau sekolah praktikum fasa 2 lebih baik atau apa2 je la. bagi aku, saat aku melangkah kaki aku dan minda aku perlu di 'set'kan bahawa aku adalah guru pelatih baru dan datang di tempat baru. maka, lain tempat lain cara pentadbiran dan urusannya. maka, aku hormat dan ikut je la gaya mereka. sedikit jadi kejutan, tapi lama2 dah jadi kebiasaan. :)
bab mengajar nie aku tak ada la pandai sangat...tapi emang best dapat mengajar. cuma cabaran yang jelas aku dapat dan perlu hadapi di sini adalah mengajar kelas yang akhir-akhir gitu.. aku dapat satu kelas pertama dan kelas keenam. emang jauh la kan tahap penguasaan mereka. tahap pengajaran aku pun perlu juga aku ubah. yang best kat sekolah nie, setiap kali aku masuk mengajar, aku akan diikuti dengan guru pembimbing berada di belakang. sebelum ni aku tak pernah lagi la. guru pembimbing masuk sekadar nak buat penilaian borang PR1 je. masa yang lainnya, dia lepaskan je aku dengan murid-murid aku. tapi tak ada la bermakna aku tak suka cara sekolah kali ni. sebab sebenarnya aku suka..!!!!!!!!! tak bermakna pula aku tak suka cara sekolah sebelum nie plak ye.....
kalau mula-mula aku agak terkejut dengan guru pembimbing sentiasa masuk, tapi sekarang aku rasa best. sebab aku boleh tahu di mana kelemahan pengajaran aku. ye la..aku yang syok sangat mengajar kat depan, tapi aku belum tahu lagi betul ke takkan.. budak baru belajar... guru pembimbing la yang selalu bagi komen membina.. :) perbetulkan mana kurang dan salah aku. akhirnya, aku bahagia... aku akui banyak silap aku, dan aku perlukan tempoh masa untuk perbaiki dari semasa ke semasa...
perjuangan menjadi pendidik sememangnya mencabar...isu timbul macam bikin panas. tapi aku tak kisah, aku nak menjadi pendidik.. bukan WARTAWAN..bukan PENIAGA dan bukan yang lainnya!!!
so, aku adalah pendidik!!!!
No comments:
Post a Comment