Thursday, July 25, 2013

JAHAT vs. BAIK


dalam hidup kita, baik atau buruk diri kadangkala kita tak pernah nak nampak. kita selalu nampak baiknya dalam diri kita. apabila terpalit pada orang, mudah kita nampak. orang kata sebesar kuman pun kesalahan orang, kita cukup jelas nampak. tak terang lagi tak bersuluh. hari-hari aku dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia dah usia mencecah 23 tahun ni, aku saban masa sentiasa terbelenggu dengan kesalahan. kesalahan atas dasar sedar atau tidak sedar. atas kurang kawalan diri atau lemahnya daya iman untuk memperteguhkan peribadi. lumrah dalam hidup, aku sentiasa mempunyai fikiran bahawa 'pintu taubat itu besar pada hamba Dia' tapi aku lupa dan buta serta pekak kot, sebab Allah bukan senang nak bagi pintu taubat itu untuk siapa2 je.. orang yang sembarangan. aku nie lagi la. asyik iman naik dan turun jer. bler aku fikir balik, patutlah Allah uji aku dengan macam2 ujian sebab Allah tahu aku banyak dosa. mungkin satu cara untuk aku hapuskan dan kurangkan timbangan dosa aku. 

dari aku lahir sampai la kini. aku akui ilmu agama aku cukup la cetek berbanding dengan orang yang jelas dalam bidang pembelajaran hal-hal agama. tapi, even aku sedar semua tu, kaki nie tak payah cakap la jarang je kalau menuju untuk mencari ilmu jiwa. sebab apa ntah. terlalu banyak alasan rasanya.. akhirnya, ilmu aku dalam agama hanyalah sekankang kera. perihal membaca buku adalah kegemaran aku, tapi tidaklah tertumpu kepada buku agama semata tetapi tertumpu juga kepada novel-novel..menonton cerita juga.. aku dengan kehidupan aku sampai aku sendiri merasakan sama dan sekata sahaja cerita hidup ku.

benar kata-kata orang, kita terlalu biasa dan selesa dengan hidup kita sehinggakan kita terlalu menjadikan apa yang berlaku adalah rutin harian. itulah yang aku hadapi. aku akui kelemahan diri aku sendiri. aku tak perlu tunding jari pada orang lain. lemah diri aku, adalah kekurangan aku. tiada salah sahabat atau sesiapa pun. mahupun mama dan abah. sebab mereka sudah cuba bagi didikan yang sempurna kepada aku. sejauhmana aku menjadi anak yang baik juga hanya mereka yang menilai, tiada orang lain. aku sendiri pun rasa aku tak mampu jadi anak yang baik. betul la, rasa lemah untuk membalas jasa mereka seumpama aku tak punya kuasa dan kekuatan untuk berbuat apa.

dalam ramadan tahun ini, aku dah masuk pertengahan ramadan. sesekali melihat dan melaluinya sekata dan sama nada gaya geraknya. mana satu yang naik, mana satu yang turun. terlalu lemah untuk aku sendiri sedar. dalam diam, aku melakukan dosa..dalam sedar aku juga melakukan dosa..dalam sedar aku juga melihat dosa..dalam apa sekalipun dosa tidak pernah tersingkir dari jasad aku sehingga kini. aku hanya mampu menangisi diri sendiri atas lemahnya diri aku. bukan atas lemahnya didikan dan sebagainya...



**mungkin aku tidak berjaya menjadi yang baik, tapi aku mendoakan untuk didampingi orang yang baik agar aku mampu mendapat bias wangian. walaupun kadangkala hati dapat merasa jauh darjat antara mereka. cuma aku hanya mengharapkan dan mengharap.. bahawa mati ku bukan mainan hidup.. izinkan dengan kalimah syahadah...

PRAKTIKUM FASA 2 - SK TAMAN RIA, PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN

al- kisah nak jadi guru, nak mengajar anak2 murid. alakian, dapatlah di tempatkan di sebuah sekolah dalam taman perumahan TAMAN RIA, PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN (harap maklum ye..bukan sk taman ria, sungai petani..kalau dapat yang tu lagilah OK, sebab dekat je dengan IPG). maka tersebutlah kisah dua rakan sekelas yang ditempatkan di situ. namun, kisahnya hanya tertumpu banyak pada penulis atau tuan punya blog la ye.. (huhuhu...)

****maka, telah penatlah aku nak berbahasa ala-ala adat kisah cter dulukala.. dah la..nak masuk cter moden dah ni... keh3..

nie link fb sek yang aku jalani praltikum kali nie: https://www.facebook.com/SKTAMANRIA 

apa yang aku tak sangka pasai sekolah nie adalah, sek nie tersangatlah luas dan ramai budak-budaknya... sekolah dalam taman biasanya macam ni la. yang paling aku takkan lupa adalah, kemungkinan murid akan berpindah ke sebuah sekolah yang akan dibuka di sekitar taman mahsuri pula. cerita nie macam praktikum fasa 1 aku dulu. dulu pun skspk jgak, murid-muridnya akan bertukar ke sekolah yang baru dibuka di situ...tu berlaku lepas sebaik sahaja kami tamat praktikum... hahaha.. sek kali nie, aku rasa nampak gaya macam tu la.. dan cabaran kawalan kelas kami emang selalu teruji la jawabnya. tak ku sangka la.. hahaha... sekolah nie emang besar la... gambar kat bawah nie aku amik di salah satu penjuru bangunan sekolah ni. ada tiga blok kot.. keluasannya tak payah cakap la.. jenuh aku nak berjalan ke satu2 bangunan.. yang naik tangga sampai tingkat atas, tak perlu cakap la.. hampir semua kelas aku kat tingkat atas sekali. sebab tahun 3 kan.. tapi aku cukup kesian dekat cikgu-cikgu mahupun pekerja yang mengandung taw.. sebab depa terpaksa la jgak mendaki tangga tu.. setakat aku nie yang nak kata muda tak muda nie pown , dah tarik hembus nafas dah.. depa lagi la.. kesian sesangat...!!!



aku tak nak bandingkan la, sekolah praktikum fasa 1 sebelum nie lebih baik atau sekolah praktikum fasa 2 lebih baik atau apa2 je la. bagi aku, saat aku melangkah kaki aku dan minda aku perlu di 'set'kan bahawa aku adalah guru pelatih baru dan datang di tempat baru. maka, lain tempat lain cara pentadbiran dan urusannya. maka, aku hormat dan ikut je la gaya mereka. sedikit jadi kejutan, tapi lama2 dah jadi kebiasaan. :)

bab mengajar nie aku tak ada la pandai sangat...tapi emang best dapat mengajar. cuma cabaran yang jelas aku dapat dan perlu hadapi di sini adalah mengajar kelas yang akhir-akhir gitu.. aku dapat satu kelas pertama dan kelas keenam. emang jauh la kan tahap penguasaan mereka. tahap pengajaran aku pun perlu juga aku ubah. yang best kat sekolah nie, setiap kali aku masuk mengajar, aku akan diikuti dengan guru pembimbing berada di belakang. sebelum ni aku tak pernah lagi la. guru pembimbing masuk sekadar nak buat penilaian borang PR1 je. masa yang lainnya, dia lepaskan je aku dengan murid-murid aku. tapi tak ada la bermakna aku tak suka cara sekolah kali ni. sebab sebenarnya aku suka..!!!!!!!!! tak bermakna pula aku tak suka cara sekolah sebelum nie plak ye..... 

kalau mula-mula aku agak terkejut dengan guru pembimbing sentiasa masuk, tapi sekarang aku rasa best. sebab aku boleh tahu di mana kelemahan pengajaran aku. ye la..aku yang syok sangat mengajar kat depan, tapi aku belum tahu lagi betul ke takkan.. budak baru belajar... guru pembimbing la yang selalu bagi komen membina.. :) perbetulkan mana kurang dan salah aku. akhirnya, aku bahagia... aku akui banyak silap aku, dan aku perlukan tempoh masa untuk perbaiki dari semasa ke semasa...

perjuangan menjadi pendidik sememangnya mencabar...isu timbul macam bikin panas. tapi aku tak kisah, aku nak menjadi pendidik.. bukan WARTAWAN..bukan PENIAGA dan bukan yang lainnya!!!

so, aku adalah pendidik!!!!


Thursday, July 11, 2013

8/7/2013 - SAMBUTAN HARI LAHIR KU..

pada tarikh nie, aku sendiri pun terkejut.. sebab masa nie, aku baru balik dari makan2 kat rumah tutor, Madam Zainab Bee... kat sana aku disajikan dengan bihun tom yam, yang tom yam nya special made by my tutor.. emang 'kick' la... sedap sangat... sampai 2 periuk besar kuah kami satu kelas habiskan.. hahaha... kelas aku dengan aku sekali macam perut tong... ala2 buaya tembaga yang kelaparan.. alhamdulillah...kami sangat kekenyang... tq to my roomate sebab bawa kami ke umah lecturer... menumpang kereta orang je la aku... nak adakan sendiri tak mampu lagi.. moga ALLAh permudahkan rezeki aku pada masa akan datang.. amin...


dalam aku tengah bersantai2 atas katil macam ular sawa kekenyangan,tiba2, bilik aku diketuk dan salam diberi.. "assalamualaikum"... suara nie aku kenal je.. PUAN SITI ZULAIHA... (nie la kawan aku.. kami gaduh..kami nangis.. kami ketawa.. macam2 kami buat... but, we are still friend until now...) jangan tak tahu lak, kawan aku nie bergelar PUAN tepat pada tarikh 6/7/2013 - Sabtu... alhamdulillah sangat.. akhirnya aku dapat berita gembira.. walaupun aku tak dapat hadirkan diri sebab kawan aku kahwin melibatkan keluarga sahaja terlebih dahulu.. kenduri nanti bakal menyusul.. apa2 pun, aku senang dengan berita tu.. tak ada benda yang bahagia melihat kawan aku nie bahagia dan ada orang yang sayang dia selain mak ayah dia la kan.. so, mestilah encik suami dia... Encik Farish..

  ini adalah kek yang dihadiahkan kepada ku oleh my comelz & cute friend, madam SITI ZULAIHA
 

MADAM ZU nie datang mengejutkan aku yang buntal kekenyangan dengan kek hari jadi aku yang terawal 2 hari dari tarikh sebenar. hihi.. pe2 pown, aku bersyukur sangat sebab ada jgak yang ingat hari jadi aku.. dialah kawan aku nie.. aku tak harapkan semua ingat hari lahir aku.. cukuplah sekadar ada insan yang ALLAH datangkan untuk ingat hari aku dilahirkan.. terima kasih sangat sebab menghargai aku dengan hadiahkan kek nie.. terharu glerz kot.. even aku kenyang pown, aku makan gak sepotong dua.. aku. MADAM ZU dan roomate aku... lepas tu, aku buat agihan amal kat jiran2 tetanggan - YEEMA. JAYANTHI, WANI, NASHRAH, SUHA..
moga usia aku bukan panjang dengan sia-sia..TAPI dalam rahmat Allah swt hendaknya... amin... 



p/s: may ALLAH blessed us forever... :)

3/7/2013 - B.I.G FASA 6 - SK KAYANG


dari dulu lagi bermula semester 1 dalam ijazah perguruan, fasa BIG (bina insan guru) tak pernah berakhir..dan penutup BIG hanyalah pada fasa 6 bersamaan semester 6 sebelum 2 semester lagi untuk menamatkan pengajian. alhamdulillah..dalam diam tak diam, aku dah sampai ke penghujung pengajian dan usia ku sendiri.. tinggal lagi 2 semester untuk aku perjuangkan. cabaran yang jelas aku rasa adalah dalam waktu praktikum. cabaran praktikum kali nie plak adalah berpraktikum selama 2 bulan dalam keadaan kering kontang saku ( mengharap elaun dapat diuruskan dengan segera... sekarang aku hanya mampu buka 'loan' dengan akak aku... alhamdulillah.. itu hubungan keluarga penting.. )




Bagi sesi lawatan ke sekolah tersebut, kami sangat bertuah dan beruntung kerana menerima sambutan mesra dari pihak sekolah iaitu guru besar sekolah tersebut walaupun beliau dikhabarkan baru tiba dari menyelesaikan beberapa urusan sekolah. Kepimpinan dan kredibiliti yang dipamerkan menjelaskan bahawa kelayakan beliau sebagai pucuk pimpinan pentadbir amatlah tidak diragui lagi. Malahan, kami juga dibawa ke tempat yang selesa bagi menjayakan interaksi bersama antara guru cemerlang sekolah tersebut sementara pensyarah yang terlibat pula melakukan interaksi bersemuka bersama guru-guru sekolah di bilik komputer. Kami juga didalu-alukan dengan ucapan guru besar serta perkongsian beliau dalam pucuk pentadbirannya serta keberhasilan sekolah yang telah ditadbir. Malahan, beliau juga sempat menyertakan beberapa pesanan dan peringatan kepada kami agar menyiapkan diri dalam apa jua keadaan sebagai bakal pendidik generasi masa depan yang secara keseluruhannya berbeza. Beliau juga menekankan interaksi pergaulan komuniti penempatan bagi setiap lokasi yang ditempatkan agar hubungan yang baik dalam komuniti masyarakat tersebut akan memudahkan serta membina kekuatan ukhuwah dan mengelakkan sebarang kesulitan daripada berlaku.



Kemudiannya, sesi penerangan dan perkongsian antara guru cemerlang, Encik Nasharuddin kepada kami dimulakan. Dalam penyampaian beliau, beliau menjelaskan dan menerangkan situasi suasana pembelajaran yang sebenar di sekolah yang mana kadangkala ada murid yang nakal, pendiam, baik dan sebagainya. Kata beliau, guru seharusnya mempunyai fleksibiliti dalam diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan melibatkan layanan guru terhadap murid. Beliau juga turut menekankan kepentingan 4 langkah dalam penyelesaian masalah melibatkan Matematik menggunakan kaedah Polya iaitu memahami soalan, merancang penyelesaian, melakukan penyelesaian dan menyemak semula. Antara nasihat lain yang saya dan rakan-rakan terima adalah seperti berikut:

  • Guru tidak perlu terlalu menekankan kaedah yang statik dan rigid tetapi sebaliknya membenarkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah matematik mengikut cara mereka dan kefahaman mereka.
  • Guru perlu mengutamakan penjelasan dan pemantapan konsep matematik untuk membina penguasaan murid terhadap sesuatu topik matematik.
  • Penjanaan idea dan kreativiti murid-murid perlu digalakkan.
  • Aktiviti secara berkumpulan kebiasaannya berhasil bagi tahap I, manakala tahap II lebih berfokus dan menjurus kepada kesediaan dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah (UPSR).
  • Guru digalakkan untuk memperkenalkan kaedah yang mudah bagi murid untuk menyelesaikan masalah setelah pemahaman konsep berhasil.
  • Alat bantu mengajar perlu mengikut kesesuaian tahap murid itu sendiri.
  • Menjana minda murid-murid bahawa matematik adalah mudah dan tidak sukar kerana ia hanya bermain dengan nombor-nombor sahaja.
  • Guru pelatih baru yang berjaya diserap ke sekolah haruslah bersedia menggalas sebarang tugas dan tanggungjawab bagi memperoleh pengalaman yang bermanfaat.
  • Guru pelatih perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam kesediaan menerima lokasi penempatan.
 

Setelah selesai sesi tersebut, kami disajikan dengan jamuan ringan dari pihak sekolah. Kemudian, disusuli dengan penyerahan cenderahati dari pihak kampus kepada pihak sekolah dan guru cemerlang serta dari pihak sekolah kepada wakil pensyarah dan wakil guru pelatih. Rombongan kepulangan kami diiringi oleh guru besar. 





               ----------*********************************---------------

akhirnya selesai sudah BIG terakhir kelas kami... dan tak sah la kalau sudah sampai ke negeri yang baru bagi kami semua untuk tidak singgah meneroka dan sebagainya... kami menuju ke PADANG BESAR.. tapi, gambar tak dapat la nak snap sangat..sebab kamera tak ada.. nak tangkap dengan phone, image tak cantik.. so, biarkan je la.. selesai di padang besar... opppss...lpa lak!!! sebelum ke padang besar, kami menikmati juadah tengah hari di KEDAI TOK MEK.. katanya nie la famous.. masuk JALAN2 CARI MAKAN TV3... hahahaha...


**nie adalah posisi dalam kedai**

**nie plak motel yang bersebelahan kedai nie..** 
(kalau penat2 berjalan jauh boleh la 'book' motel sini.. ada surau jgak kalau nak solat pon.. )



suasana kat PADANG BESAR PERLIS seolah2 macam PASAR SITI KHADIJAH kat negeri aku.. so, bila aku round2 aku sendiri pown xtaw nak beli apa. tak memenuhi citarasa dan minat aku satu pon... cuma adalah aku teringin nak memiliki bantal KITTY but bler aku fikir balik dengan elaun yang sengkek dan aku tak ada duit nie, nak kena spend tuk PRAKTIKUM lagi, so..aku decide tak perlu beli apa2... jadi, aku emang pulang dengan tangan kosong je la.. yang penting KELANTAN ada citarasa aku... so, aku langsung x risau pe... :D

kalau diikutkan kami teringin gak nak menjenguk ISTANA KAYANG tapi, disebabkan hujan yang lebat dan masa pun dah singkat, so kami bergegas ke masjid untuk mendirikan solat jamak takhir... sementara, dalam perjalanan hujan2 tu, kami masih lagi order 'lok cing' yang terpaksa tempahan diambil selepas makan malam... alamaknya, emang tak termakan la 'lok cing' tu... huhu... sebab kekenyang sangat... 







selesai solat semua, so masanya untuk makan malam.. juadahnya:
  • nasi putih
  • tom yam ayam
  • kailan ikan masin
  • telur dadar
  • sotong celup tepung (famous yang kat PERLIS)
  • air sirap limau ( yang tak rasa limaunya... hahahaha...)


p/s: selesai pengembaraan kelas untuk semester kali ini.. :D