tertarik dengan post di fb oleh Hilal Asyraf:
Dalam bersahabat dengan sahabat kita,
tugas kita adalah memenuhi tanggungjawab kita kepadanya,
mengajaknya kepada kebaikan,
buat dia bahagia dengan jalan yang syara',
hulurkan tangan kala dia kesusahan,
dan sentiasa berusaha memberikan semangat serta dorongan.
Kerana kita kepada sahabat kita,
adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT.
Manakala apakah sahabat kita akan membalasnya atau tidak, itu adalah urusan dia.
Kerana dia kepada kita pula,
adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT.
Kita laksanakan tanggungjawab kita,
kerana akhirnya di dalam sebuah persahabatan,
yang kita cari adalah keredhaan Allah SWT,
bukan sahabat kita punya keredhaan.
Kemudian semua sahabat saya,
uhibbukumfillah.
sejenak membuatkan saya terfikir soal tanggungjawab. tidak mampu tergalas rasanya tanggungjawab pada diri, pada keluarga, pada kawan, pada masyarakat dan pada seluruh seisi alam. besarnya tanggungjawab khalifah ini.. T_T
meniti kehidupan dalam bersahabat, tipu rasanya jika hati ini tidak pernah terguris, tidak pernah berkelahi, tidak pernah ego, tidak pernah terasa hati, tidak pernah makan hati...dan macam2 rasa yang kadangkala kita mudah labelkan dengan rasa yang cukup perit dan negatif..
apabila dugaan perit itu datang, kita mudah melupakan manisnya dalam perhubungan dahulu. itu lumrah manusia dan saya akui, saya juga tidak terlepas daripada melakukannya. dalam keterbatasan hidup yang sementara, menyedarkan saya apa erti kenangan perit dan pahit untuk dikenang dan dibawa ke hadapan yang kita akan corakkan. mahukah kenangan pahit mencuit hingga merosakkan masa depan yang akan dilakarkan..?
sama sekali jawapannya "TIDAK"
untuk itu, apa yang perlu dilakukan hanyalah simpan perasaan kepada ALLAH. curahkan rasa perit dan pahit serta yakin ubat dan penawarnya ada pada DIA, pencipta kita. jadi, sekarang padamkan masa lalu, lihat masa depan.. :)
indahnya kesakitan sampai besar nikmatnya. jadi, buat apa kita merunggut dengan dugaan yang mendatang. hadapilah dengan kekuatan, sebab ALLAH TIDAK PERNAH MENGUJI SESUATU TANPA DASAR KEMAMPUAN KITA. :)
walau macam mana pun perhubungan yang telah berlaku dan terjadi, jangan pernah menyalahkan takdir kerana ia adalah kesan daripada diri kita sendiri. lalu, mengapa perlu menyesali takdir, seharusnya kita menyesali diri sendiri. muhasabah diri kita. mana yang kurang kita perbaiki. :)
saya yakin dan percaya, tidak semudah kata dan takkan mampu berlaku dengan sekelip mata TAPI mesti akan berlaku dengan seizinNYA. jadi, mengapa malu untuk sujud dan bermohon kepadaNYA agar semuanya dipermudahkan olehNYA.
jika dulu aku meratapi,
jika dulu aku menyesali,
mengapa ia terjadi,
mengapa ia berlaku pada diri,
mengapa harus begini,
lalu, akhirnya ku temui,
nilai sebenar erti hakiki,
dalam tarbiyah usrah dijejaki,
ku kenal punca terjadi,
lalu, mana mungkin ku mengulangi,
biar ia menjadi pedoaman abadi...
salam cinta ukhuwah terbina,
ukhuwahfillah sememangnya bermakna,
antara dua insan yang mengerti hikmahnya,
antara besar nikmat memiliknya,
berbunga mekar kuntuman cinta,
kerana ALLAH berhubungan sesama,
tanpa perlu ada kepentingan dunia,
terasa besar nikmat perhubungan sebegini rupa,
sehingga air mata menitis menghujani jua...
buat insan yang dicinta,
jangan dikejar cinta dunia,
kerana ia hanya sementara,
mampu menipu dan berdusta..
jika dikejar cinta abadi ALLAHURABI,
pasti cinta yang lain mendatangi,
yakin pada janji kekasih sejati,
kerna DIA yang setia di sisi,
walau sejauhmana ukhuwah terbina nanti,
ajal jua akan memisahkan pasti,
moga semuanya dalam kerahmatan ALLAHURABBI,
agar cinta ukhuwah kekal sampai mati,
mekar dalam doa umpama mentari,
ada diingati, pergi dirahmati...
KUNCI UKHUWAH...??
JAWAPANNYA....
p/s: yang membaca jangan terguris kata. ini peringatan buat saya. mana yang baik, ambil. mana yang buruk, tinggalkan di tanda 'x'... that's all.. salam ukhuwah fillah... :)
No comments:
Post a Comment