Friday, October 5, 2012

4/10/2012


ya ALLAH, terlalu lemah rasanya diri ini, seharian yang penuh dengan ujian pada awal tengah hari menunggu seruan azan.. saat hati diuji dengan layanan sekeliling, sememangnya membuatkan hati terkilan. 

buat sesiapa sahaja, andai jika bercakap, jangan pergi dan menjawab dengan nada yang buat orang terasa. sememangnya sakit dan rasa seolah tidak dihormati. berfikirlah sebelum berkata-kata [pesanan untuk diri]

malam teruji lagi dengan terbaca komen seseorang yang mencuit hati hingga membuatkan saya menitis air mata. ya ALLAH murahnya air mata ini ya ALLAH. saat teruji dengan jadual peperiksaan yang dipinda dan berbeza dengan IPG Terengganu sehingga menimbulkan kekeliruan, datang pula ujian lainnya... lalu, hanya ampunan terhadapMu kerana terlalu lemah rasanya hingga mengalir juraian kaca ya ALLAH...

sememangnya kita tidak pernah mampu memuaskan semua manusia.. lalu mencari redha ALLAH, walau bukan dalam redha manusia. namun, rungutan timbul dan hukuman diletakkan tanpa bertanya sepatah apa.. [manusia cepat menghukum.. ini juga peringatan buat diri.. T_T]

dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi penuh dengan penjagaan dan kasih sayang mama dan abah serta keluarga walau apa pun yang terjadi. dari kecil dibesarkan dalam keadaan sederhana kerana kemampuan yang berbeza. tidak mendapat didikan tadika atas sebab ketidakinginan untuk berada di sekolah dan akhirnya, mama korbankan masa untuk memberikan didikan dengan memberikan kerja rumah untuk diselesaikan dan akan diperiksa waktu rehat kerja.. seusia 5-6 tahun, didikan daripada mama sepenuhnya. terkenag kepenatan mama pulang waktu siang hanya semata-mata memastikan diri mendapat makanan dan menyiapkan kerja rumah yang diberi.. alhamdulillah..kini daku menghargai erti pengorbanan...

namun, memulakan peringkat pembelajaran pada usia 7 tahun, menjanjikan perpisahan. sekali lagi, daku tidak mahu ke sekolah... namun, mama memaksa demi kepentingan masa depanku.. lumrah kanak-kanak sekolah ingin dipenuhi keinginan, lalu rengekan tangisan untuk memperolehi beg sekolah roda dipenuhi..zaman kanak-kanak hanya menjanjikan impian dan keinginan.. terlalu banyak keinginan ku dipenuhi T_T

alhamdulillah kisah sekolah rendah berakhir dengan kejayaan 5A dengan izin ALLAH. lalu kegembiraan terserlah, walau kepenatan itu terasa. akhirnya melanjutkan pelajaran ke SMKA NAIM LILBANAT, namun bertahan sebulan kerana homesick. walau duit telah dibelanjakan, namun, mama dan abah benarkan pulang dan bersekolah di sekolah berdekatan rumah iaitu SKM PENGKALAN CHEPA 1. alhamdulillah, ALLAH permudahkan jalan menimba ilmu walau saat diri tidak mengerti apa-apa... ALLAH datangkan rezeki biasiswa dan akhirnya bebanan abah dan mama dapatlah dikurangkan. 

alhamdulillah, pengajian tamat dengan 8A PMR dan melanjutkan pelajaran terus ke MRSM KUALA TERENGGANU. lalu, dikejauhan mengajar erti homesick. namun, mama kali ini tidak membenarkan diri pulang dan menuntut daku menuntut ilmu dan berusaha. kata mama "SAMPAI BILA NOR NAK MACAM NIE..INGAT BELAJAR JE.. NANTI DAPAT TOLONG MAMA DAN ABAH..." banyak kata-kata mama ku telan. hinggakan mama dan abah sanggup menghadiahkan daku telefon bimbit untuk memudahkan perhubungan bagi mengurangkan homesick.. [walau tidak dibenarkan bawa phne]

alhamdulillah, akhirnya mendapat keputusan 5A1 4A2 dan mendapat tawaran sebelum keluar keputusan SPM di UTM, SKUDAI, JOHOR.. namun, abah tidak mengizinkan..lalu, disambung pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI PERAK. alhamdulillah mendapat biasiswa JPA sepenuhnya.. setelah tamat pengajian di sana, terus mendapat tawaran UKM dan IPG KSAH. kedua-duanya menawarkan tanggungan dalam perbelanjaan.. lalu ku pilih IPG KSAH dan inilah tempat keberadaan ku.. dan seribu satu ujian datang dan juraian air mata hanya diluahkan sendirian... kerana kerisauan mama dan abah yang tidak sihat dan lemah menghidap penyakit jantung. abah bertahan menunggu setiap anaknya menghabiskan pengajian.. 

pengorbanan mereka hanya ALLAH YANG MENGETAHUI...tidak terbalas rasanya... T_T

sebab itu tindakan saya melibatkan wang, terlalu sulit rasanya jika dirasakan membazir dan tidak berkemampuan...namun, siapa yang tahu..?? semua kisah hidup kita berbeza... cuma, saya mengharapkan jangan cepat menghukum mencari adilnya sesama kita..kerana, ALLAH melebihkan makhlukNYA dalam sesuatu perkara dan mengurangkan sesuatu kepada makhlukNYA dalam sesuatu perkara... namun, siapa sangka... hukuman mudah diberikan.. lalu, saya cuma mengambil tindakan ikhlas dan mencari kekuatan ALLAH dalam memelihara ukhuwah dan timbulnya ketidakpuasan individu.. insyaALLAH, rezeki ALLAH meluas dan moga ALLAH redha dan rahmati saya.. T_T



No comments:

Post a Comment