hari nie once saya sembang2 dgn kawan2 sebab kelas math calculus cancel, ttbe je kuar topik LANDAK.. hu3.. sape tak kenal lagi landak cam ne, tgk le lam gambar nie... nie gambar baby landak... :)
sembang nye sembang, landak nie emang boleh makan.. :)
tapi ada je binatang yang tak boleh dimakan dalam islam..
** nie gambar cam ne la kot depa sembelih dan cuci, bersihkan landak tuk makan... [tak pernah makan.. hu4..takowt lak..]
------PENCERAHAN------
jadi, saya p0wn teringin la juga nak perkemaskan balik soal pengetahuan saya.. so, saya explore nya explore lam internet, i found smthing yang saya nak share dgn semua [sorry kalau rasa tak selesa dgn bahasa rojak ye..]
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari rezeki yangKami berikan kepada kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah kalau kamu benarbenar berbakti kepadaNya. Hanyasanya yang diharamkan Allah ke atas kamu, iaitumemakan bangkai, darah dan daging babi, dan binatang yang disembelih bukankerana Allah, dan barangsiapa yang berada dalam keadaan terpaksa, tidak dengansengaja, dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Allah maha pengampunMaha Pengasih-sayang.”(Al-Baqarah : 172-173)
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan. Sumber makanan daripada haiwan ini pula boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu haiwan darat dan haiwan air. Bagi kategori haiwan darat, semua haiwan di darat halal dimakan kecuali (Portal Halal JAKIM, 2004) :
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah,
badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan
menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu
dan seumpamanya.
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti
tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah,
burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat
dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya,
penyu, anjing laut dan seumpamanya.
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh
bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang
lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
Haiwan air pula ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia (Portal Halal JAKIM, 2004).
Seterusnya bagi kategori tumbuh-tumbuhan, semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan,
membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA
yang bersumberkan dari bahan yang haram (Portal Halal JAKIM, 2004)
Infohalal.net, 2001).
Air merupakan sumber utama kehidupan di muka bumi. Air digunakan sebagai minuman, dan kadangkala menjadi sebahagian daripada bahan di dalam makanan. Makanan itu sendiri secara semulajadinya mengandungi air. Islam menggariskan bahawa semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda benda najis (Portal Halal JAKIM,2004).
Bagi kategori makanan berasaskan bahan kimia, semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan
membahayakan kesihatan. Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak (Portal Halal JAKIM, 2004).
namun,
Berdasarkan perkara yang dinyatakan di atas, para ulama menyatakan bahawa
seorang muslim tidak dibenarkan atau dilarang melanggar hukum-hukum di atas kecuali dalam keadaan yang terdesak dan dalam perkara yang akan menentukan hidup dan matinya serta bagi menyelamatkan nyawanya.
“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang diwahyukan padaku dari soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir (dari binatang yang disembelih) atau daging babi kerana sesungguhnya dia itu kotor, ataupun binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa yang berada dalam keadaan teerpaksa, tidak disengajakan, dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Maha Pengampun, Maha Pengasih-sayang.”
(Al-An’am : 145)
sumber sepenuhnya dari http://eprints.utm.my/2840/1/75170.pdf . moga bermanfaat untuk kita semua..
**** makan leklok.. :) pesanan bersama...
No comments:
Post a Comment