Thursday, October 4, 2012

EXAM IS COMING SOON



 saya dah sebijik dah macam baby face kat atas nie... mentelaah buku la konon.. TAPI tak ada le sekhusyuk itu.. ada la jgak main2..kalau tak, takkan la saya sempat nak mencoret di blog 'diari maya' nie..

exam emang dh nk dekat dah... 31/10 insyaALLAH akan bermula perjuangan dalam ujian dunia nie.. tapi apa2 p0wn, kena banyakkan berdoa la.. USAHA emang perlu, cuma jangan lupakan DIA, sebab DIA yang bagi kita berjaya..

alhamdulillah sangat2...sebab sampai sekarang walau jahat, nakal, degil, leka, dan sepupu sepapat dengannya...tapi ALLAH swt tetap juga bagi nikmat kejayaan tu pada saya.. rakan2 saya p0wn sama.. :)

orang selalu kata "awak bijak, selalu dapat score" TAPI saya juga manusia biasa, otak p0wn biasa2 je.. cuma ALLAH ada untuk beri nikmat kejayaan pada saya. dan saya yakin, semua ada peluang. cuma satu je, cuba-cubalah bermanja-manja dengan DIA... sebab apabila kita dekat, insyaALLAH jalan kita dipermudahkan... saya dah makin yakin.. moga hati saya tetap teguh sampai akhirnya walau sebanyak manapun ujian datang ^ __ ~



the KILLER SUBJECT - CALCULUS

~ nie la situasi saya ~









***pe2 p0wn, insyaALLAH usaha tangga jaya + DOA = ALLAH YANG MAHA KUASA :)
semoga semua berjaya..


Tuesday, October 2, 2012

HARI KOKURIKULUM IPG KSAH


hari nie alhamdulillah, saya diberi keizinan dan kemampuan tuk upload my blog. walhal, xdak siapa p0wn tgk dan baca, TAPI, saya suka tgk2 perjalanan kisah saya.. my blog will be my diary :)

hari nie kampus saya mengadakan HARI KOKURIKULUM pada 2/10 dan 3/10. yang paling smart skang nie, kami diberikan kertas kehadiran ke tapak pameran. kami kena dapatkan cop pada setiap tapak pameran. ini adalah usaha HEP dalam menangani kedatangan pelajar dalam aktiviti kampus.
TAHNIAH!!!


ALHAMDULILLAH
akhirnya kad kehadiran ke pameran tu berjaya juga saya dan NYDP kampus selesaikan.. saya p ronda2 dgn NYDP hari nie.. nak kenal siapa dia..? >.<



**terima kasih kepada akak sem 6 pengajian bahasa melayu yang sudi tangkapkan gambar kami.. hi3.. sekali bg pinjam backdrop lak ^_^



kalau ronda2 tu tak sah le kalau tak amik peluang bergambar kan... so, saya sempat la snap beberapa foto yang amat2 membanggakan.. saya nak amik semua sebenarnya..TAPI kamera phne saya yang tak berapa canggih nie tak cukup pencahayaan kat certain2 tempat.. hi3..




*** y nie puzzle bersama dgn adik junior yg saya siapkan.. saya main benda nie.. wkey2.. emang mencabar.. dan tahniah la sebab senior2 nie, pandai la potong puzzle y susah nie.. fuh3.. mencabar towl mainnya...


PAMERAN SENIOR SAINS SEM 6



PAMERAN PENDIDIKAN JASMANI



** alhamdulillah, semua dah p0wn selesai.. saya menunggu hari esok tuk kehadiran majlis penutup di pengakhiran nya.. :)

tahniah kepada semua senior sem 6.. bagus usaha anda... saya tak sempat nak amik semua gambar, sebab ramai sangat orang, sampai terlindung ABM.. insyaALLAH, 6t ada rzki jmpa gambar, akan saya hargai di diari maya saya nie..

TAHNIAH :)

BROADBAND SKMM


alhamdulillah... minggu nie my bb ttbe je jd laju lak... tgk vdeo best gak.. my bb lu slow sgt2..may b ada y x elok y saya dah buat..
minggu nie je my bb asal malam je laju.
jadi best la duk layan vdeo ustz azhar + ustz don.
suka lak... :)

s0, emang niat la kot.. niat elok n nak wat elok, insyaALLAH, ALLAH bagi jalan.. :)

Monday, October 1, 2012

LANDAK :)

hari nie once saya sembang2 dgn kawan2 sebab kelas math calculus cancel, ttbe je kuar topik LANDAK.. hu3.. sape tak kenal lagi landak cam ne, tgk le lam gambar nie... nie gambar baby landak... :)


sembang nye sembang, landak nie emang boleh makan.. :)
tapi ada je binatang yang tak boleh dimakan dalam islam..



** nie gambar cam ne la kot depa sembelih dan cuci, bersihkan landak tuk makan... [tak pernah makan.. hu4..takowt lak..]

------PENCERAHAN------

jadi, saya p0wn teringin la juga nak perkemaskan balik soal pengetahuan saya.. so, saya explore nya explore lam internet, i found smthing yang saya nak share dgn semua [sorry kalau rasa tak selesa dgn bahasa rojak ye..]

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang 
Kami berikan kepada kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah kalau kamu benarbenar berbakti kepadaNya. Hanyasanya yang diharamkan Allah ke atas kamu, iaitu 
memakan bangkai, darah dan daging babi, dan binatang yang disembelih bukan 
kerana Allah, dan barangsiapa yang berada dalam keadaan terpaksa, tidak dengan 
sengaja, dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Allah maha pengampun 
Maha Pengasih-sayang.” 
(Al-Baqarah : 172-173) 

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan. Sumber makanan daripada haiwan ini pula boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu haiwan darat dan haiwan air. Bagi kategori haiwan darat, semua haiwan di darat halal dimakan kecuali (Portal Halal JAKIM, 2004) :  

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. Babi. 

iii. Anjing. 

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk 
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, 
badak sumbu, kucing dan seumpamanya. 

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan 
menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu 
dan seumpamanya. 

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti 
tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, 
burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah. 

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat 
dan seumpamanya. 

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, 
penyu, anjing laut dan seumpamanya. 

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh 
bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang 
lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing. 

Haiwan air pula ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia (Portal Halal JAKIM, 2004).





Seterusnya bagi kategori tumbuh-tumbuhan, semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, 
membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA 
yang bersumberkan dari bahan yang haram (Portal Halal JAKIM, 2004)
Infohalal.net, 2001). 
   
Air merupakan sumber utama kehidupan di muka bumi. Air digunakan sebagai minuman, dan kadangkala menjadi sebahagian daripada bahan di dalam makanan. Makanan itu sendiri secara semulajadinya mengandungi air. Islam menggariskan bahawa semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda benda najis (Portal Halal JAKIM,2004). 

Bagi kategori makanan berasaskan bahan kimia, semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan 
membahayakan kesihatan. Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak (Portal Halal JAKIM, 2004). 

namun, 
Berdasarkan perkara yang dinyatakan di atas, para ulama menyatakan bahawa 
seorang muslim tidak dibenarkan atau dilarang melanggar hukum-hukum di atas kecuali dalam keadaan yang terdesak dan dalam perkara yang akan menentukan hidup dan matinya serta bagi menyelamatkan nyawanya.


“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang diwahyukan padaku dari soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir (dari binatang yang disembelih) atau daging babi kerana sesungguhnya dia itu kotor, ataupun binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa yang berada dalam keadaan teerpaksa, tidak disengajakan, dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Maha Pengampun, Maha Pengasih-sayang.” 
(Al-An’am : 145) 

sumber sepenuhnya dari http://eprints.utm.my/2840/1/75170.pdf . moga bermanfaat untuk kita semua..

**** makan leklok.. :) pesanan bersama...

TANAM CINTA

gambar nie kat bawah adalah sebahagian dari kawasan kampus.. terpampang nama kampus IPSAH... tapi skang dah tkar IPG KSAH... sg petani kedah... :)


banyak benda yg saya jmpa di kampus, dari awal saya masuk sampai skang. saya nie kalau tak kena hentuk dan ketuk, mula lah lpa dgn dunia nie.. satu masa, ALLAH uji kekuatan saya yg akhirnya bawa saya ke jalan sy kena ingat sape saya... ya... kekasih ALLAH itu RASULULLAH SAW... 

bila sy ingtkan, byk bnda y perfect kat RASULULLAH SAW.. jadi, saya kena kuat dan kuat walaupun saya bukanlah sekuat mana...
walau ujian itu diuji dan diuji, masa tu la kter akan lagi ingat..lagi ingat kat ALLAH SWT... 

ooooo...lepas tu, baru saya sedar... emang best la ujian nie... sebab setiap kali ujian je, asyik akan bawa kita tuk ingat DIA.. >_<
jadi, saya kena la enjoy dengan ujian DIA... jgn terbeban dan dibeban...
macam exam kat dunia nie, once nak exam je.. bru sy rasa nak stdy..bru masuk dan lekat... [tapi, jgn la sekali sekala ingat ALLAH hanya masa ujian, cuma ia jd penambah ingatan kita je taw...]

saya tak mampu jadi peribadi macam RASULULLAH saw.. tapi, satu benda yg saya kena latih skang adalah biar apa pun rasa sakit, jgn balas dgn sakit.. sebab RASULULLAH saw..sejauh mana umat  baginda ingkar, baginda still senyum :) dan doakan y terbaik tuk umat baginda.. yang saya paling terharu...!!!!!

BAGINDA TAK LUPA SAMPAI BAGINDA WAFAT...

saya fikir2 balik, saya nie sapa, sampai RASULULLAH saw ingat saya walau x pernah jmpa saya.. RASULULLAH saw ingat kita semua... TAPI, kita macam mana..?? 

once dengar tazkirah USTAZ DON kan buat saya pk byk benda..
kesabaran, senyuman, usaha, tawakal, doa, syukur, ingat RASULULLAH saw + ALLAH swt.. smua cam jadikan saya kuat...walaupun saya adalah selemah2nya..

hati saya lembut sangat ke tak taw la.. berapa kali ulang vdeo RASULULLAH saw..tiap kali tu la saya duk menangis.. [tapi senyap2 le.. 6t nampak kat room8.. :) ] saya tak adalah baik, tapi nice word daripada ustaz don...
"sesiapa berhak cinta RASULULLAH saw, hatta dia baru nak tutup aurat/ baru nak berubah and so once la..."

jadi, daripada saya buat entah apa2 dulu tu, saya tanam matlamat baru...
matlamat asal saya, stdy + usaha + kerja + mekah [family] = bahagia
suka nya.. saya tggu masa..kalau ada umur panjang dan rezeki.. :)
moga ALLAH swt ikat hati saya dgn kuat dan tak lepaskan saya lagi untuk leka dan lalai... :(