Wednesday, March 6, 2013

BaHaYa kUasA seBaraN

coretan kali ini emang berkait dengan laman sosial iaitu 'FACEBOOK'. saya tahu emang niat kita selalu je ingin sebarkan perkara baik untuk dikongsi bersama. cuma, kadnagkala kita terlepas pandang sesuatu perkara, samada benda/ perkara yang disebarkan sahih atau tidak. ini berlaku pada saya sendiri. capaian maklumat menerusi internet seumpama semua benda yang dihujung jari semuanya benar tanpa kajian yang jelas dan pertanyaan kepada yang uruf.

namun, persoalan dalam majalah al-USTAZ isu 11 sememangnya akan menarik minat pencinta haiwan (saya tak le.. takut). even dalam takut2 saya pun, saya beli juga buku nie, baca untuk ambil ilmu.

benarkah Nabi memelihara kucing yang diberi nama Mueeza? kononnya Nabi sangat menyayangi haiwan ini sehingga Baginda pernah memotong lengan jubah Baginda kerana tidak ingin mengganggu Mueeza tidur di atasnya.

 jika dibaca tanpa ilmu, sudah pasti kita percaya kerana segala yang tergambar baik adalah sifat Nabi. namun, ianya berbeza, kerana perkara ini tidak benar. tidak ada riwayat sahih yang menunjukkan perkara tersebut. ini adalah riwayat palsu. 

**pesanan: haram menyebarluaskan kisah tanpa penjelasan status kepalsuannya. jadi lebih baik berkongsi perkara yang diyakini. (makna ayat al-Quran mungkin.. :) )



HUKUM PELIHARA HAIWAN

sabda Baginda : sesungguhnya ia bukan najis. ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu". (riwayat Abu Dawud)

1. haiwan suci
2. mesti bermanfaat
3. tidak boleh bela - haiwan najis dan berbahaya (babi, anjing dan haiwan lahir dari keduanya) , haiwan yang diperintahkan bunuh (cth: ular, gagak, tikus, anjing gila, burung gering dan cicak)
 4. pelihara burung - Imam al-Qaffal (boleh - pemilik jaga keperluan sepertimana haiwan yang diikat/dipelihara
al- Syarbini dalam Muhni al-Muhtaj:
"harus memiliki harimah sepertimana kera, gajah dan seumpamanya"

- hukum air liur kucing : bukan najis

TANGGUNGJAWAB PEMILIK/ PEMELIHARA

1. kalau haiwan makan sesuatu, tak boleh berebut kecuali adalah milik orang.
2. wajib bagi makanan - perbelanjaan dalam had



P?S; sibuk buat asgnment, masih sempat berBLOG. :)

No comments:

Post a Comment