Thursday, July 11, 2013

3/7/2013 - B.I.G FASA 6 - SK KAYANG


dari dulu lagi bermula semester 1 dalam ijazah perguruan, fasa BIG (bina insan guru) tak pernah berakhir..dan penutup BIG hanyalah pada fasa 6 bersamaan semester 6 sebelum 2 semester lagi untuk menamatkan pengajian. alhamdulillah..dalam diam tak diam, aku dah sampai ke penghujung pengajian dan usia ku sendiri.. tinggal lagi 2 semester untuk aku perjuangkan. cabaran yang jelas aku rasa adalah dalam waktu praktikum. cabaran praktikum kali nie plak adalah berpraktikum selama 2 bulan dalam keadaan kering kontang saku ( mengharap elaun dapat diuruskan dengan segera... sekarang aku hanya mampu buka 'loan' dengan akak aku... alhamdulillah.. itu hubungan keluarga penting.. )




Bagi sesi lawatan ke sekolah tersebut, kami sangat bertuah dan beruntung kerana menerima sambutan mesra dari pihak sekolah iaitu guru besar sekolah tersebut walaupun beliau dikhabarkan baru tiba dari menyelesaikan beberapa urusan sekolah. Kepimpinan dan kredibiliti yang dipamerkan menjelaskan bahawa kelayakan beliau sebagai pucuk pimpinan pentadbir amatlah tidak diragui lagi. Malahan, kami juga dibawa ke tempat yang selesa bagi menjayakan interaksi bersama antara guru cemerlang sekolah tersebut sementara pensyarah yang terlibat pula melakukan interaksi bersemuka bersama guru-guru sekolah di bilik komputer. Kami juga didalu-alukan dengan ucapan guru besar serta perkongsian beliau dalam pucuk pentadbirannya serta keberhasilan sekolah yang telah ditadbir. Malahan, beliau juga sempat menyertakan beberapa pesanan dan peringatan kepada kami agar menyiapkan diri dalam apa jua keadaan sebagai bakal pendidik generasi masa depan yang secara keseluruhannya berbeza. Beliau juga menekankan interaksi pergaulan komuniti penempatan bagi setiap lokasi yang ditempatkan agar hubungan yang baik dalam komuniti masyarakat tersebut akan memudahkan serta membina kekuatan ukhuwah dan mengelakkan sebarang kesulitan daripada berlaku.



Kemudiannya, sesi penerangan dan perkongsian antara guru cemerlang, Encik Nasharuddin kepada kami dimulakan. Dalam penyampaian beliau, beliau menjelaskan dan menerangkan situasi suasana pembelajaran yang sebenar di sekolah yang mana kadangkala ada murid yang nakal, pendiam, baik dan sebagainya. Kata beliau, guru seharusnya mempunyai fleksibiliti dalam diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan melibatkan layanan guru terhadap murid. Beliau juga turut menekankan kepentingan 4 langkah dalam penyelesaian masalah melibatkan Matematik menggunakan kaedah Polya iaitu memahami soalan, merancang penyelesaian, melakukan penyelesaian dan menyemak semula. Antara nasihat lain yang saya dan rakan-rakan terima adalah seperti berikut:

  • Guru tidak perlu terlalu menekankan kaedah yang statik dan rigid tetapi sebaliknya membenarkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah matematik mengikut cara mereka dan kefahaman mereka.
  • Guru perlu mengutamakan penjelasan dan pemantapan konsep matematik untuk membina penguasaan murid terhadap sesuatu topik matematik.
  • Penjanaan idea dan kreativiti murid-murid perlu digalakkan.
  • Aktiviti secara berkumpulan kebiasaannya berhasil bagi tahap I, manakala tahap II lebih berfokus dan menjurus kepada kesediaan dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah (UPSR).
  • Guru digalakkan untuk memperkenalkan kaedah yang mudah bagi murid untuk menyelesaikan masalah setelah pemahaman konsep berhasil.
  • Alat bantu mengajar perlu mengikut kesesuaian tahap murid itu sendiri.
  • Menjana minda murid-murid bahawa matematik adalah mudah dan tidak sukar kerana ia hanya bermain dengan nombor-nombor sahaja.
  • Guru pelatih baru yang berjaya diserap ke sekolah haruslah bersedia menggalas sebarang tugas dan tanggungjawab bagi memperoleh pengalaman yang bermanfaat.
  • Guru pelatih perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam kesediaan menerima lokasi penempatan.
 

Setelah selesai sesi tersebut, kami disajikan dengan jamuan ringan dari pihak sekolah. Kemudian, disusuli dengan penyerahan cenderahati dari pihak kampus kepada pihak sekolah dan guru cemerlang serta dari pihak sekolah kepada wakil pensyarah dan wakil guru pelatih. Rombongan kepulangan kami diiringi oleh guru besar. 





               ----------*********************************---------------

akhirnya selesai sudah BIG terakhir kelas kami... dan tak sah la kalau sudah sampai ke negeri yang baru bagi kami semua untuk tidak singgah meneroka dan sebagainya... kami menuju ke PADANG BESAR.. tapi, gambar tak dapat la nak snap sangat..sebab kamera tak ada.. nak tangkap dengan phone, image tak cantik.. so, biarkan je la.. selesai di padang besar... opppss...lpa lak!!! sebelum ke padang besar, kami menikmati juadah tengah hari di KEDAI TOK MEK.. katanya nie la famous.. masuk JALAN2 CARI MAKAN TV3... hahahaha...


**nie adalah posisi dalam kedai**

**nie plak motel yang bersebelahan kedai nie..** 
(kalau penat2 berjalan jauh boleh la 'book' motel sini.. ada surau jgak kalau nak solat pon.. )



suasana kat PADANG BESAR PERLIS seolah2 macam PASAR SITI KHADIJAH kat negeri aku.. so, bila aku round2 aku sendiri pown xtaw nak beli apa. tak memenuhi citarasa dan minat aku satu pon... cuma adalah aku teringin nak memiliki bantal KITTY but bler aku fikir balik dengan elaun yang sengkek dan aku tak ada duit nie, nak kena spend tuk PRAKTIKUM lagi, so..aku decide tak perlu beli apa2... jadi, aku emang pulang dengan tangan kosong je la.. yang penting KELANTAN ada citarasa aku... so, aku langsung x risau pe... :D

kalau diikutkan kami teringin gak nak menjenguk ISTANA KAYANG tapi, disebabkan hujan yang lebat dan masa pun dah singkat, so kami bergegas ke masjid untuk mendirikan solat jamak takhir... sementara, dalam perjalanan hujan2 tu, kami masih lagi order 'lok cing' yang terpaksa tempahan diambil selepas makan malam... alamaknya, emang tak termakan la 'lok cing' tu... huhu... sebab kekenyang sangat... 







selesai solat semua, so masanya untuk makan malam.. juadahnya:
  • nasi putih
  • tom yam ayam
  • kailan ikan masin
  • telur dadar
  • sotong celup tepung (famous yang kat PERLIS)
  • air sirap limau ( yang tak rasa limaunya... hahahaha...)


p/s: selesai pengembaraan kelas untuk semester kali ini.. :D

Saturday, July 6, 2013

USRAH ke-2: 2/7/2013 DEWAN MAKAN KAMPUS


usrah kali ke-2 untuk semester kali ini, berlangsung dengan jayanya di dewan makan kampus. akak usrah aku siap bawa bebola ikan ke ayam, aku pun tak pasti. tiap kali usrah, tiap kali tu la makan-makan. santai2 je gayanya. x terlalu tertumpu dan berfokus kepada sesuatu semata-mata. so, yang nie aku suka la.. sebab aku bukan STYLE fokus ok... hahaha... (tapi masa mengajar kena la fokus.. murid2 semua kena bagi tumpuan yer.. hihihi)

akak usrah kali nie, minta kami nyatakan apa yang kami nak usrah nie. macam mana usrah tu nak dijalankan. kiranya cam mana perjalanan usrah tu.. so, kami keluarkan la senarai keinginan usrah tu. taraaaa------>
  1. rileks...santai...
  2. bawa al-quran, buku, pakaian kemas (segak2 la sikit... hu3..x kira tempat mana usrah tu dijalankan...)
  3. bawa juadah makanan
  4. menepati waktu

 3 perkara utama dalam usrah plak adalah:
  1. ukhuwah
  2. iman
  3. material

untuk kesekian kalinya, aku diperkenalkan dengan mutabah amal (pengawasan amal). ia adalah satu bentuk amalan yang kita akan lakukan dalam tempoh sebagai satu latihan pemeringkatan amal. akhirnya inilah senarai yang diberikan dan disarankan untuk dilakukan setiap minggu. amalan minimum yang ingin dicapai...
  1. solat jemaah (1x sehari)
  2. solat sunat rawatib (2x sehari)
  3. tilawah + terjemahan (2 muka surat)
  4. solat sunat dhuha (2x seminggu)
  5. riadah (30 minit seminggu)


    seterusnya usrah bermula dengan menghayati surah al-Qadr..

hasil dari pembacaan majalah SOLUSI 23 ada banyak lagi informasi yang diperloleh daripada penulisan ustaz hj. zahazan mohamed...

latar belakang surah
  •  ada berpendapat surah makkiyyah (surah ke-24/ ke 25 selepas surah Abasa dan sebelum surah al-Syams) dan ada juga berpendapat surah madaniyaah (sebelum surah al-Baqarah dan selepas surah al-Mutaffifin.
  • TEMA : kehebatan al-Quran dan kemuliaan malam yang disebut lailatul qadar yang merupakan waktu diturunkan al-Quran. waktu yang sangat mulia dan penuh keberkatan.
ayat pertama: turun al-Quran
  • malam yang dimaksudkan adalah satu malam yang berada dalam bulan Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam ayat 185 surah al-Baqarah

    " bulan Ramadan yang padanya diturnkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
  • menurut al-Baghawi dalam tafsirnya, ganti nama dalam kata kerja "seungguhnya kami telah turunkannya" adalah untuk menunjukkan kehebatan al-Quran yang diturnkan sekaligus pada malam al-Qadr dar Luh Mahfuz ke langit dunia (al-Sama' al-Dunya), kemudian diletakkan di Bait al-Izzah untuk disampaikan oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. secara beransur-ansur sesuai dengan perkembangan masa dan cara berfikir masyarakat pada waktu itu. ayat tersebut diturnkan dalam tempoh melebihi 20 tahun.
 ayat kedua dan ketiga: apakah al-Qadr?
  •  menurut al-Asfahani dalam al-Mufradat: ketetapan segala perkara merujuk kepada perincian yang Allah tetapkan berkaitan dengan urusan para hamba-Nya dengan sifat kesempurnaan.
  • Abu Bakar al-Warraq seperti dinukilkan oleh Ibn al-Jawzi: ganjaran bagi sesiapa yang mampu menghidupkan malam tersebut dengan ibadah, maka layaklah baginya dianugerahkan sebagai yang memiliki kemampuan atau kelayakan yang tinggi kerana al-qadr merujuk kepada kudrat.
  • apabila Ramadan tiba, Raslullah saw berpesan:

    "telah tiba kepada kalian bulan Ramadan, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang diwajibkan kalian berpuasa padanya. bulan yang mana segala pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka akan ditutup sementara semua syaitan dibelenggu. dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sesiapa yang gagal memperoleh kebaikan pada malam itu, maka sungguh dia tidak akan mendapatkannya."
     
    (riwyat Ahmad dan al-Nasa'i)
     
  • hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
    "sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu."
  • menurut pengarang tafsir Zad al-Masir, Sufyan al-Thawri berkata:

    "telah disampaikan kepadaku daripada Mujahid bahawa malam al-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan. kelebihan ini melibatkan amalan, puasa dan mendirikan malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. ini juga merupakan pandangan Qatadah, al-Farra' dan al-Zajjaj."
 ayat keempat: Malaikat turun
  •  malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu kepada orang yang sedang membaca al-Quran/ orang yang duduk dalam majlis ilmu, orang yang melingkungi orang yang berzikir, serta orang yang menuntut ilmu.
  • dalam tafsir al-Dur al-Manthur: para malaikat yang turun berbondong-bondong akan mengucap salam kepada setiap Mukmin yang sedang solat, berzikir dan yang melakukan ketaatan-ketaatan yang lain.
  • al-Ruh merujuk kepada:
    1. pandangan paling mahsyur - hadis dari Anas bahawa Nabi menyifatkan para malaikat datang beramai-ramai dengan diketuai oleh Jibril.
    2. pandangan oleh al-Qurtubi: sejenis malaikat yang ditugaskan khas sepanjang malam al-Qadr itu. pandangan ini diambil daripada Ka'ab dan Muqatil bin Hayyan.
    3. pandangan al-Waqidiy: sejenis malaikat yang cukup agung menyamai bilangan ramainya malaikat yang datang pada malam tersebut.
  • "membawa segala urusan" : segala takdir berkaitan ajal, rezeki dan ketentuan segala perkara sebagaimana yang disebut oleh Qatadah.
 ayat kelima: Sejahtera
  • Sa'id bin mansur berkata Husyaim menyampaikan kepada kami daripada Abu Ishaq daripada al-Sya'bi:

    "doa keselamatan yang dipanjatkan oleh para malaikat kepada Allah swt buat sesiapa yang bangun bertahajud, qiamullail dan sebagainya di masjid hingga terbit fajar"
  •  sejahtera - syaitan tidak berupaya melakukan perkara jahat pada malam itu. Qatadah dan Ibn Zaid, Rasulullah saw bersabda:

    " salamun hiya" - kebaikan yang menyeluruh berserta keberkatan, serta ketiadaan kejahatan hinggalah terbitnya fajar (subuh).

****PETANDA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR****

  •  'ubay r.a., ia berkata: "Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "pagi hari malam lailatul qadr, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (riwayat muslim no. 762)
  • Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Malam lailatul qadr ialah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan." (al-Tayalisi, hlm.349, Ibn Khuzaimah, jil.3, hlm. 231, al-Bazzar jil. 1, hlm. 486. sanadnya hasan)


 



Tuesday, July 2, 2013

1/7/2013 - APA PERASAAN?

cukuplah sekadar aku sudah memetik ayat ini, yer...jelaslah sekarang bahawa aku berbelah bahagi perasaan. kadangkala aku ingin memilih untuk bahagia, TAPI kadangkala ujian tu datang dekat telinga dan masuk dalam minda terus ke hati. yer...aku akui aku sememangnya lemah dan selalu terlalu berfikir ke dalam. kalau ada korang silap cakap dengan niat nak bergurau atau sebaliknya, kadangkala aku OK tapi kadangkala aku KO. no wonders la aku pown xtahu diri aku sendiri... (so, aku tak salahkan orang la, kalau korang nak 'alienated' kan aku sekali pun... nie la aku.. aku tak nak paksa orang terima aku.. kalau korang nak buang p0wn xpe... aku cari life aku sndri..)

tarikh nie aku emang rasa nak menangis dan terkilan..semua bercampur baur. perkara yang aku tak suka adalah pergi aktiviti apa2 pun dengan kenderaan selain kenderaan maktab. entah la. aku tak tahu nak kata apa. sebab rasional aktiviti maktab dan pergi dengan kenderaan maktab, insyaAllah la dapat jaminan insurans kalau jadi apa2 ke. yer, kita tak pernah nak minta benda tu berlaku, tapi kalau berlaku macam mana? kan tak pasai nasi dah jadi bubur. 

**best la plak dah**
tapi tak tahu la plak, kalau emang kter akan dilindungi insurans macam mana sekalipun kalau kuar beraktiviti atau apa2 je la... yang terbaik tu aku kena naik kereta dengan budak laki kelas.. dua lelaki dua perempuan dalam satu kereta. aku rasa x best. aku tak kisah, kalau bilangan perempuan lagi ramai dari laki2. sebab tak obvious la nampak macam pelikz.. kalau 3 pompuan, 1 lelaki. aku emang xdak la baik sangat, cuma x selesa.. nie pown aku tak call gtaw abah.. huhuhu.. pagi nanti baru nak call gtaw.. (aku cuma harap, kalau perjalanan nie baik untuk aku, izinkan..kalau tak, halanglah ya Allah...)



yer..sem nie aku pilih kelab reakreasi..aku pilih sebab dah macam xdak idea dah nak pilih kelab apa. yerz...aktiviti semua benda2 yang aku kurang minat. sebab aku dah biasa, lahir2 dah tinggal kuarters. duduk kuarters plak jiran just 2 keluarga je.. sebab rumah teres 3 buah. lepas tu, jiran aku lak lelaki..kecik2 dulu aku main la.. bila dah besar, tak la.. sebab ada benda berlaku. aku tak faham kenapa dia boleh hina abah dengan mama aku. aiseh la.. panas la hati aku macam air mendidih.. kan tak pasai aku kata, "jangan sebab mulut, badan binasa..." [aku nie nampak je cam baik, TAPI emang kalau bengang habes laa...] maybe sebab tu jgak aku tak suka budak laki. lagipun, aku mana pernah kawan nga budak laki. masuk ipg tu p0wn aku kawan sebab aku terpaksa taw. sebab alasan jadi cikgu dan perlu bersosial. TAPI biarlah ada bataskan.. 


sebut pasai batas nie... korang rasa batas tu apa..?? batas yang buat tuk tanam sayur2 ke atau apa..??

BATASAN

aku tak tahu la macam mana batasan nie pown umat islam macam aku dan korang2 semua boleh pi langgar jer suka hati. aku tak tahu apa alasan orang berCOUPLE.. (aku  cuma dengar2 orang la cter2 kan...)

COUPLE niat untuk bina rumah tangga.. BAGUS tu..!!!  aku memang puji... boleh la waktu tu korang bertunang sat dan korang pown kahwin la kan... kan simple.. korang jangan salah faham COUPLE tu plak.. aku bukan suruh galakkan korang berkasih sayang dan bercinta.. COUPLE tu aku rujuk kepada istilah PASANGAN.

COUPLE = PASANGAN

yang silap anak remaja duk buat la nie, duk pi bercinta bagai.. angkut ke hulu ke hilir.. berjumpa berdua.. semua bagai dengan bukan mahram bersama. aku yakin korang dah cukup dewasa dan jelas hukum hakam agama. aku tak tahu la, kalau perkahwinan korang dah bertunaskan benda yang salah dan Allah tak berkati, macam mana korang nak impikan rumah tangga yang bahagia..??? korang nak bahagia tu, TAPI korang tak nak lalui jalan yang dah emang menuju bahagia.. korang pi juga terjah jalan bukit bukau dengan penuh jurang2 bahaya.. kan korang sendiri yang tempah bahaya.. agak2 kalau jalan cam tu punya la jelas bahaya..ada tak korang pi jgak terjah..??



umpama macam korang silap amik ubat la... ada effect dye..TAPI kalau korang dapat kesan awal,korang tangani la.. amik vaksin ke.. apa ke.. (aku bukan bidang kedoktoran, so tak berapa jelas la dengan term doktor nie..) kalau korang duk lalui jugak jalan tu, kan tak pasai timbul fitnah. korang kena ingat, dalam dunia nie, manusia tu Allah bagi mata dengan mulut. mata dengan mulut nie, kalau dye nampak je, siap la.. emang tersebar la.. sebab manusia nie, ada sifat ingin kepastian dan nak tahu.. kan tak pasai2 korang dah jana timbul fitnah untuk diri korang sendiri...tak pasai2 yang mengumpat dapat dosa lak.. kesiannya p0wn...


kalau korang betul2 nak umah tangga korang bahagia.. aku tak pandai la nak bagi apa2 petua, sebab aku emang xdak pengalaman.. tapi korang tahu je satu hal.. kalau korang yakin ALLAH redha, korang buatla.. tapi ingat, nak yakin pun, korang kena la tanya orang yang lebih mahir dan berpengetahuan dalam hal perkara tersebut..(uruf gitu)  jangan plak, korang ikut suka hati jer... emang semua la korang kata ALLAH redha.. ingat yer.. korang cari la redha ALLAH.. aku pown cari2 jgak lagi... masih lagi cari2..xdak lagi sempurna diri nie.. tapi meh la kita usaha sama2.. insyaALLAH syurga ada nanti untuk kita.. kita dah ada tiket dah..cuma tunggu kita jer.. nak pilih amik tiket syurga ke or tiket neraka.. pilih la sendiri.. orang kata "sendiri buat, sendiri maw tanggung ah..." pk la sendiri... :D

**maaf la.. bahasa penulisan aku agak kasar... (xdak penapis dah..)