Saturday, February 2, 2013

mimpi vs realiti

assalamualaikum dan salam sejahtera.

ya ALLAH, terima kasih kerana kejutkan diri ini bangkit dari tidur yang lena. malahan, mengizinkan daku bangkit dalam kematian yang sementara. moga bangkit untuk hari ini adalah membawa kebahagian kepada seisi alam. ALLAHUAKBAR.

subhanaALLAH, malam semalam saya lupa nak set 'alarm', tapi ALLAH kejutkan saya dengan menghadirkan sahabat dalam mimpi saya mengetuk pintu bilik (https://www.facebook.com/cikzu?ref=ts&fref=ts) . mimpi ini buatkan saya terjaga dalam pukul 5.12 pagi (2/2/2013). ya ALLAH terima kasih sangat-sangat. (saya pun tak tahu mimpi pe nie, tapi mimpi ini mengejutkan saya untuk bangun dan bersiap-siap untuk sambut azan SUBUH). 



yang muncul dalam mimpi saya adalah sahabat satu aras dengan saya. peliknya dalam mimpi saya, saya cuma ingat dia datang tanyakan mp3.. saya pun tak pasti. apa-apa pun alhamdulillah ya ALLAH, sebab dengan mimpi itu saya terjaga..

moga hari esok saya dikejutkan lagi. discover your love... :) ALLAH s.w.t.


teBarkan cinTa ALLAH :)

profile pcture sahabat: Syahiirah Hasan mencuit hati.. :)

ku gambarkan dalam bait bisu... :)

39. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya. surah as-saba'

umpama:

hidup ini terlalu indah,
dibajai dengan kasih ALLAH,
warna pelangi nikmat menghiasi,
menceriakan diri dan hari,
memberi lebih indah dari memiliki,
kerana ALLAH pasti mengembalikan,
yang lebih baik buat diri,
moga hati memahmudahkan peribadi,
tebaran rahmat kepada setiap isi bumi,
moga membawa sujud syukur kepada ALLAHURABBI..


** tebarkan kasih ALLAH kepada seisi alam **


Friday, February 1, 2013

things NOT to DO in Masjid


assalamualaikum dan salam sejahtera.


entry kali ini menarik minat saya untuk berkongsi suatu video klip yang saya perolehi daripada laman sosial FACEBOOK. jadi, kalau ada kesempatan, cubalah tekan button play dan tonton. ambil manfaat dan tatatertib di masjid. insyaALLAH. [apabila tonton video ini, saya harap anda dapat ambil iktibar dan berlapang dada. ini cara mereka menyampaikan ilmu agar mampu menarik minat. insyaALLAH yang baik kita ambil untuk jadikan peringatan]





untuk itu saya senaraikan isi yang ingin disampaikan dalam video ini. apa pun, anda tontonlah dan fahami intipati yang ingin disampaikan.


  1. parking blocker - waktu kita nak parking kita punya kenderaan, beringatlah dan memerhati keadaan sekeliling agar individu lain tidak disusahkan kerana tindakan kita. jadikanlah kemudahan kepada individu yang hadir ke rumah ALLAH agar mereka rasa gembira dan tidak mengeluarkan perkataan cacian dan makian tast tindakan kita.
  2. shoe slacker - apabila naik ke masjid/surau cuba-cubalah susun selipar dan kasut dengan kemas. kalau susun cantik-cantik nampaklah peribadi muslim/muslimah itu terjaga. teratur dan tersusun serta berdisiplin.
  3. talking during khutbah - benda nie tak sepatutnya berlaku, sebab muslim pergi solat jumaat sekali seminggu sahaja. so, why not cuba bagi masa yang singkat ini untuk dengar betul-betul apa yang ingin disampaikan. biar apa yang disampaikan samapi di hati kita, bukan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. kan jadi sia-sia itu. malahan, keadaannya sama juga dalam apa jua majlis ilmu. dengar apa yang disampaikan seumpama memberikan hormat kepada yang berada di hadapan yang sedang menyampaikan sesuatu perkara. [simpan suara kita, cakaplah lain masa]
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.” -Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.

    Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.

    Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

    Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
    Dipetik dari Majalah Solusi


    from: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2012/12/larangan-bercakap-ketika-khutbah-jumaat.html
  4. inappropriate outfit - untuk menunaikan ibadat, carilah pakaian yang sesuai dan bukannya pakaian yang mempunyai lambang-lambang yang tidak sesuai. anggaplah kita sedang berjumpa buah hati kita. ALLAH swt kan kekasih kita, so, pakai la pakaian yang elok dan sesuai mengikut tuntutanNYA.
  5.  sitting inappropriately - duduklah dalam keadaan yang sopan dan terjaga.
  6. don't disturb others when they are praying - perkara sering je berlaku. saya sendiri pun selalu berhadapan. apabila ingin solat, sahabat seagama seolah tidak mengerti untuk menghormati orang yang ingin solat. jika berbual, mereka masih meneruskan perbualan. jika bergurau senda, mereka masih meneruskannya. kadangkala ada yang memasang muzik dan sebagainya. tak salahkan kita hentikan semua itu untuk bantu sahabat bertemu dengan kekasih kita semua dalam keadaan khsuyuk.
    "sedangkan orang yang berzikir/ mengaji al-quran, RASULULLAH saw pesan untuk perlahankan suara dan berhenti kerana dibimbangi menganggu khusyuk solat individu inikan pula perbualan dan muzik serta seumpamanya. tak salah untuk berhentikan. jadi cubalah hormat orang solat, kalau benda ni kita tak mampu, nauzubillah..."

  7. distracter - benda nie mungkin kita tak sedar, biasanya kan kita akan kuarkan benda dalam poekt kita contohnya dompet, phone untuk keselesaan dalam beribadat. kita akan letak di bahagian hadapan sujud. namun begitu, jaga-jagalah agar individu lain tidak terganggu dengan tindakan kita.
  8. flexing - waktu solat inikan kita kena rapat-rapatkan saf, cubalah jaga keluasan angkat takbir kita. ada tu yang angkat takbir sampai tertolak individu di sebelah. risau kalau teralih badannya daripada arah kiblat, kan dah batal jadinya. [pengalaman saya sendiri :) ].
  9. smelly - jagalah kebersihan diri dan tampil dalam keadaan yang selesa dan menyelesakan orang lain. ALLAH suka kepada kebersihan. islam kan suruh kita menjaga kebersihan. inikan pula waktu kita ingn berjumpa kekasih hati kita yang abadi. wangi-wangikanlah diri. :)
  10. spot owner - kadangkala ada je yang bersikap seolah-olah tempat yang dia duduk dalam masjid/surau adalah tempatnya sampai dia selesai. tak boleh la macam tu, inikan rumah ALLAH. ALLAH terima semua individu dan kita tak boleh la buat kawasan tertentu dalam masjid/surau adalah kawasan kita secara kekal.
  11. latecomer - adajuga yang datang dan still lagi nak berada di hadapan. bagus sebanarnya berada di barisan hadapan, namun sekiranya sudah penuh, janganlah meredah saf yang lainnya semata-mata untuk berada di hadapan. ini akan menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak enak kepada individu lainnya.
  12. shoe lifter - yang jenis datang dengan kasut lain balik dengan kasut lain. janganlah macam tu, tak baik taw. pakailah kasut kita sendiri, even kasut kita tu rosak atau sebagainya. perbuatan ini kalau kita buat inikan dikira mencuri. ahakz..yang jenis mencuri kasut/ selipar kat masjid dan surau ni, janganlah buat kerja hina macam nie. carilah rezeki yang halal. rezeki ALLAH kan luas.. :)
  13. judgy people -  kita tak ada hak dan hukum dan nilai orang, tapi andai kita nilai dan ambil iktibar agar kita tidak melakukannya atau melakukannya itu dibolehkan. jangan kita terlalu menghukum, sebab ALLAH sahaja yang ebrhak menghukum dan melabel hambaNYA. sebab kita bukan siapa-siapa. sentiasalah berpandangan positif dan terbuka. malahan, jika perlu kitakan disarankan menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, maka perangilah dengan 3 cara - kuasa, lidah dan hati. [pilihan ada di tangan anda]
  14. halal detective - [saya sarankan anda tonton :)]
  15. gossip girls - surau/ masjid bukan tempat bergosip even di mana-mana sahaja. mengumpat kan?
  16. match maker -
  17. tight outfit - muslimah jagalah aurat, kalau kita yakin kita sempat dan ada masa ke hadapan untuk berubah, tunggulah waktu kita betul-betul bersedia. kalau kita sendiri tak tahu bila tarikh kita tinggalkan dunia, jadi jangan tunggu waktu kita betul-betul bersedia sebab nanti waktu tu kita sememangnya dah disediakan dengan azab api neraka ALLAH. sebab perkara ini, ALLAH dah pesan, kita tahu tapi kita buat COOL. nanti kita yang HOT kat akhirat. [peringatan buat diri sendiri]
  18. makeup addict  - bnerhiaslah hanya kepada yang hak iaitu suami. namun, wanita dibolehkan berhias tetapi jangan terlampau/ tabarruj. bimbang mendatangkan fitnah diri sendiri.
    walwahua'alam. moga perkongsian ini bermanfaat. :)

rezeKI..


assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ini juadah makan ku adalah roti bun sambal ikan bilis. nak pergi beli makan kat depan, tiada pula kawannya. tapi tak mengapa, ini pun kira dah baik. rezeki ALLAh sebab ALLAh sayang lagi walaupun hari ini, aku dah buat salah besar. apa pun ini adalah peringatan ALLAH untuk aku agar tak mengulanginya lagi..




p/s: mencari kekuatan dalam kelemahan.. :)

kEperLuan vs. keMahuan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

entry saya kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. saya yakin dan percaya sahabat-sahabat  mungkin ada pengalaman yang tersendiri. apa-apapun, perkongsian saya untuk entry kali ini jangan disalah ertikan malahan jika ada kekasaran dan mengguris hati pembaca, saya memohon maaf. kelemahan itu terdasar kepada saya sendiri. saya hanya mampu meluahkan segala yang dirasai melalui coretan bisu ini.

saya pernah rasa putus asa dalam bersahabat. persahabatan yang saya jalinkan teruji dengan ujian yang berat. bermula dengan salah faham, ketidak fahaman cara hidup diri ini, tersalah pengertian tentang tindakan, pertikaian peribadi dikaitkan dengan pakaian serta laman sosial dan ...(saya sudah tidak ingat)

siapa saya untuk mempertikaikan layanan yang saya terima ini. walaupun sejujurnya hati ini sebenarnya telah robek dan tercalar serta terguris, namun, saya perlu kuat. saya akui, tipu jika mata ini tidak menangisi setiap apa yang terjadi. sepanjang pengajian saya di sini, pipi ini tidak pernah kering dengan air mata. layanan sahabat mendukakan, tapi baru kini saya mengerti. segalanya telah saya fahami dalam USRAH yang saya ikuti. tahun ini barulah ianya meruap masuk ke dalam hati dan sedikit-sedikit memahamkan saya erti semuanya.



saya tidak sedar selama ini, ALLAH datangkan saya dengan ujian cintaNYA agar saya bergantung kepadaNYA memohon kekuatan. ALLAH datangkan ujian terhadap saya dalam cinta manusia yang bergelar sahabat, kawan, teman dan rakan. alhamdulillah saya tidak teruji dengan ujian cinta bukan ajnabi yang kadangkala ceritanya sampai di mata dan terdengar di telinga ini. ALLAH datangkan ujian cinta yang murni. sebab kenapa? ALLAH nak saya kuat untuk berhadapan dengan manusia sekeliling. saya sedar sewaktu dahulu saya dibesarkan dalam suasana yang dilindungi oleh abah dan mama. segala perkara yang saya inginkan, abah dan mama akan cuba penuhi walaupun sejauh mana susah pun untuk mendapatkannya. ini menyedarkan saya bahawa saya tidak boleh hidup dalam keadaan yang selesa dan terus mengharapkan cinta manusia. ini kerana inidividu yang tidak terikat dengan talian darah susah disatukan andai tiada talian kerana ALLAH. barulah saya sedar, saya tidak mampu mengikat hati mereka dengan saya melainkan ALLAH mengizinkannya. 
  

lalu, mengapa saya harus menangisi layanan dan gurisan yang dicakar dan ditoreh mereka.??

 
saya memilih untuk terus melangkah walaupun hati ini telah merekah dan pecah. kerana, saya tahu ALLAH ada untuk pujuk hati saya. walau sebanyak mana yang membenci dan tidak suka dengan diri saya atau tidak senang dengan peribadi saya, hanya pada ALLAH saya mampu mohon petunjuk agar ALLAh memberi kesedaran kepada saya dan menjadikan saya terus redha dan sabar dalam ujian ini. jika semua kemahuan saya dipenuhi agar saya memiliki cinta mereka ini, maka sudah pasti saya tidak akan teruji dan tiada tanda cinta ALLAH kepada saya. lalu, saya kena kuat dan tabah dalam semua dugaan ini.

kemahuan saya untuk memiliki kenderaan sendiri atas kemaslahatan yang timbul kerana saya perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk menjalani praktikum membuatkan abah berusaha untuk mencari kenderaan second hand untuk saya. malahan, telah saya niatkan kenderaan itu untuk dibawa ke jalan yang ALLAH redha. [kononnya saya bermimpi dan berangan menghadiri majlis ilmu di masjid luar dengan kenderaan, malahan teringin membawa mereka yang saya kenali yang keadaannya sama dengan saya masalahnya] tetapi ALLAH tidak menyahut kemahuan saya kerana sebenarnya saya masih bermimpi di siang hari. saya berangan untuk menghadirkan diri di masjid luar, tapi lupa masjid/ surau IPG KSAH. jika surau dalam kolej yang tersedia tidak mampu saya latih kaki untuk menghadirkan diri, layakkah untuk kemahuan saya dipenuhi..? [astaghfirullahalazim.. sama sekali TIDAK!!!] lantaran itu, ALLAH telah membuatkan saya memutuskan tidak membenarkan abah membeli kereta second hand untuk saya atas sebab rasa bersalah kerana abah terpaksa menjual motorsikal dan terbeban dengan kewangan. abah sudah bersara dan masih ada adik-adik di bangku sekolah yang memerlukan perbelanjaan. malahan, abah terpaksa menyediakan perbelanjaan rumah dan mebayar bulanan duit kereta. alhamdulillah ALLAH gerakkan hati ini untuk melepaskan kemahuan diri walaupun terasa berat dan terbeban.



saya telah melepaskan segala keputusan kepada ALLAH soal pengangkutan ke praktikum. moga ALLAH datangkan pelangiNYA untuk saya dan rakan praktikum. agar hari mendatang saya dipermudahkan ALLAH agar saya mampu menjadi pendidik rohaniah dan bukan hanya semata-mata akliah. [saya belajar mengharap padaNYA kerana DIA tahu apa yang akan mendatang dan terbaik untuk saya...insyaALLAH.. :) ]



kali ini saya hanya mampu mengharapkan rasa cinta ALLAH agar saya dikuatkan untuk berhadapan dengan setiap apa reaksi manusia di sekeliling saya. saya ingin bawa hati untuk bersabar dan tenang. kerana tempat dunia ini bukanlah tempat kekal untuk saya. saya pasti akan pergi dan meninggalkan semua yang di sisi. malahan, ujian ini adalah penghapusan dosa saya atas kesalahan yang telah saya lakukan. moga ALLAH masih mampu menerima permohonan kemaafan dari hambaNYA yang lemah dan penuh dengan dosa...


saya akhiri coretan bisu saya dengan doa untuk diamalkan bersama. insyaALLAH. moga ALLAH sentiasa ada untuk kita dan yang paling penting, kita harus dan wajib ada untukNYA. walaupun sebenarnya DIA tidak pernah memerlukan kita dan sebenarnya kita yang bergantungan denganNYA. >_< [allahuakbar]

 
 
p/s: moga coretan bisu ini tidak disalah ertikan dan yang diizinkan ALLAH membacanya berlapang dada dan memperoleh manfaatnya. amin.