Sunday, March 10, 2013

SiaPa aKu..? sIaPa kaMu..?

kali ini celoteh saya hanya berkisar kepada rasa beratnya perasaan ini dan bercampur baur soal takut, sayang, rindu, kasih dan banyak lagi.. 
every feelings to be described is definitely infinity.
so i just want to say and mentioned a piece of them.


gambar nie bukan untuk menakutkan atau mengingatkan anda dengan cerita 'Tanah Kubur' di Astro Oasis TAPI sebab saya baru dapat berita kematian abang kepada kawan sebelah bilik saya yang meninggal hari jumaat lepas. kematiannya dikatakan berpunca dari kesan air kencing tikus. semuanya ALLAH dah aturkan. moga arwahnya bersama dengan orang-orang yang dikasihi. 

something yang lemah dalam diri ni, once dapat berita kematian, hati nie rasa cam sebak je dan risau sebab macam mana la kan, ttbe je dalam tak sedar, buka mata tu dah ada di dunia lain. semua orang yang biasa kita lihat hari-hari dah tak ada. lepas tu, sedia ke nak jumpa ALLAH dengan amal x seberapa banyak nie..? dah la asyik melalut2 je...

dalam sebak-sebak tu, ALLAH seolah-olah berkata dengan aku dalam surah ghafir/ al-mu'min (40 juzu' 24) ... lepas aku dengar dan faham, sedih ada, takut ada, risau ada, tenang pun ada. 

i just want to share it. :)


sebelum baca, klik 'play' dan dengar video ini:

   
39. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.
40. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab.

 43. ... Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka.


44. ...Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."

 55. Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.

59. Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.
 
60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."  

61. Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. 

62. Yang demikian itu adalah Allah, Tuhanmu, Pencipta segala sesuatu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan?  

63. Seperti demikianlah dipalingkan orang-orang yang selalu mengingkari ayat-ayat Allah.

 64. Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

 65. Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. 


 66. Katakanlah (ya Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain Allah setelah datang kepadaku keterangan-keterangan dari Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.

 67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).


 68. Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia.

 69. Apakah kamu tidak melihat kepada orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah? Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan?

 70. (Yaitu) orang-orang yang mendustakan Al Kitab (Al Quran) dan wahyu yang dibawa oleh rasul-rasul Kami yang telah Kami utus. Kelak mereka akan mengetahui,

 71. ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,

 72. ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api,

73. kemudian dikatakan kepada mereka: " Manakah berhala-berhala yang selalu kamu persekutukan, 

 74. (yang kamu sembah) selain Allah?" Mereka menjawab: "Mereka telah hilang lenyap dari kami, bahkan kami dahulu tiada pernah menyembah sesuatu." Seperti demikianlah Allah menyesatkan orang-orang kafir.

75. Yang demikian itu disebabkan karena kamu bersuka ria di muka bumi dengan tidak benar dan karena kamu selalu bersuka ria (dalam kemaksiatan). 

 76. (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong ." 

 77. Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka meskipun Kami perlihatkan kepadamu sebagian siksa yang Kami ancamkan kepada mereka ataupun Kami wafatkan kamu (sebelum ajal menimpa mereka), namun kepada Kami sajalah mereka dikembalikan. 

Iman di waktu azab telah datang tidak berguna lagi 
84. Maka tatkala mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman hanya kepada Allah saja, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah."

 85. Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir.

 p/s; panjang tapi selami untuk kita faham, siapa kita. T_T
 

Friday, March 8, 2013

CERITA KANAK-KANAK :)

cukup sekadar gambar sahaja yang berbicara..


fasa asasi: makan-makan di Istana Anak Bukit :)

asasi: jamuan berbuka puasa bersama tutor, en tajuddin (bekas tutor)
sebab 2013 tukar jadi puan zainab bee.. 

 
 
 sem 1: sukan tenis :)

 sem 2 degree: kumpulan bola tampar




sambutan maulidur rasul tahun 2011
 

 roomate yang rajin... (pelajar yang selalu kunjung perpustakaan.. :) )
hehehehe...

 BBM/ ABM: senior punya...just pinjam buat sesi bergambar.. :)


majlis berbuka puasa dengan tutor En Hassan (bekas la skang nie)




 sesi senamaerobik: 1 murid 1 sukan... :)



Thursday, March 7, 2013

SEGALANYA MILIKMU

lama tak dicoretkan ayatku dalam bait-bait kata minda dan hati ku..
mendengar lagu di bawah membuatkan tangan dan jari menari serta akal merangka bait-bait
AKU TAHU INILAH KASIH MU
jejak langkah kembara rindu
membawa aku mencari sesuatu
asal pergantungan jasad diburu
agar kekuatan berkubu menyatu
melawan badai dunia nafsu
yang sentiasa dituju melulu
hingga akal menyembah malu...

malunya aku pada diri ku
mengukur amal peribadi sekankang jua
mengharap redha pertemuan Tuhan
dalam baik dan sempurna
tapi, masih alpa dan mengecewakan 
lalai dengan kesibukan dunia
yang menyesakkan dada dan akal
hingga masa diragut pilu
dipenuhi keperluan sementara
yang tiada hujungnya jua
dikejar melelahkan jiwa
melemahkan tenaga jasad empunya
akhirnya duduk sayu malu
bertemu Tuhan ku...

cintaNya meluas segenap benua
namun, aku makin alpa
masanya makin ku pendekkan 
hanya kerana...
kesibukan perihal dunia yang sementara
ditinggalkan selamanya pasti  jua
yang kekal di sana
saat benar bertemuNya..

pemburu cinta abadi meresapi
menyusuri perjalanan redha Tuhan
penuh ujian dan dugaan
kekuatan sumber kasih sayang
dari pencipta abadi...
ALLAH RABBUL IZZATI... :)

p/s: mencari kekuatan sebab alpa dengan dunia.. T_T


Segalanya Milik Mu


Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com



 
 Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Wednesday, March 6, 2013

BaHaYa kUasA seBaraN

coretan kali ini emang berkait dengan laman sosial iaitu 'FACEBOOK'. saya tahu emang niat kita selalu je ingin sebarkan perkara baik untuk dikongsi bersama. cuma, kadnagkala kita terlepas pandang sesuatu perkara, samada benda/ perkara yang disebarkan sahih atau tidak. ini berlaku pada saya sendiri. capaian maklumat menerusi internet seumpama semua benda yang dihujung jari semuanya benar tanpa kajian yang jelas dan pertanyaan kepada yang uruf.

namun, persoalan dalam majalah al-USTAZ isu 11 sememangnya akan menarik minat pencinta haiwan (saya tak le.. takut). even dalam takut2 saya pun, saya beli juga buku nie, baca untuk ambil ilmu.

benarkah Nabi memelihara kucing yang diberi nama Mueeza? kononnya Nabi sangat menyayangi haiwan ini sehingga Baginda pernah memotong lengan jubah Baginda kerana tidak ingin mengganggu Mueeza tidur di atasnya.

 jika dibaca tanpa ilmu, sudah pasti kita percaya kerana segala yang tergambar baik adalah sifat Nabi. namun, ianya berbeza, kerana perkara ini tidak benar. tidak ada riwayat sahih yang menunjukkan perkara tersebut. ini adalah riwayat palsu. 

**pesanan: haram menyebarluaskan kisah tanpa penjelasan status kepalsuannya. jadi lebih baik berkongsi perkara yang diyakini. (makna ayat al-Quran mungkin.. :) )



HUKUM PELIHARA HAIWAN

sabda Baginda : sesungguhnya ia bukan najis. ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu". (riwayat Abu Dawud)

1. haiwan suci
2. mesti bermanfaat
3. tidak boleh bela - haiwan najis dan berbahaya (babi, anjing dan haiwan lahir dari keduanya) , haiwan yang diperintahkan bunuh (cth: ular, gagak, tikus, anjing gila, burung gering dan cicak)
 4. pelihara burung - Imam al-Qaffal (boleh - pemilik jaga keperluan sepertimana haiwan yang diikat/dipelihara
al- Syarbini dalam Muhni al-Muhtaj:
"harus memiliki harimah sepertimana kera, gajah dan seumpamanya"

- hukum air liur kucing : bukan najis

TANGGUNGJAWAB PEMILIK/ PEMELIHARA

1. kalau haiwan makan sesuatu, tak boleh berebut kecuali adalah milik orang.
2. wajib bagi makanan - perbelanjaan dalam had



P?S; sibuk buat asgnment, masih sempat berBLOG. :)

Friday, March 1, 2013

HaRi yaNg taK terDuGa..

emang tak terdugalah semalam adalah hari yang agak sibuk jugalah, sebab lepas habis kuliah matematik selama 2 jam terus menuju ke bangunan GERKO menyusuri laluan gajah menyusur. walaupun penat, tugas sebagai ketua AJK makanan dan minuman terpaksa juga dilaksanakan. berjalanlan macam lari pecut tu, semata-mata nak tunjukkan menu. sebabnya dalam kelas pensyarah yang terlibat 'call' tapi once dah ada kelas, tak perlulah nak jawab 'call' or 'call' balik. so, tunggu le kelas habis, elpas tu baru 'call'. tu yang pensyarah kata nak jumpa, then speed la.. hahahaha... ala-ala jalan pecut je.. 

 


selesai tu, pergi la beli makan kononnya nak makan la nie, tup2 ada kena angkut air mineral sebab terlibat dengan pengurusan larian merentas desa pula.. wuhuuu... angkut dan pergi simpan di bilik pensyarah bahagian GERKO. angkutla pakai kereta budak kelas kami. tapi agak pelik la, kenapa la sampai kena pakai khidmat kereta pelajar. (IPG, sila ubah cara dan sediakan kemudahan... JPP la memainkan peranan...)

dah siap-siap semua, nak makan, tup-tup kena pergi turun tandatangan sebab tak hadir latihan rumah sukan. kena tandatangan sebelum pukul 12.oo tengah hari. sayu betul... hu3... (sekali buat salah, terus kena surat amaran. bagitahu je la amaran, tak perlulah sampai buat surat. macam salah besar je kan.. wuhuuu..tapi tak pe, nak buat macam mana... terima je la.. T_T ).. buat la surat salah laku dan hantar kepada HEP.
 

tak dpat hadir tu, sebab penat sangat.. kelas penuh dari jam 8.00 pagi - 4.oo petang, tanpa rehat. pukul 1.00-2.00 petang ada perjumpaan, tak sempat nak rehat sampai terpaksa ponteng kuliah 1 jam. ditambah pula, pagi tu waktu olahraga, kena round padang dan daki bukit PULAKO, lepas tu round padang 2x plak. pergh...mahu pengsan kot... aduyai.. macam-macam la.. (ingat stamina semua macam atlet ke..?  sila kuruskan diri dan hadirkan diri ke gym.. wuhuuuu... T_T )

P/s: bezanya kita dengan mereka adalah guru pelatih dan pensyarah.. terimalah seadanya..