susah atau senang kehidupan seseorang, kadangkala itu bukan kehendakNya dan juga bukan keinginannya. TAPI rata-rata manusia menginginkan kebahagian dan ketenangan serta keharmonian dan kasih sayang serta penghargaan. benarlah bahawa nikmat Allah itu terlalu besar untuk kita menyangkal pemberianNya. siapa kita untuk menolak kadangkala diuji dengan ketidakbahagian, ketidaktenangan, ketidakharmonian serta kebencian yang meluap-luap. adakah segala perkara negatif itu adalah ujian?
jawapannya TIDAK. walaupun engkau menikmati segala yang positif, itu juga adalah ujian. jika engkau memiliki HARTA KEKAYAAN yang menggunung sebenarnya ALLAH sedang menguji engkau tentang nilai PEMURAH mu kepada orang yang di bawah daripada kamu. nilai tentang tingginya sifat perikemanusiaan mu dalam rasa simpati dan empati dengan manusia dan saudara mu yang dalam kesusahan. ALLAH juga sedang menilai sifat SYUKUR dalam diri engkau serta nilai sifat TIDAK MEMINTA. pernah kita fikir, segala nikmat yang positif yang ALLAH bagi itu adalah untuk kenikmatan kita semata-mata atau untuk dikongsi bersama? jika kita pernah merasa berada di bawah, kita mungkin memahami mereka yang di bawah. TETAPI jika kita sentiasa berada di atas, adakah wujud peluang kita untuk memahami mereka yang di bawah. justeru itu, dalam setiap perjalanan kita, jangan pernah terlalu megah mendongak ke langit sehingga melupakan mereka yang masih berada dalam kesempitan sedangkan kita pula gagah memohon pertolongan dengan orang lain TETAPI tidak mampu menghargai. sememangnya bantuan itu perlu IKHLAS. adakah kita juga terlalu IKHLAS untuk mudah melupakan pertolongan orang dalam menolong kita? justeru itu, harus kita fikirkan.
dalam menghadapi sesuatu ujian, pernah kita dengar 'ANDA DIBENARKAN MENIRU' ? jika belumpernah dengar, maka amalkanlah sekarang, TETAPI bukan dalam dewan peperiksaan. aplikasikanlah dalam kehidupan anda seharian dalam menghadapi ujian kerana dalam berhadapan dengan sesuatu ujian itu, kita sememangnya digalakkan MENIRU. siapakah yang harus kita tiru? bukan calang-calang orangkan. sebab sekiranya kita hendak meniru sekalipun dalam peperiksaan di sekolah, kita akan percaya kepada mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian sebelumnya, bukankah begitu? jadi, dalam firasat anda semua, siapakah yang harus kita tiru dalam kita menghadapi setiap ujian hidup ini?
jawapannya: NABI MUHAMMAD SAW.
pernah dengar nama ini? jika anda seorang muslim dan muslimah, in shaa Allah anda pasti mengenali nama junjungan suci ini. maka, masihkah anda ragu-ragu untuk meniru keperibadian baginda dalam menghadapi setiap ujian dunia. sebab, ujian kita yang Allah bagi amatlah sedikit berbanding apa yang dihadapi oleh baginda s.a.w. jadi, adakah harus kita menangisi atas segala derita ujian ini? bolehkah kita?
jawapannya:
menagisi dan meratapi adalah dua perkara yang berbeza. jika kita kehilangan orang yang disayangi, maka secara fitrahnya mata kita mula akan mengeluarkan titisan jernih yang berkaca lalu membanjiri kelopak mata dan membasahi pipi kita. lalu, adakah itu salah? TIDAK kerana itu adalah fitrah sifat manusia untuk menangisi bagi mempamerkan kesedihan hati TETAPI perlukah kita terlalu meratapi sehingga kita tidak berganjak dari tempat kita dan mengabaikan segalanya? justeru itu pasti TIDAK jawapannya. anda boleh menangisi kerana titisan jernih itu juga satu jalan mempamerkan keinsafan, kelemahan diri, pengharapan, dan segala-gala yang kita ingin luahkan kepada sang pencipta ALLAH SWT. percaya dan yakinlah, kerana DIA adalah pendengar terbaik yang anda miliki berbanding jika anda menceritakan kepada orang? percaya atau tidak? terpulang kepada anda.
namun, jika anda ingin mencari jalan penyelesainnya, carilah orang yang lebih uruf dan anda mampu mendengar nasihatnya berbanding anda terus dibelenggu dengan pertanyaan. contohnya dalam permasalahan keimanan dan sebagainya. jangan terus bersembunyi dan malu untuk bertanya kerana bimbang dipandang jahil TETAPI yakinlah dengan pertanyaan, kejahilan makin hilang kerana anda belajar menemukan JAWAPAN.
begitu juga ujian yang ALLAH ujikan kepada kita. sebenarnya ujian itu diulang dan diulang kepada kita, untuk membantu kita teguh dan tabah agar ujian sebegini jika datang sudah TIDAK MAMPU memberikan kesan kepada kita. jadi bersyukurlah dengan UJIANNYA walau apapun bentuk ujian tersebut. mungkin mudah bagi saya yang sekadar mencoret coleteh ini untuk menasihat, TETAPI ketahuilah saya juga belajar menghadapi ujian tersebut. kadangkala apa yang kita rasa, mungkin tak sama dengan realiti sebenarnya. justeru itu, biarkan ia berlalu seperti perancangan ALLAH swt.
jika dulu saya pernah fikir, mengapa saya diperlakukan demikian dan sebegini rupa?
tapi, apabila saya fikir kembali adakah saya TERLALU BAIK sehingga saya tidak perlu diuji sedemikian rupa? adakah saya berhak menikmati erti kenikmatan tersebut? kerana saya perlu belajar PERCAYA kepada PERANCANGAN ALLAH SWT. sejauh mana saya terasa, mungkin masih ramai di luar sana punya perasaan sama. jadi, apakah saya perlu memendam rasa dan terus hidup dalam dunia tersebut?
jawapannya: TIDAK kerana saya malas untuk berada dalam kebodohan dan saya tidak mahu terus berada dalam ketidakmengertiaan yang tidak menghargai kerana mungkin saya juga tidak pandai menghargai. maka, saya tidak perlu menyalahkan TETAPI perlu mencari kedamaian dan cara kebahagian dengan cara saya sendiri selagi masih belum tersasar dalam jalanNya..
**siapa yang mampu merubah anda, melainkan diri anda sendiri dengan izin Allah swt. maka, banyakkanlah berdoa dan mencari jalan redhaNya. in shaa Allah.
apa yang terkurang dan menyinggung, mohon maaf.
No comments:
Post a Comment