Friday, April 19, 2013

siapa kita untuk menghukum?

makhluk ALLAH terutamanya kita yang bergelar manusia selalu sahaja nak menggalas tugas yang sudah jelas bukan tugas kita.. satu tugas yang kita selalu sahaja nak buat TANPA kita sedar.. saya tak tunding jari kepada sape2, TAPI saya reflect balik pada diri sendiri taw.. adalah menjadi hakim untuk menghukum semua tindak tanduk orang lain... kita manusia biasa bukan siapa-siapa...TAPI tak salah kalau kita nak jadi PENILAI kepada segala-galanya dan ambil iktibar serta pengajaran... bukan hanya kita tunjuk dan tunjuk memanjang pada orang TAPI pantul la balik sikit pada diri.. muhasabah sikit p0wn jadi tanpa xdak langsung muhasabah tu.. risau nanti hati jadi keras macam batu kat gua kapur.. huhuhu...

kalau kita tahu kita MANUSIA je kat muka bumi ALLAH nie, janganlah ambil tugas ALLAH sampai menjadi hakim untuk menghukum SYURGA dan NERAKA. isu nie timbul selepas tengok cter SEHINGGA HUJUNG NYAWA. ada inputnya yang nak disampaikan...

  1. manusia tu boleh berubah kalau dia mahu dan yang pasti dengan izin ALLAH...tapi kalau diri sendiri tak nak, macam mana ALLAH nak bantu dan bagi.. even ALLAH tu MAHA PEMURAH dan PENGASIH, tapi takkan la DIA nak sia-siakan nikmat tu kalau DIA tahu benda tu akan jadi sia-sia bila DIA beri pada individu tersebut.. ( jadi nak salah sape lagi? kalau sampai sekarang kita tak berubah..?? amik cermin, tengok la depan tu.. salah sape..?? )   
  2. IKHTILAT : what's that??
    it means -
    Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster & Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam. (sumber: http://allahseeker.blogspot.com/2012/01/ikhtilat.html )
  • soal aurat pula. kita banyak melihat yang muslimah itu tidak menutup auratnya dengan sempurna. alasannya mungkin seperti di atas. macam mana sekali pun, sampai bila-bila pun kita tak kan sempurna...sebab kita sentiasa akan buat salah..buat salah... TAPI kita kena juga cuba usaha perbetulkan salah kita.. ALLAH bagi tempoh masa, jangan sampai kita dah tak ada masa nak perbetulkan... waktu tu kita nak buat apa..??sumber: http://allahseeker.blogspot.com/2012/01/ikhtilat.html


    Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
    Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.
    “Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
    Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
    Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”
    Allah SWT berfirman :
    “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
    (An Nuur : 31)
    Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
    “Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
    (Al Ahzab: 59)
    Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.
    “Don’t judge book by its cover..”
    Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
    Ramai diantara kita yang sering beranggapan;

    “Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
    “Orang yang solat, belum tentu baik..”
    “Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
    “Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”
    Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
    Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
    Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
    Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..

    "You're what you're saying

    You're what you're doing.

    So, please behave & be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance.."

    “Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
    Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)
  •  PERGAULANSentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
    Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:
    I) PERCAKAPAN:
    Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?
    Allah SWT berfirman:
    "Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
    (Al Ahzab: 32)

    II) BERJALAN:
    Allah SWT berfirman :
    “..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
    (An Nuur : 31)
    Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
    “Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
    (Al Qashah :25)
    III) PERGERAKAN:
    Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
    • Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
      Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

      Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
      Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
      Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis..

      Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
      Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
      Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.
       
    •  Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
      (contoh: mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).
    • Menundukkan hati.
      Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..

      Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
      Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut kepada Ilahi..
      Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.
      Sabda Rasulullah s.a.w:
      "Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."
      Rujukan :
      Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi
      Dipetik dari :
      MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
      PISMP PENGAJIAN AGAMA
      23 FEBRUARI 2010



 
 



No comments:

Post a Comment