Thursday, October 17, 2013

SUSAH ATAU SENANG

susah atau senang kehidupan seseorang, kadangkala itu bukan kehendakNya dan juga bukan keinginannya. TAPI rata-rata manusia menginginkan kebahagian dan ketenangan serta keharmonian dan kasih sayang serta penghargaan. benarlah bahawa nikmat Allah itu terlalu besar untuk kita menyangkal pemberianNya. siapa kita untuk menolak kadangkala diuji dengan ketidakbahagian, ketidaktenangan, ketidakharmonian serta kebencian yang meluap-luap. adakah segala perkara negatif itu adalah ujian?
jawapannya TIDAK. walaupun engkau menikmati segala yang positif, itu juga adalah ujian. jika engkau memiliki HARTA KEKAYAAN yang menggunung sebenarnya ALLAH sedang menguji engkau tentang nilai PEMURAH mu kepada orang yang di bawah daripada kamu. nilai tentang tingginya sifat perikemanusiaan mu dalam rasa simpati dan empati dengan manusia dan saudara mu yang dalam kesusahan. ALLAH juga sedang menilai sifat SYUKUR dalam diri engkau serta nilai sifat TIDAK MEMINTA. pernah kita fikir, segala nikmat yang positif yang ALLAH bagi itu adalah untuk kenikmatan kita semata-mata atau untuk dikongsi bersama? jika kita pernah merasa berada di bawah, kita mungkin memahami mereka yang di bawah. TETAPI jika kita sentiasa berada di atas, adakah wujud peluang kita untuk memahami mereka yang di bawah. justeru itu, dalam setiap perjalanan kita, jangan pernah terlalu megah mendongak ke langit sehingga melupakan mereka yang masih berada dalam kesempitan sedangkan kita pula gagah memohon pertolongan dengan orang lain TETAPI tidak mampu menghargai. sememangnya bantuan itu perlu IKHLAS. adakah kita juga terlalu IKHLAS untuk mudah melupakan pertolongan orang dalam menolong kita? justeru itu, harus kita fikirkan.


dalam menghadapi sesuatu ujian, pernah kita dengar 'ANDA DIBENARKAN MENIRU' ? jika belumpernah dengar, maka amalkanlah sekarang, TETAPI bukan dalam dewan peperiksaan. aplikasikanlah dalam kehidupan anda seharian dalam menghadapi ujian kerana dalam berhadapan dengan sesuatu ujian itu, kita sememangnya digalakkan MENIRU. siapakah yang harus kita tiru? bukan calang-calang orangkan. sebab sekiranya kita hendak meniru sekalipun dalam peperiksaan di sekolah, kita akan percaya kepada mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian sebelumnya, bukankah begitu? jadi, dalam firasat anda semua, siapakah yang harus kita tiru dalam kita menghadapi setiap ujian hidup ini?



jawapannya: NABI MUHAMMAD SAW.

pernah dengar nama ini? jika anda seorang muslim dan muslimah, in shaa Allah anda pasti mengenali nama junjungan suci ini. maka, masihkah anda ragu-ragu untuk meniru keperibadian baginda dalam menghadapi setiap ujian dunia. sebab, ujian kita yang Allah bagi amatlah sedikit berbanding apa yang dihadapi oleh baginda s.a.w. jadi, adakah harus kita menangisi atas segala derita ujian ini? bolehkah kita?


jawapannya:
menagisi dan meratapi adalah dua perkara yang berbeza. jika kita kehilangan orang yang disayangi, maka secara fitrahnya mata kita mula akan mengeluarkan titisan jernih yang berkaca lalu membanjiri kelopak mata dan membasahi pipi kita. lalu, adakah itu salah? TIDAK kerana itu adalah fitrah sifat manusia untuk menangisi bagi mempamerkan kesedihan hati TETAPI perlukah kita terlalu meratapi sehingga kita tidak berganjak dari tempat kita dan mengabaikan segalanya? justeru itu pasti TIDAK jawapannya. anda boleh menangisi kerana titisan jernih itu juga satu jalan mempamerkan keinsafan, kelemahan diri, pengharapan, dan segala-gala yang kita ingin luahkan kepada sang pencipta ALLAH SWT. percaya dan yakinlah, kerana DIA adalah pendengar terbaik yang anda miliki berbanding jika anda menceritakan kepada orang? percaya atau tidak? terpulang kepada anda.


namun, jika anda ingin mencari jalan penyelesainnya, carilah orang yang lebih uruf dan anda mampu mendengar nasihatnya berbanding anda terus dibelenggu dengan pertanyaan. contohnya dalam permasalahan keimanan dan sebagainya. jangan terus bersembunyi dan malu untuk bertanya kerana bimbang dipandang jahil TETAPI yakinlah dengan pertanyaan, kejahilan makin hilang kerana anda belajar menemukan JAWAPAN.


begitu juga ujian yang ALLAH ujikan kepada kita. sebenarnya ujian itu diulang dan diulang kepada kita, untuk membantu kita teguh dan tabah agar ujian sebegini jika datang sudah TIDAK MAMPU memberikan kesan kepada kita. jadi bersyukurlah dengan UJIANNYA walau apapun bentuk ujian tersebut. mungkin mudah bagi saya yang sekadar mencoret coleteh ini untuk menasihat, TETAPI ketahuilah saya juga belajar menghadapi ujian tersebut. kadangkala apa yang kita rasa, mungkin tak sama dengan realiti sebenarnya. justeru itu, biarkan ia berlalu seperti perancangan ALLAH swt.


jika dulu saya pernah fikir, mengapa saya diperlakukan demikian dan sebegini rupa?
tapi, apabila saya fikir kembali adakah saya TERLALU BAIK sehingga saya tidak perlu diuji sedemikian rupa? adakah saya berhak menikmati erti kenikmatan tersebut? kerana saya perlu belajar PERCAYA kepada PERANCANGAN ALLAH SWT. sejauh mana saya terasa, mungkin masih ramai di luar sana punya perasaan sama. jadi, apakah saya perlu memendam rasa dan terus hidup dalam dunia tersebut?

jawapannya: TIDAK kerana saya malas untuk berada dalam kebodohan dan saya tidak mahu terus berada dalam ketidakmengertiaan yang tidak menghargai kerana mungkin saya juga tidak pandai menghargai. maka, saya tidak perlu menyalahkan TETAPI perlu mencari kedamaian dan cara kebahagian dengan cara saya sendiri selagi masih belum tersasar dalam jalanNya..




**siapa yang mampu merubah anda, melainkan diri anda sendiri dengan izin Allah swt. maka, banyakkanlah berdoa dan mencari jalan redhaNya. in shaa Allah.

apa yang terkurang dan menyinggung, mohon maaf.

Friday, October 4, 2013

SALAH AKU, BUKAN KELUARGA AKU



emang hidup nie tak pernah aku mampu lari dari buat salah, dan aku tak menyalahkan orang yang merasakan betapa bersalahnya aku. aku sedar aku salah dan aku telah buat salah. atas kesedaran tu juga aku perjelaskan dan mungkin penjelasan aku adalah penjelasan remeh dan cincai saje.. sebab tu orang geram dan nak marah kat aku. aku tak kisah, sebab itu hak mereka. mereka berhak nak marah aku, nak caci aku, nak caci personaliti aku...biarlah apa yang nak dikata tu tertumpu pada aku, aku tak pernah kisah. sebab apa yang dikata, aku terima. aku cuba muhasabah diri aku. aku cukup berTERIMA KASIH kepada orang yang berani kata apa salah aku. moga ALLAH melapangkan hati aku untuk menerima teguran dan dijadikan peringatan..



TAPI sayangnya dalam aku menjalani kehidupan detik yang sebelumnya, suatu masa dahulu kaki aku nga jasad aku nie berada di satu simpang. aku tersalah pilih jalan. aku tersilap langkah. aku cuba kembali ke jalan yang benar. aku cuba berdiri lagi...akhirnya aku gagahkan diri.. cukup sekadar aku memohon maaf kepada orang yang aku dah sakitkan. TAPI yang mendukacitakan aku, aku dibalas dengan doa agar aku dan keluarga mendapat balasan. benda yang paling menyedihkan aku. inilah pertama kali orang beritahu aku macam tu. menitis air mata aku sebenarnya. jiwa aku cukup sensitif apabilamana berkait dengan keluarga aku. anak mana yang tak sedih. adik dan kakak mana yang tak berduka. apabila orang seolah-olah mendoakan keburukan kepada kita. TAPI aku sedar, manusia tak pernah lari dengan sifat rasa sakit di hati. mereka akan cenderung untuk mengikut perasaan sakit yang dirasa. yang pasti aku emang sakit. aku kata kepada hamba Allah nie, aku izinkan untuk doakan keburukan kepada aku, tak perlu kepada keluarga aku. tak bermakna aku terlalu banyak pahala sampai aku boleh timbal balik apa yang aku dah buat untuk ganti doanya. TAPI biarlah keluarga aku bahagia...aku tetap akan doakan yang baik-baik kepadanya. sebab aku tak rasa nak mendoakan keburukan agar siapa-siapa saudara aku mendapat balasan dengan perbuatan mereka. sebab yang menghukum itu hak ALLAH, bukan aku.


aku bukan anak dan adik atau kakak yang baik. TAPI aku inginkan yang terbaik buat mereka semua. sebab, aku ada mereka waktu aku susah, senang, bahagia, sedih dan macam-macam lagi. kalau orang cuba sakiti mereka, aku juga terasa sisa sakitnya. sebab kami sekeluarga adalah satu...bukan dua mahupun tiga.. tiada ganti. walaupun ada, manun tidak sama. aku hanya dari keluarga yang sederhana dan cuba bersederhana dalam hidup. mama dan abah aku yang besarkan aku dan melengkapkan segala keperluan aku. TAPI dengan apa yang berlaku, aku bersyukur sangat ALLAH bagi aku kekuatan untuk bangkit balik walaupun aku rasa lemah sangat. yang penting aku mohon maaf sudah. yang selebihnya terpulang. aku kena kuatkan dan terus berdoa kepada Allah agar aku kuat.jika dulu kalau ada yang buat onar dengan kata macam-macam kat keluarga aku benda yang tak benar, emang aku melenting. waktu zaman kanak-kanak yang tak mengenal erti apa-apa, aku marah kepada budak ni sorang yang merupakan jiran aku.(ala-ala gangster waktu zaman kanak-kanak) TAPI sekarang aku nak berfikir rasional sikit..(even jadi atau tak, walwahua'alam..) yang pasti terkesan kepada aku dengan apa yang berlaku, aku dah mula tak suka dengan sikap dia yang satu ni.. TAPI apa-apa pun, biarlah..moga hamba Allah nie boleh jadi yang makin baik..


aku bukan orang yang selalu benar dan sentiasa betul tindakan aku. aku juga manusia dan sentiasa aku tanpa sedar diri, aku buat onar dan tabur duri pada orang. mungkin itu satu yang menyakitkan. aku mula nilai, entah berapa banyak orang yang mendoakan keburukan ke atas aku kan? TAPI tak apalah. aku tak nak buat benda yang sama. sebab aku rasa TAK BEST... aku lebih suka doa moga Allah mudahkan jalan dan bawa kembali ke jalan yang benar.. buat apa aku nak doa benda buruk kepada saudara seagama aku sendiri. aku ingat kata-kata Rasulullah saw..(even aku tak hebat tuk mampu merealisasikannya, TAPI biarlah ia jadi peringatan pada aku)

Tidak sempurna iman seorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. 

(HR Muttafaqun 'Alaih)