Friday, November 22, 2013

INGATAN BUAT AKU...

ye..jujur aku katakan..aku bukan insan yang kamil, yang terhindar dan hebat, jauh daripada dosa. setiap langkah aku, pasti ada yang tidak patut aku lakukan, walhal dalam soal remeh temeh mahupun lebih besar. aku belajar daripada ramai orang sekeliling ku. dulu aku hanya seorang kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa erti hidup. yang aku tahu, hanyalah MAIN..MAIN..dan MAIN.. sehinggalaha ku besar dan membesar. usia bukanlah sesuatu perkara yang aku malu untuk akui..tapi sesuatu yang aku malu adalah kerna aku masih sama...mungkin lebih teruk dari sebelumnya.. setiap jalan yang aku lalui, ada tingkah laku aku yang sumbing dan cacat.. aku banyak melakukan kesalahan terutama pada mama dan abah..serta keluarga.. pada saudara aku sendiri.. (dalam sedar dan tak sedar, aku tahu dan pasti tingkah laku ku pasti ada yang tidak menyenangi..TAPI apa yang perlu aku lakukan..? )

dalam banyak hal, aku sudah cuba untuk mengawal. kadangkala aku gagal.. lalu salah SIAPA? salah aku kerana aku tahu kewujudan aku bukan untuk menyakiti sepatutnya, mungkin lebih kepada menyenangkan..

sekejap masa berlalu, aku sudah mencecah usia 23 tahun. namun, kalau aku hitung setiap perilaku dan tindakan hidup ku, aku belum jumpa nikmat sebenar. ye..mungkin aku jadikan dunia ini hanyalah taman permainan, sehingga aku lupa banyak hal..

dan saat ini, aku kagum dengan saudara seagama ku, Ammar yang baru menyahut seruan Allah. pemergiannya mendapat  hebahan media sosial...dan aku adalah antara yang menyaksikan nukilan yang dikongsi oleh rakan2..

Ini kisah perpisahan lagi. Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki.
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!
Al-Fatihah
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!Al-Fatihah

aku jadi gugup kerna dalam usia 20 tahun, dia sememangnya hebat berjuang, sedang aku masih dalam leka dan lalai.. adakah kesempatan dan masa..??

aku ingin mencari diri ku..kerna aku juga akan pergi suatu masa nanti...


aku masih sang PENDOSA...

Saya masih ingat kata-kata seorang sahabat seperjuangan semasa di UUM dulu. Selalunya, sebaik sahaja selesai meting, akan diadakan tazkirah ringkas.
Katanya, "Hatta kita berzina pada malam hari, subuhnya kita tetap WAJIB untuk solat subuh!".

Mendalam kata-katanya.

Maksudnya apa?
Walau berapa banyak sekalipun dosa yang kita buat, masih ada pintu taubat yang terbuka seluasnya buat kita selagi mana nyawa tidak sampai pada halkum.

Walau berapa banyak sekalipun dosa yang kita buat, Allah tetap akan beri keampuanan kepada kita. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaannya.

Walau berapa banyak sekalipun maksiat yang kita buat, cubalah juga tunaikan tuntutan wajib yang Allah perintahkan hatta diri itu seorang pelacur. Moga dengan itu, kita akan beransur-ansur untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Mendalam kata-katanya. 
Maksudnya apa?Walau berapa banyak sekalipun dosa yang kita buat, masih ada pintu taubat yang terbuka seluasnya buat kita selagi mana nyawa tidak sampai pada halkum.
Walau berapa banyak sekalipun dosa yang kita buat, Allah tetap akan beri keampuanan kepada kita. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaannya.
Walau berapa banyak sekalipun maksiat yang kita buat, cubalah juga tunaikan tuntutan wajib yang Allah perintahkan hatta diri itu seorang pelacur. Moga dengan itu, kita akan beransur-ansur untuk berhijrah ke arah lebih baik.
kenalan yang aku kenali sewaktu pengajian dahulu juga sudah ada pergi menyahut seruan Ilahi di awal usianya... sepupu ku sendiri, di bangku sekolah menengah.. sudah lama kiranya.. nenek..bapa saudara..guru.. mereka pergi satu persatu.. 

megapa air mata ini menitis..?? sedangkan aku masih sama dan sama seperti dulu...
adakah ruang dan waktu untuk aku.? sebelum aku bertemu kekasih ku..?


kala ini, aku hanya ingin mencari diri ku, yang telah aku tinggalkan sewaktu perjanjianku dengan Nya di Luh Mahfuz.. aku hanyalah insan PENDOSA..dan aku tidak mengharapkan nikmat dunia yang senang melainkan nikmat mati dalam husnul khatimah dengan kalimah syahadah di bibir aku dan keluarga ku..

siapa yang harus bermula.? AKU insan PENDOSA..
kerna masa aku makin singkat..walaupun angka usia itu bertambah..
aku belum tahu bila tarikh luput nyawa ku...

andai itu berlaku, maafkan aku...





Sunday, November 17, 2013

TWEET-TWEET..

28/10/2013

hari nie, aku membasahkan katil aku dan membanjirkan bilik. kerana apa? hanya kerana seekor lipas yang datang menceroboh bilik aku. dahla tak bagi salam. suka atie dye je nak masuk bilik aku. ketahuilah LIPAS bahawa engkau adalah makhluk yang tak diundang.. hihi.. (bukan maksud aku, makhluk lain diundang plak.. tak mahu..tak mahu.. huhuhu...gulp3... faham-faham la sendiri..)

jadi sebab tu, aku pun google tengok pasai LIPAS.. then, aku jumpa link nie..:

http://cisdel.com/2010/12/14/20-fakta-menarik-tentang-lipas/


aku emang akui lah kelemahan aku sememangnya melibatkan semua jenis haiwan..aku emang PENAKUT la.. so no wonders la, when i see any animals, i will shout loudly. then automatically lost control. sorry, because of my behave. ok dah.. full stop.. aku emang PENAKUT la nak dipendekkan cerita. even kucing pun aku takut. emang aku tahu kucing tu binatang kesayangan Rasulullah saw, TAPI aku emang tak dapat buang fobia aku dengan kucing. sebab kenangan kanak-kanak emang permenant dalam diri aku. tapi itu tak jadi alasan untuk aku bunuh pula kucing.. cuma kalau kucing datang, aku halau je la.. hwuaw.. so, kucing2. PLEAZE la..jagan datang dekat taw... aku fobia kot..


gara2 aku dah meyepahkan bilik nie, so, kena la kemas balik. alang2 dah kemas, baik la kemas siap2. packing tuk cuti semester 6. jadi aku masih ada baki pengajian selama 2 semester lagi. sama dengan setahun je la. jadi, aku pun dah alang2 menyibukkan diri nie, aku pun sediakan special gift for my seet friend ni..sebab dia dah habis dah pengajian tahun nie.. walau umur kami sama, tapi aku masuk lewat setahun.. aku habiskan pengajian di KmPK.. pe2 pon, ini jalan yang Allah bagi kat aku. sekarang aku di IPG KSAH.. dulu aku kisah sangat, sebab aku suka sangat sedih2. kadangkala aku fikir, aku silap buat pilihan ke.? tapi, bila akhir2 nie, aku jadi suka plak dengan pi seolah.. mengajar.. walaupun aku bukanlah guru cemerlang, TAPI aku nak anak2 didik aku cemerlang... walau bukan di dunia, biarlah kat akhirat.. hoping so.. aku kena kuat lagi.. be strongz!!!!!

sekejap je masa berlalu. dulu aku rasa aku macam kecik jer.. TAPI sekarang dah besar.. aku dah besar.. TAPI sayang sebab sikap, perangai, pertingkatan iman dan takwa aku, masih turun naik tak menentu.. aku sedar..dan setiap kali aku sedar..aku jadi balik.. emang entah apa2 la. aku nak cari life yang bermakna..TAPI aku tak jumpa makna tu.. yang best dan aku suka, aku suka tengok kekuatan saudara2 aku nie..macam2 mereka sanggup perjuangkan. walau dalam usia muda mahupun veteran.. 
subhana ALLAH.. mereka yang pilih jalan tu dan Allah permudahkan.. alhamdulillah sangat2.. tapi aku, bila plak masa aku nak tiba? jujurlah pada diri, bohong jika aku tak merasa aku berat sebelah ke arah dunia.. bangun dengan rutin yang sama, tiada beza.. aku cari diri aku, tapi aku tak jumpa. sebab usaha aku belum sampai tahap yang sepatutnya...

aku bangga dan bersyukur. punya teman dan keluarga yang mengingatkan aku. walau aku ini merasakan aku hanyut, tapi hanyut aku nie moga tak jauh sangat ke hujung sana. jauh dari laluan sebenar... 

31/10/2013

yang nie gambar sempena HARI KANTIN SK TAMAN RIA, PADANG SERAI.. budak2 emang sangat tinggi semangat inkuiri mereka. semua pakat serbu nak naik kereta bomba nie. sampai panjang betul barisan yang berbaris.. macam-macam tapi inilah mereka.. kanak-kanak dengan jiwa mereka..

smga mereka dijaga oleh Allah swt dan menjadi manusia berguna suatu masa... :)