Monday, September 23, 2013

praktikum fasa 2 di sk taman ria, padang serai, kulim, kedah.

inilah gambar blok sekolah praktikum aku. yang ni baru gambar satu blok sahaja. tak termasuk lagi dua blok yang aku tak boleh la nak cari ruang snap yang sesuai. dalam post sebelum ni ada je yang sempat aku snap dua blok sekolah ni. 

kisah pratikum fasa 2 aku nie bermula pada 14/7/2013 Ahad sehingga 19/9/2013 Khamis. dalam tempoh ni lebih kurang 10 minggu la kan..tapi tolak 2 minggu cuti raya, so emang 8 minggu je la.. emang target tuk 2 bulan praktikum. sepanjang aku praktikum, macam-macam cabaran aku kena berhadapan. aku dapat tajuk masa dan waktu tahun 3 la kalau untuk subjek major, matematik. aiseh betul. mengajar masa dan waktu je pon, tapi bukan main susah kot nak bagi depa nim faham cara nak baca jam. kalau kelas nombor satu tu, aku gagah la lagi. kalau kelas keenam tu, pulun la kisahnya. tapi, dalam aku nak tangani masalah nie, aku create method aku sendiri terutama yang melibatkan penjelasan berkaitan selepas dan sebelum tu. macam mana depa nak kira. aku pakai konsep sekolah nga umah depa. aku sowh depa imagine kan dan kaitkan dengan kehidupan depa la. senang sikit depa nak bayangkan. aku siap sediakan kotak untuk memudahkan pengiraan tu kot. siap dengan tata hias kartun angry bird. aku namakan aktiviti permainan aku tu "tembak angry bird". sambil depa duk jawab soklan, depa duk syok le tengok kartun tu. tapi betul la, kalau korang nak ajar budak2 nie, korang kena ada jiwa kebudakan sikit. masuk dalam dunia depa kot. kita tak perlulah nak rasa dewasa sangat. sebab once korang dah dapat kamcing dengan depa, seyes korang emang mudah nak tackle depa. aku kalau nak kata kamcing dengan depa, tak ada la. emang dalam kelas aku tak ada la baik sangat. kalau depa salah tu, tegur la. serius sekejap. beritahu apa salah depa. apa yang kita tak suka depa buat. insyaAllah depa boleh terima. dalam kelas je buat muka serius, tapi tak perlu la memanjang serius selalu, sebab nanti cepat tua. haha...

kalau kat luar kelas, kita dengan budak2 nie, buat macam kawan. besa la, kalau guru praktikum nie, depa cukup suka nak sembang. waktu tu, layan je la. dengar je apa yang depa nak cakap. pensyarah aku kata "kita tak perlu nak buat cam guru lama yang ala-ala garang je memanjang. biar budak suka kita. tapi, dalam kelas, biar ketegasan tu ada. kecindan, reaksi muka, intonasi suara, penegasan dan blala.." sebab aku dah lupa dah komen pensyarah penilai major aku, encik rodhi. tapi, aku nie emang suka kartun dan animasi budak2. semua benda yang aku pernah tengok, aku aplikasi dalam PdP aku kot. yang paling aku tak boleh lupa, aku guna analogi kartun ultraman yang besar sama dengan 60 ultraman yang kecik. aku nak analogikan dengan 1 jam = 60 minit. (ini cadangan pensyarah penilai aku la..dye sowh guna kaedah analogi). bila aku guna benda nie, ya Allah, emang budak2 tu cukup2 la teruja kan. tambah2 yang sorang nie nama Ikhmaluddin. setiap kali ada je aku nak guna 1 jam nak ke minit, dia cepat je jawab jadi 60. senang la nak aplikasi dalam penolakan terutamanya. penambahan pun boleh jugak. dalam korang nak pilih analogi tu, jangan lupa pula pada budak perempuan. sebab tu aku gunakan 1 istana = 7 puteri yang comel gitu untuk perkaitan 1 minggu = 7 hari dan untuk 1 tahun = 12 bulan aku guna analogi satu bulan yang bulat dan besar dengan 12 bulan sabit. so, waktu korang nak guna kaedah ni, korang buat la suspens.. suruh depa teka, gambar apa yang cikgu nak tunjuk lepas daripada tu. depa cukup suka la.. hahahaha... inilah pengalaman aku...

 
yang dua benda yang aku upload nie, konfirm la korang yang kalau bidang sama dengan aku mesti tahu dua benda penting nie. PORTFOLIO dan BUKU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN. tapi, emang tuk sem nie, aku sedikit semangat la sebab aku dapat balut buku nie jadi comel2. sebelum nie aku tak balut, entah la sebab apa. sem kali nie, aku suka hias2 sikit. sikit2 je la. tapi kalau tengok yang orang lain, lagi gempak kot. kisah benda dua nie, aku nak bungkus dah. aku nak perkenal budak kelas aku la plak kan, tapi sayang la.. sebab aku cuma ada gambar budak2 2R5 dan 3R6.. 3R1 aku tak sempat nak bergambar dengan depa.. tragis sungguh jiwa ini..







 
kalau gambar dua nie plak, gambar aku dengan guru pembimbing matematik, puan rohasniza. aku panggil dye, kak niza la kan. kak niza nie guru ppg kat ipg aku. bidang plak sama iaitu matematik. cuma berbeza elektif. semestinya kami kongsi minat yang sama iaitu minat matematik. hi3.. pengganti penyarah fadhilah aku waktu aku kat KMPk dulu.. bezanya sekarang dia yang bimbing aku macam mana nak ajar budak2 nie. terima kasih sangat sebab banyak membantu aku. aku tak lupa juga dekat kak intan, guru pemulihan yang banyak kongsi pengalaman, pesanan, nasihat semua kat aku.. aku akan ingat pesanan kak dah, kak shida, kak jah, kak zhurah...dan ramai agi... aku ada gak guru pembimbing pj, en mohamad, tapi tak sempat nak tangkap gambar bagai waktu hari last ritu. kelam kabut punya pasai. pensyarah penyelia tuk pj plak puan faridah. tak ada lak photo deme nim.. T_T tapi, thanks a lot to all :)
 
**terima kasih sangat tuk semua warga guru sesi petang yang meraikan kami guru praktikum fasa 2.