ku tahu..tahu dan telah ku lalui fasa diri
dari si bayi hingga dewasa kini
meniti jalur usia hari
menghitung kecelaruan peribadi
kenakalan kadangkala menguasai
perilaku merubah setiap persepsi
cabaran dan ujian mendatangi
antara mematangkan mahupun membebani
semua campuran rasa diaduni
aku sendiri yang melalui
hanya aku mengetahui luhur diri
bukan kamu, dia mahupun mereka
kekurangan diri menggunung tinggi
sahsiah diri terpalit dosa bumi
kerana ia pilihan sendiri
bukan kamu, dia ataupun mereka mempengaruhi
kerana cetek dan naif iman dalam hati
kerana minda rosak diracuni
kerana mata dikaburi
kerana jasad dirasuk nikmat duniawi...
namun, aku tahu..tahu dan tahu..
aku pasti..pasti dan pasti...
selagi mana diri masih bernyawa lagi
selagi nyawa masih belum terpisah dari jasad ini
ALLAH masih sedia menerima kelemahan diri
taubat masih terbuka saban hari
air mata masih mampu meratapi
dosa-dosa lalu dan kini
serta yang mendatangi dan menghampiri
melainkan kafir menguasai...
masih ada ruang dan peluang
meluntur dosa diri
setiap manusia tidak sempurna diri
namun, belajar dan belajar memperbaiki
kerana aku hanya hamba ALLAH yang hina
dalam palitan kemeriahan duniawi
kadangkala tersungkur menyembah bumi
penghalang tidak pernah wujud
ia datang dalam diri
hasil dari imaginasi hati dan diri
penghalang itu binaan peribadi
lalu, jangan berdusta dengan hati
mengatakan engkau kekurangan segala segi
kerana itu sudah pasti
tiada yang sempurna di dunia ini
selagi melangkah dan mampu memperbaiki
berubahlah ke arah perubahan diingini
bukan negatif tetapi positif yang diredhai
ALLAH pencipta yang hakiki...